Dewan Sastera Mac 2004

                                               

 

 

               MAC 2004
       Muharam - Safar 1425
              Jilid 34 Bil. 03
              KK 800-90433 0304
              ISN 0126-5059

 

KANDUNGAN

 

 

SURAT KEPADA EDITOR  
Dewan Sastera Dahulu dan Sekarang 
Nimoiz T.Y.

DARIPADA EDITOR    
Mengapa RM30.000?

DRAMA
"Si Pemakan Hati" - Siti Jasmina Ibrahim

PUISI BULAN INI  
Ini Tanah Hitam Putih ? Marzuki
Kerana Aku Minyak ? Nazim Mohd. Subari
Meja Bundar ? Sobil Madun
Bicara Kita  ? Jaafar Haji Hamdan
Kapak ? Hilmi Rindu
Penceramah - M. Ashikin
Bingkai Teratai dan Pelangi yang  ? Ramli Abdul Rahim
Kedamaianku di Sini - Sheila R.S.
Labu Murai ? Khadijah Hashim
Mentari di Kaki Langir ? Sabar Bohari

  
CERPEN
Kalbu - Razali Endun.
Pilihan - Zaleha Ahmat
Nyanyian Intifadah - Nazri Hussein
Suria Baghdad Berwarna Biru - Mohd. Nazmi Yaakub 

UJANA KLASIK
Pantun Adat - Siti Zaleha M. Hashim

PUISI PILIHAN
- Lim Swee Tin

KARYAWAN BULAN INI
S. Othman Kelantan
Pemegang Pedang yang Tehunus - S. Othman Kelantan
Membentuk Imej "Kabilah Dunia" Melalui Karya Sastera - S. Othman Kelantan
Karya Picisan dan Karya Popular - S. Othman Kelantan


FOKUS  
Anugerah Sastera: Negara Mewah Penulis Bertuah - Zainab Kassim
Menimang Kaca Menatang Intan -Dharmawijaya
Pemotret Wajah Melayu Sepanjang Zaman - Wan Hashim Wan Teh

SASTERA ANTARABANGSA
Kiswah: Satu Lencongan Kreativiti - Mawar Shafei 

KAJIAN
Nilai Kesasterawanan dalam Anugerah Sastera Negara - Mohd. Hanafi Ibrahim
Satu Perjalanan Kritis S. Othman Kelantan - Che Abdullah Che Ya

SESEDAP RASA
Penubuhan Majlis Pembangunan Buku Kanak-kanak Negara - Johan Jaaffar

BICARA KARYA
Novel 1515 dari sudut Neostalgia -Hashim Ismail


NURANI SENI 
Sastera: Dari Buffalo Road ke Times Squares - A.Samad Said

ANALISIS
Kod yang Berbeza Mengungkapkan Kovensi yang Tidak Sama - Arbak Othman
Jambatan antara Realiti dengan Mimpi - Abdul Halim Ali
  
SOROTAN 
Sememangnya Umpama Dian yang Tidak Pernah Padam - Rozninah Abd. Azib  
Rumaja Malaya Menyendiri di Alor Ganu - Noorjaya
Putik yang Menggerakkan Wacana - Rozninah Abd. Azib

REAKSI
Saya Sudah Lama Bereksperimen - Zaharah Nawawi

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR

Mengapa RM 30 000?

    ISU penerima Anugerah Sastera Negara telah pun berakhir. Kami sidang redaksi Dewan Sastera mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sasterawan Negara S. Othman Kelantan kerana kejayaan beliau ini.  
 Selepas anugerah untuk insan seni penulisan sastera, insan seni yang lain, iaitu seni teater, seni tari, seni tampak, seni muzik, dan filem pula akan berkampung, pada 27 Februari ini, untuk pengurniaan Anugerah Seni Negara yang akan disempurnakan oleh Yang dipertuan Agong. Penerima anugerah yang diadakan setiap dua tahun sekali ini akan menerima Watikah Penghormatan Negara, wang tunai RM30 000, sijil penghargaan, dan sepasang persalinan lengkap baju Melayu sedondon songket bercorak tradisional.  
    Ganjaran yang diterima oleh penerima anugerah ini, jika diukur dari segi ringgitnya, mempunyai nilai yang sama dengan Anugerah Sastera Negara, iaitu RM30 000. Namun persoalannya ialah mengapakah angka 30 000  dijadikan pilihan? Mengapa tidak 50 000 atau 100 000 atau lebih tinggi daripada itu.  
    Bagi Anugerah Sastera Negara besarlah harapan kita agar apa-apa yang diucapkan oleh pengerusi panel penilai, iaitu Tan Sri Dato? Seri Musa Mohamad, Menteri Pendidikan Malaysia, dalam ucapan alu-aluannya pada  malam Pengurniaan Anugerah Sastera Negara akan menjadi kenyataan. Menurut beliau dalam ucapannya antaranya ialah ??nilai ganjaran yang diberikan oleh kerajaan kepada Sasterawan Negara perlulah dikaji sesuai dengan sumbangan dan tugas besar yang diharapkan daripada mereka.?  
  Nilai RM30 000 pada masa ini  jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu lebih rendah nilainya. Jika beberapa tahun dahulu kerajaan pernah menganjurkan  sayembara penulisan yang menawarkan hadiah RM100 000 tidak mustahil kerajaan akan bermurah hati menambahkan lagi nilai wang yang ditawarkan kepada penerima Anugerah Sastera Negara yang akan datang.  
    Sumbangan penulis kepada masyarakat tidak boleh dinafikan dalam pembentukan nilai murni dan kerohanian yang tinggi -- terutama dalam zaman kerakusan dan keserakahan nafsu manusia yang tanpa simpati merogol dan membunuh anak gadis, kes samseng, lumba haram, dan seribu satu macam ancaman hidup yang terpaksa ditempuhi oleh masyarakat kini. Karya sastera  sama ada dalam novel, cerpen, puisi dan pementasan drama merupakan saluran yang tepat untuk mengalih pemikiran masyarakat ke arah aktiviti yang bermoral. Maka sumbangan penulis sastera merupakan sumbangan besar dan sewajarnya diberi ganjaran yang besar juga, biarpun wang bukan menjadi sasaran kepada seorang sasterawan dan seniman.  
  
