Dewan Sastera April 2005

 

Daripada Editor
"Jom Baca"

Surat Kepada Editor
Kita dan Sastera
Ezzar Mohd. Kamal

Ujana Klasik
Kalaulah Kalau 
Ahmad Sarju

Puisi Khas
 Tsunami

Cerpen
Anak Penjual Kain Kafan
Maskiah Masrom

Pornutopia
Fudzail

Tiru Macam Dia
 Irwan Abu Bakar

Pokok 26 Seksyen 12/2004
A. Ghani Abdullah

Puisi Bulan Ini
 Lumba-lumba yang Lupa
Ali Jusoh.

Ketika Tersandung Batu di Jalan
Ehsan Jamily

 Ingatlah pada Suatu Ketika
 As-Suhaimi @Suhaimi Haji Muhammad

Jawapan 
Norhisham Mustaffa

Kunci
 Onn Abdullah

Kalau Tuah Menyambut Pelawaan Jebat
Sabar Bohari

Musim Pengampunan
Ghazali Lateh

Debu-debu di Kota Bharu
Ja'afar Haji Hamdan

 Selendang Umi
Ezzar Mohd. Kamal

Wasatiyah 
Rubiah Nordin

Drama
Dadameah Albab
Anuar Nurarai

Puisi Pilihan
Hamzah Hamdani

Karyawan Bulan Ini 
Hamzah Hamdani

Wawancara
Penulis ialah Pejuang
Rozninah Abd. Azib

Fokus
Menghalusi Pemikiran Sastera Islam Hamzah Hamdani
Hazami Jahari

Pemikiran Azizi Haji Abdullah dalam Karya Cereka
A. Rahim Abdullah

Pabila Hujan Turun
 Embun dan Diri
Shahnon Ahmad

Gema Harapan 
Mas, Generasi Kedua dari Idealis Melayu Tahun 1920-an 
Arena Wati

Sastera Antarabangsa
Lu Xun: Bapa Kesusasteraan Moden China
Chew Fong Peng

Kajian
 Kedalaman Puisi Dharmawijaya dan Siti Zainon Ismail
Arbak Othman

 Analisis
Antara Daya Cipta yang Unik dengan yang Masih Bertele-tele
Shahnon Ahmad

