Dewan Sastera November 2006

 

 

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

 

Daripada Editor
Sastera Siber Memberikan Kepuasan Yang Unik

Surat Kepada Editor
Sahsiah Remaja dan Sastera
Ahmad Fathillah Yusof

 

Puisi Pilihan

Marsli N.O.

Cerpen
Tiba-tiba Hitam 
Marsli N.O.

Hatinya Mengaduh di Haditha
Nazmi Yaakub

Pada Bulan Ada Rindu
 Arena Wati

Penunggu Bukit
 Malim Ghazali PK

Drama 
Petua Perkahwinan (Bahagian Akhir) 
Rahman Shaari

 

Puisi Bulan Ini
Yang Tidak Mengenang Budi 
Ehsan Jamily

Ketika Aku Ingin 
Azmi Yusoff

 Apa yang Dirungsingkan
 Munalia.

Nota Sebuah Istikrar
Husna Nazri

Kelekatu
Hanis N.S

Si Tompok 
Zahari Hasib

Doa untuk Permata Kalbu
Poul Nanggang.

Meniti Lorong Beronak
Abdullah Am

Helai-helai Awan Terapung di Laut Darma Mohammad

Doa Buat Anakku  
Abdul Rahman Daud


Kuasa Mata
Putera Godeng

Ramadan al-Mubarak
Khairun Nisak binti Ahmad

Perjalanan ke Arah Cahaya
Hasyuda Abadi

Kesetiaan
Adi Muara

Madrasah Tarbiah
Onn Abdullah

Senyum dan Misi Seorang Wanita
Ismas Saring

 

Ujana Klasik 
Tarian Melayu
Anis

 

 

 

Karyawan Bulan Ini
Marsli N.O

Kenapa Saya Jadi Pemarah?
Marsli N.O.


Adakah Marsli N.O. "Pemberontak"?Rahman Shaari

Monolog Kecil
Puisi Usman sebagai Lidah Bangsa Melangkaui Sempadan Melayunya Baha Zain


Fokus 
KaryaNet dan Sastera Siber
Mohamad Daud Mohamad.

Wawancara 
KaryaNet Pelengkap kepada Penerbitan Bercetak

Sastera Antarabangsa
Sastera Elektronik: Apa yang Baharu?
Faisal Tehrani.

Pabila Hujan Turun
Pencerobohan
Shahnon Ahmad

Analisis
Kemanfaatan Puisi kepada Manusia dan Kehidupannya 
Sakinah Abu Bakar

Kejutan dalam Kepelbagaian Gayanya  
Jelani Harun

Sorotan 
Sayembara Penulisan Cerpen Negeri Johor
Rusdi Abd. Rahman

Selingkar Bundaran Kata
Mencari Naskhah Melayu Tulen
Muhammad Haji Salleh

Khabar Orang Disana 
Sahul Hamid Bina Azam Baharu Setelah Ikuti Bengkel 
Osman Ayob

Daripada Jabatan Sastera
Kajian Nakhah Kesultanan Melayu VII
 Muhamad Ikhram Fadhly Husin

Bicara Karya 
Ujaran Kognitif yang Indah dan Berjiwa Budaya Bahasa Semula Jadi
Arbak Othman

 


Tabir Hayat
 Mohd. Ismail Sarbini dalam Kenangan 
Ghazali Lateh


Ulasan Buku
Kalau Kita Menjadi Kayu
Drama Melayu Tradisional Moden dan Pascamoden
Kesultanan Melayu Kedah
Telah Sampai Aku di Sempadan Aura Membelit Kehadiran


 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA EDITOR


Sastera Siber Memberikan Kepuasan yang Unik

Begitu cepat teknologi berubah, dan perubahan teknologi juga akhirnya membawa impak kepada perubahan budaya atau cara hidup manusia. Kemaraan dunia internet menjadi landasan kepada perubahan cara hidup yang mendadak ini, terutama dari segi “nilai kepuasan”. 
   Kepuasan penulis kini juga telah berubah,  daripada keseronokan melihat karya diterbitkan dalam bentuk buku, boleh dipegang dan diselak halaman demi halaman, kini penulis akan lebih seronok apabila melihat karya mereka tersiar di internet atau laman web. Karya mereka juga akan tersebar ke seluruh pelosok dunia, boleh dimasuki dan dicapai oleh sesiapa. Teks dan grafik yang beranimasi dan bersifat interaktif,  lengkap dengan muzik untuk e-buku (buku cerita kanak-kanak) misalnya, menjadikan karya itu lebih seronok untuk dibaca. 
   Maka, kehadiran penerbitan karya dalam bentuk maya atau siber ini akan memberangsangkan minat membaca generasi masa kini. Apatah lagi di Malaysia sendiri penerbitan karya berbentuk ini semakin popular, disambut baik dan tidak asing bagi  penulis, sama ada penulis baharu atau veteran. Kebanyakan penulis mempunyai laman web mereka sendiri, tempat mereka bertukar idea dan pandangan, malah berkarya. 
   Pada usia 50 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), DBP tidak tertinggal di belakang. Kemunculan karyaNet membuktikan bahawa dalam penerbitan, DBP bukan hanya menerbitkan buku dalam bentuk konvensional, tetapi juga turut menceburi penerbitan karya dalam bentuk maya atau siber, bersesuaian dengan perubahan zaman. KaryaNet juga mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penulis tanah air. Memandangkan betapa pentingnya sastera siber ini, Dewan Sastera  memberikan fokus kepada karyaNet dan sastera siber bagi keluaran November ini.
   Sempena menyambut hari raya Aidilfitri ini, kami, sidang redaksi Dewan Sastera, mengucap “Selamat Hari Raya”. Kami menyusun jari sepuluh memohon maaf, jika ada silap dan salah. Semoga penulis terus memberikan sokongan yang padu kepada Dewan Sastera.
                                                   Kalau ada jarum yang patah,
                                                          Jangan simpan dalam peti;
                                                    Kalau ada silap dan salah,
                                                         Jangan simpan dalam hati.