         Rozninah Abd.Azib  
 


 

FOKUS 

Anugerah Sastera Negara: Negara Mewah Sasterawan Bertuah

Oleh  Zainab Kassim 

Sekadar mengimbau kembali dalam sesi perbincangan seusai pembentangan kertas kerja saya yang  bertajuk ?Penganugerahan dan Pengiktirafan Sastera:  Pengalaman Dewan Bahasa dan Pustaka?, dalam satu  seminar kesusasteraan di Universiti Indonesia, kira-kira tiga tahun yang lalu -- rakan-rakan peserta dan sarjana dari Indonesia menyatakan; betapa bertuahnya sasterawan di Malaysia  kerana diberikan pengiktirafan yang tinggi oleh kerajaan Malaysia.Pengakuan mulus mereka itu lahir daripada perbandingan  antara pencapaian mereka dengan manfaat khususnya pengiktirafan yang mereka peroleh hasil daripada  penglibatan mereka dalam dunia sastera di negara mereka. Betapa tidaknya, dari segi sejarah -- sastera  negara Indonesia lebih awal melahirkan tokoh sastera dan  pengarang besar yang bukan sahaja berpengaruh, terkenal dan diketahui  di negara itu malah oleh negara  jiran di Asia Tenggara.  Aliran masuk novel-novel  dan bahan bacaan dari Indonesia pada akhir tahun 1940-an sehingga 1960-an  banyak membanjiri pasaran buku  di Malaysia.  Pengarang kita juga sedikit banyak terpengaruh dengan aliran pemikiran dan stail penulisan mereka.  Ertinya  mereka mendahului kita dan ada kalanya kita belajar daripada mereka ? namun biarpun begitu  tinggi pencapaian mereka, mereka tidak mendapat pengiktirafan seperti yang kerajaan  Malaysia berikan kepada penulis-penulisnya.

Melalui penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkembangan beberapa syarikat penerbitan  akhbar telah memberikan ruang yang lebih besar kepada penulis untuk berkarya. Nama besar seperti Keris Mas, Tongkat Warrant, Ishak Haji Muhammad, A. Samad Said, Arena Wati, dan Shahnon Ahmad begitu produktif berkarya dalam pelbagai genre. Manakala Azizi Haji Abdullah, Affandi Hassan, A. Wahab Ali, Ali Haji Ahmad, Fatimah Busu,  Adibah Amin, Siti zainon Ismail, dan Khadijah Hashim   (sekadar menyebut beberapa nama) turut bersama-sama  menyuburkan dunia kesusasteraan  tanah air, lebih-lebih lagi dengan adanya wadah sastera yang penting, iaitu  majalah Dewan Sastera.

 Menyedari akan peranan yang penting, para  penulis pada zaman pramerdeka dan zaman pengisian pembangunan pascamerdeka, Keris Mas, Tongkat Warrant bersama-sama Baha Zain dan beberapa orang 
lagi telah menyediakan gagasan awal untuk mewujudkan Anugerah Sastera Negara (ASN) dan telah menyuarakan  hasrat itu kepada YAB Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu dalam majlis penyampaian Hadiah  Karya Sastera 1976 yang berlangsung pada 11 November 1977. Usaha ini adalah untuk meningkatkan ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Mac 2004. Kini di pasaran... dapatkan segera!

 

                                                 Arkib 
                                                             

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

aisyam@dbp.gov.my 03-21482247untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:01:52 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.