10 Puisi 1000 Renungan 
Ahmad Kamal Abdullah

Ulasan Buku 
Witir Sela Merapi 
Sinar Masa
Keajaiban Alam

Sorotan  
Sasterawan dan Seniman yang Simpati
Rozninah Abd. Azib
 
Putera Tetap Putera Tidak Mingkin Dinobatkan Menjadi Raja 
Sehebat Sahabat

Atura, Cereka dan Harapan Baharu Anwar 
Ritah Yahaya

Reaksi
 Sastera Islam Setelah 11 September
Faizal Tehrani

FOKUS

Menghalusi Pemikiran Sastera Islam Hamzah Hamdani

Oleh Hazami Jahari

Hamzah Hamdani seorang penulis, pentadbir, dan aktivis sastera yang turut terlibat dalam menyumbangkan idea serta pemikirannya dalam sastera Islam. Beberapa tulisan beliau yang lahir baik sebagai pembentang kertas kerja, panel forum, mahupun sebagai panel penilai peraduan penulisan sastera Islam yang termuat dalam bukunya, menjadi bukti penglibatannya dalam memberikan bentuk kepada sastera Islam di Malaysia.
   Buku beliau, iaitu Kesusasteraan Islam: Konsep, Prinsip dan Pengembangannya mengandungi himpunan pemikiran tentang sastera Islam daripada beberapa orang sarjana sastera dan pemikir tersohor, yang menjadi asas kepada pemikiran Hamzah Hamdani dalam menanggapi konsep, prinsip serta bentuk sastera Islam yang seharusnya dipegang oleh penulis tanah air.
   HAMZAH HAMDANI melihat, untuk kita dapat membentuk sastera Islam yang jelas dan mantap, kita perlu kembali kepada perkara pokok iaitu soal konsep dan prinsip sesuatu perkara.  Dalam hal ini jika kita mahu membentuk sastera Islam yang jitu, kita perlu terlebih dahulu memahami dan membina satu konsep sastera Islam itu sendiri.  Bagi membentuk satu konsep pula, kita mesti bermula daripada memahami hal-hal dasar yang berkaitan dengan pembinaan atau penghasilan kesusasteraan, iaitu agama, kesenian, kebudayaan, dan sasterawan.
    Dalam apa-apa juga tindakan kita, agama memainkan peranan yang paling dasar dan utama. Agama memandu dan menentukan arah kehidupan manusia sebagai pegangan dengan kepercayaan masing-masing.  Bagi orang Islam, kita yakin dan percaya kitab suci al-Quran adalah pegangan muktamad yang dalamnya terkandung segala hukum, peraturan, dan tatacara hidup yang diredai oleh Allah.
   Dasar pembentukan kehidupan di dunia ini baik dalam apa-apa jua bidang mestilah disandarkan kepada agama.  Pembentukan kebudayaan, kesenian, dan kesusasteraan serta lapangan kehidupan yang lain tanpa sebarang kompromi, mesti bertolak daripada peraturan atau ketentuan agama Islam yang terkandung dalam al-Quran, Hadis Nabi, dan Ijmak serta Qias Ulama.
    Di sinilah Hamzah Hamdani meletakkan keyakinan bahawa usaha membina satu bentuk konsep serta prinsip sastera Islam sebagai dasar utama, bermula daripada mengenali peranan atau fungsi agama Islam sebagai dasar utama kegiatan manusia Muslim.  Beliau menghuraikan secara terperinci peranan serta hubungan agama dengan kehidupan manusia. Antara lain beliau menegaskan bahawa:
  Dalam usaha merumuskan konsep dan prinsip kesusasteraan Islam, kita harus mengenal pasti status manusia menurut pendekatan agama berdasarkan wahyu daripada Allah, yang disampaikan melalui Nabi Muhamad, utusan-Nya yang terakhir.
           (Hamzah Hamdani, 2003:22)
   Untuk memahami peranan serta hubungan antara agama dengan kehidupan manusia, Hamzah Hamdani memetik beberapa pandangan ulama serta sarjana kesusasteraan Islam.  Pandangan para ulama dan sarjana ini diserasikan dengan keperluan pembinaan satu bentuk kesusasteraan Islam yang pragmatis.  Satu bentuk kesusasteraan yang dapat diterap serta sesuai dengan perkembangan kesusasteraan universal.
   Bagi mendalami peranan agama, Hamzah Hamdani memetik pendapat Fadlullah Wilmot yang menyatakan bahawa, agama memberikan manusia suatu pengertian mengenai hidup ini yang menyeluruh atas dasar adanya satu kuasa yang menciptakan segala sesuatu dan yang mentadbirkan alam semesta ini menurut suatu rancangan yang sempurna.
 (Hamzah Hamdani, 2003:29)
   Hamzah Hamdani turut memetik pendapat Drs. Muhaimin yang menyimpulkan bahawa agama merupakan satu sistem tata keyakinan atas adanya Yang Mutlak di luar manusia dan suatu sistem norma, iatu tatakaedah yang mengatur hubungan manusia dengan sesama manusia dan dengan alam lainnya, sesuai dan sejalan dengan kata keimanan dan tata peribadatan termaksud.  Jadi agama merupakan peraturan Tuhan yang diberikan kepada manusia, yang berisi: sistem kepercayaan, sistem penyembahan, dan sistem kehidupan manusia yang bertujuan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
(Hamzah Hamdani, 2003:31-32)
   Pemahaman yang jitu terhadap agama dan peranannya dalam kehidupan manusia menurut Hamzah Hamdani akan memastikan manusia yang mahu menghasilkan kesusasteraan Islam atau umumnya pekerjaan-pekerjaan lain di dunia ini tidak terpesong daripada hukum Allah.  Hal ini ditegaskan oleh beliau dengan memetik pandangan Profesor Dr. H.A Mukti Ali yang merumuskan bahawa pusat kekuatan yang mengintegrasikan masyarakat Islam adalah hukum Islam, yang mengatur tiap-tiap segi hidup dan kehidupan manusia sejak dari sembahyang sampai kepada harta benda.
   Yang melahirkan kesusasteraan ialah kebudayaan dan kesenian sesebuah masyarakat. Oleh itu bagi Hamzah Hamdani, untuk membentuk sastera Islam, kita perlu memahami terlebih dahulu budaya dan seni masyarakat berkenaan.  Hal ini kerana hubungan antara agama dengan kebudayaan harus diteliti terlebih dahulu.  Persoalan yang cuba dibawa oleh Hamzah Hamdani dalam perkara ini ialah hubungan langsung agama sebagai pembentuk kebudayaan sesebuah masyarakat. Dengan kata lain, beliau menerima hakikat bahawa yang melahirkan kebudayaan ialah agama dan bukan sebaliknya.
    Tingkah lakunya masyarakat membentuk kebudayaan hendaklah ditentukan oleh agama sebagai dasar utama panduan hidup manusia. Tingkah laku yang didasarkan kepada Islam akan membentuk pula kebudayaan hidup yang diredai oleh Allah. Bertolak dapat dicerna serta dibentuk mengikut dasar yang telah ... 

