Dewan Sastera Julai 2004

                                      

 

 

               JULAI 2004
  Jamadilawal - Jamadilakhir 1425
              Jilid 34 Bil. 07
              KK 800-904330704
              ISN 0126-5059

 

  KANDUNGAN

 

SURAT KEPADA EDITOR  
Sasterawan Perlu "Masuk Kampung"- Abdul Samad Abdul Hakim 


DARIPADA EDITOR    
Indahnya Menjadi Penulis...

DRAMA
Naratif Kemerdekaan - Dahiri Saini 
"... demi Zaitun ..."- Noordin Hassan

PUISI BULAN INI  
Kita Hanyalah Fakir di Dunia Fana  ? Anismas ar
Di Perpustakaan Menjelang Petang ? Mohd. Amran Daud
Menyemarak Makna Wanita ? Mahaya Mohd. Yassin
Jalan Lurus ? Faisal Tehrani
Kapal Kertas dan Lautan Api ? Siti Zaleha M. Hashim
Antara Bunga dengan Graduan ? Razali Mohd. Yussof
Bunga yang Menangis ? Ja'afar Haji Hamdan 
Pernahkah Bulan? ? Lim Swee Tin
Kata Sepatah Dusta - Abdul Hadi Yusoff
Rumah Kosong - Sabar Bohari 
  
 
CERPEN
Surat Fariduddin, Haruman dan Senandika - Tiras R.
Keris di atas batu,
Air menjulang buih,
Seribu dagang lalu,
Berapa yang menoleh - Zaleha Ahmat
Di Tangan Itu ... - Siti Jasmina Ibrahim
Di Pintu Syurga Aku Menunggumu - Ismail Restu

 

PUISI PILIHAN
- Rahamidin Zahari

KARYAWAN BULAN INI
Shaharom Husain


FOKUS  
Pemikiran dan Idealisme Husain - Mana Sikana
Mengapa dan Bagaimana Shaharom Berkarya? - Ungku Mohd. Zaman Tahir
Saya Sanggup Menjadi Lilin: Membakar Diri untuk Orang Lain - Rozninah Abd. Azib

KAJIAN 
Nasionalisme Dalam Dua Drama Shaharom Husain: Berdasarkan Tafsiran Kohn - Hamdan Yahya

Usman Awang: Peneroka ke Arah Pengucapan Baharu Puisi Melayu yang Bertunjangkan Akat Tradisi - Mohd. Taib Osman

REAKSI
Penulisan Sastera Islam: Menulis Itu Amanah - Nisah Haji Haron

NURANI SENI 
Kisah Bahasa Zaman Pelupa - A.Samad Said

ANALISIS
Menjaring dan Menapis Idea - T. Alias Taib
Cerpen Itu Mimesis dan Masih Relevan - Siti Aisah Murad

  
SOROTAN 
Nostalgia Hubungan Malaysia dan China
- Rozninah Abd. Azib  
Percikan Puisi Muzikalisasi - Tiza Hashim
Gema Puisi Usman Awang Bermula di Kota Tinggi - Amiruddin Ali
SN Usman Awang yang Tiada Dua - Aida Ahmad
Dunia Kritikan Sastera Melayu Bersinar Kembali - Rozninah Abd. Azib  

SASTERA ANTARABANGSA
Yasar Kemal - Faisal Tehrani

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR

Indahnya Menjadi Penulis ...  JIKA Usman Awang masih hidup, 12 Julai 2004 ini genaplah usianya 75  tahun. Ketika Allahyarham berusia 64 tahun, iaitu pada tahun 1983,  beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara, menerima anugerah    yang paling berprestij sebagai seorang penulis di Malaysia.  Seandainya Usman Awang masih ada bagaimanakah nasibnya sebagai Sasterawan Negara? Adakah beliau seperti Muhammad Haji Salleh yang masih tajam mindanya untuk menyumbangkan ilmu kepada pelajarnya dan segar tenaga kreatifnya menaburkan idea dan pemikirannya dalam tulisannya yang tidak pernah putus-putus? Mungkinkah beliau seperti A. Samad Said yang tidak pernah kering ideanya dengan coretan kreatifnya yang puitis dan penuh falsafah?  Jika Usman Awang belum meninggalkan kita, mungkinkah beliau seperti Noordin Hassan yang masih bergaya muncul dengan skrip drama pentas yang terbaharu seperti "... demi Zaitun" yang diarahkannya sendiri dan akan dipentaskan pada Julai ini? Adakah beliau seperti Abdullah Husain dan Arena Wati yang walaupun uzur, masih menggagahkan diri menulis kerana semangat dan kecintaannya terhadap dunia penulisan tidak pernah lenyap ditelan usia?   Seandainya Usman Awang masih bersama kita, mungkinkah beliau seperti S. Othman Kelantan yang masih menguntum senyumannya menikmati kejayaannya sebagai Sasterawan Negara? Mungkinkah beliau seperti Shahnon Ahmad, yang berasa dirinya disisihkan dan dianggap tidak penting lagi setelah beliau jatuh sakit dan terdorong ke lorong yang "bertentangan arus"? Segala-galanya berkemungkinan terjadi dalam hidup setiap insan yang takdirnya adalah berbeza, seperti nasib yang ditakdirkan kepada setiap Sasterawan Negara kita, ada yang suka, ada yang duka, dan ada yang melalui kehidupannya dengan bersahaja dan seadanya.  Biarpun Usman Awang telah tiada, namanya tetap hidup dan menjadi kebanggaan khususnya kepada negeri Johor kerana beliaulah anak watan Johor yang pertama menerima gelaran Sasterawan Negara. Negeri Johor sentiasa berharap agar selepas ini akan ada lagi anak watan Johor yang akan dinobatkan gelaran "keramat" ini, kerana negeri Johor tidak kurang penulis berbakat. Shaharom Husain umpamanya, antara tokoh yang amat banyak jasa baktinya terhadap bahasa, sastera, dan budaya, tidak wajar dikesampingkan begitu sahaja.  Sebagai mengenang jasa Sasterawan Negara Usman Awang yang telah pergi, Dewan Sastera menganjurkan "Majlis Mengenang Usman Awang" pada 10 Julai 2004 ini, di kampung kelahirannya, Tanjung Sedili. Begitulah "indahnya" menjadi seorang penulis, biarpun jasadnya telah tiada, karyanya tetap hidup sepanjang zaman. 