DARIPADA EDITOR

�Jom Baca�

Rozninah Abd. Azib  

BARU-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, telah melancarkan kempen �Jom Baca� yang dianjurkan oleh Puteri UMNO.  Kempen yang mendapat sokongan padu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan diluaskan ke peringkat nasional.  Idea untuk mengadakan kempen ini didorong oleh sikap masyarakat Malaysia yang semakin merosot minat membacanya.  Perdana Menteri amat berharap agar kempen ini dapat menyerlahkan minat membaca dalam kalangan generasi baharu, khususnya mereka yang ralit dengan teknologi maklumat dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan.
  Cuba bayangkan bagaimanakah keadaannya jika wujud banyak penulis tetapi tidak ada pembaca?  Idea dan pemikiran penulis akan terbiar begitu sahaja tanpa dimanfaatkan oleh masyarakat.  Kepentingan membina masyarakat yang cenderung membaca amat penting, apatah lagi dalam strategi pembangunan insan atau sumber manusia yang holistik yang diambil kira dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
  Dalam strategi pembangunan insan yang ditekankan ialah bagaimana untuk melahirkan insan yang inovatif, kreatif, berpemikiran kritis dan berilmu, yang menjadi teras dalam kehidupan generasi akan datang.  Pembangunan insan sememangnya berkait rapat dengan program pembangunan pendidikan yang dijanjikan oleh kerajaan dalam RMK-9.  Bahkan, kerajaan akan memperuntukkan belanjawan yang besar ke arah mencapai matlamat tersebut.
   Ilmu hanya diperoleh melalui pembacaan.  Semakin luas penerokaan ilmu, semakin banyak misteri keilmuan yang ditemukan.  Tegasnya, semakin banyak kita membaca, semakin banyak yang kita ingin ketahui.  Begitulah keistimewaan pemikiran penulis yang lahir melalui karyanya.  Melalui karya, pembaca dan peneliti akan dapat memahami atau menangkap arah pemikiran penulis, dan inilah yang cuba difokuskan oleh Dewan Sastera (DS) keluaran April.
   Oleh sebab itu, Dewan Sastera mengemukakan dua orang penulis, iaitu Hamzah Hamdani, penulis serta aktivis sastera yang berperanan dalam membentuk arah tuju sastera, dan Azizi Hj. Abdullah, penulis yang mempunyai gaya pemikiran yang tersendiri dalam penulisannya.

                 

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera April 2005. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,

Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dalam talian sila layari . Untuk melanggan sila layari 

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                             Tarikh kemaskini: 5 April 2005. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah.  


Kemaskini pada 2017-03-16 16:09:14 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.