   Rozninah Abd Azib

 


 

FOKUS

Pemikiran dan Idealisme  Shaharom  Husain 

Mana Sikana

 Pemikiran dan Idealisme  Shaharom  Husain  OLEH MANA SIKANA  SECARA kontekstualnya teks-teks Shaharom Husain didesak oleh tuntutan pascakolonialisme. Penyemarakan semangat kebangsaan menjadi titik pusat pengkaryaan; dan pengarang dimunculkan dalam pelbagai wajah dan dimensi untuk sama-sama mengisi penyemarakan tersebut. Begitu juga apabila negara merdeka, usaha pengisian dan pencarian diri pula menjadi tujahan penciptaan. Sementara tektualitinya waktu itu dipengaruhi oleh romantisisme yang sedang dipecahkan pula oleh naratif realistik.

    Romantisisme sering merujuk kepada sejarah, dan berbicara pada satu watak pusat yang patriotik, juga biografikal sifatnya. Sementara naratif realistik pada waktu itu diwarnai oleh situasi ekologi Asas 50 yang menggunakan masyarakat sebagai kebenaran karya.

   Dalam keadaan demikianlah Shaharom muncul sebagai penulis dan pengarah drama. Daripada Lawyer Dahlan pada tahun 1939 ke Si Bongkok Tanjung Puteri pada tahun l960, beliau terus menghasilkan drama hingga Meniti Bahagia pada tahun 1984. Selepas tahun 1984, kira-kira usianya 65 tahun, Shaharom tidak lagi menulis drama. Ertinya selama 45 tahun Shaharom menghabiskan usianya bergiat dalam drama. Sifatnya sebagai penggerak dan aktivis drama ialah bekerja dalam segala bidang. Dialah yang menulis skripnya, mengarahkannya, melakonkannya; malah segala pengurusan daripada sekecil-kecil kerja seperti membuat iklan hingga kepada persiapan dan persediaan pentas tertanggung di bahunya. Belum dikira lagi aspek kewangan yang memeningkan atau sikap masyarakat yang kurang menggalakkan. Hanya manusia gigih dan cekal sahaja yang akan dapat bertahan. Justeru, Shaharom ialah manusia luar biasa. 

   Kini, sudah 20 tahun beliau meninggalkan pentas. Namun, dramanya terus dipersembahkan dan pembicaraan terhadap teks-teksnya terus dilakukan. Saya kira, tidak ada dramatis Malaysia yang popularitinya seteguh dan melebihi Shaharom. Ada berpuluh, malah beratus penulisan ilmiah, yang berupa latihan akademik, projek sarjana dan tesis kedoktoran yang memfokuskan kajian dan analisis terhadap drama-dramanya. Setiap buku teks drama untuk pelbagai peringkat sekolah dan pengajian pula, tetap akan diisi dengan salah satu drama Shaharom. Membelakangkan dramatis ini, bererti antologi drama tersebut tidak lengkap. 

  Tulisan ini memberi fokus pada penglibatan Shaharom sebagai penulis dalam genre puisi kerana kekuatan pengkaryaan beliau terserlah dalam genre puisi. Shaharom Husain ialah pengasas sandiwara melalui drama Lawyer Dahlan. Drama pertamanya ini beraliran realisme, yang ceritanya menjejaki ... 
 

 

 

 


 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Julai 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

  Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 15:56:46 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.