                                                      Rozninah Abd. Azib

 


 

 

 

FOKUS  
 

KaryaNet dan Sastera Siber

OLEH MOHAMAD DAUD MOHAMAD

Bagi mempermudahkan masyarakat akar umbi kita menghayati genre kesusasteraan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan yang diamanatkan oleh rakyat dalam pembangunan minda bangsa Melayu, melalui bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu telah dan cuba melakukan perubahan yang terbaik dalam dunia penerbitannya.
    Bermula dengan bentuk penerbitan konvensional iaitu novel terjemahan Anak Raja dan Anak Papa, DBP semenjak ditubuhkan pada tahun 1956, mulai menggerakkan langkah ke hadapannya, sebagai peneraju terunggul dalam penjanaan ilmu berbahasa Melayu.  Berpuluh ribu judul buku dalam pelbagai genre kesusasteraan, bahasa, karya ilmiah, buku teks dan buku umum dalam bahasa Melayu, telah disebarkan kepada masyarakat oleh pihak DBP. Impak daripada amanat rakyat itu, DBP secara langsung dan tidak langsung  telah berhasil berperanan dalam melahirkan intelektual Melayu.
   Namun begitu, dalam mengharungi dunia global alaf ke-21, DBP dalam pemasyarakatan genre kesusasteraan berbahasa Melayu, tidak mungkin mampu berdiri sendiri tanpa dukungan daripada pelbagai pihak. Dengan yang demikian, tidak hairanlah jika DBP telah bekerjasama dengan Rhythm Publication, Institut Terjemahan Negara (ITNM) dan lain-lain penerbitan dalam penerbitan gerne kesusasteraan.  Selain itu, DBP juga membantu badan-badan/persatuan penulis seperti GAPENA, Pena, PPK, Tema dan lainnya dalam menyebarluaskan genre kesusasteraan kepada masyarakat.
    Bentuk penerbitan DBP juga turut berubah mengikut perkembangan semasa dalam usahanya untuk menyebarluaskan genre kesusasteraan kepada masyarakat. Melalui Video, DBP telah menerbitkan bibliografi Sasterawan Negara Arena Wati, Sasterawan Negara Keris Mas dan Sasterawan Negara Usman Awang.  Begitu juga melalui CD, DBP sedang berusaha menerbitkan cerita rakyat dan beberapa karya lainnya.  
   Menyedari betapa pentingnya, penyebaran genre kesusasteraan melalui media elektronik sejajar dengan dunia ICT, demi menghadapi persaingan yang penuh dengan cabaran budaya global, mahu tidak mahu DBP terpaksa ikut sama terlibat secara proaktif dalam penguasaan media elektronik tersebut.  
    DBP merupakan salah satu institusi terawal yang melakukan kerja pengeditan dan penerbitan menggunakan komputer iaitu semenjak bermulanya dunia pengkomputeran di Malaysia.  Semenjak itu jugalah, DBP telah mewujudkan Bahagian Komputer dan kini dikenali sebagai Bahagian Sistem Maklumat (BSM).  Walaupun pada peringkat awalnya BSM  ini, bertanggungjawab untuk semua kerja yang dilaksanakan oleh DBP, namun kemudian fungsinya berubah apabila wujudnya Bahagian Multimedia atau Bahagian Penerbitan Digital. 
    Bahagian Multimedia (BM) DBP merupakan satu bahagian khusus dalam penerbitan digital DBP meliputi penerbitan genre kesusasteraan yang bermula dengan penerbitan genre kesusasteraan kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga penerbitan esei-esei kesusasteraan.  Demikian juga dengan penerbitan bahan-bahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu, penerbitan buku-buku umum, sains dan teknologi juga menjadi tanggungjawab Bahagian Multimedia.
   Penerbitan “Karyanet” iaitu portal atau gerbang web dalam talian (on-line-publishing).  Gerbang web dalam talian atau  penerbitan dalam talian bermaksud semua proses yang berkaitan dengan penerbitan sesebuah karya  seperti  karya kecil atau kanak-kanak, remaja atau lainnya bermula daripada beberapa peringkat yang sudah umum dilaksanakan dalam penerbitan bentuk konvensional.  Namun, yang membezakan antara penerbitan konvensional dengan penerbitan dalam talian iaitu seperti peringkat pembinaan judul, peringkat penulisan, peringkat penyuntingan, peringkat siap kamera (CRC), peringkat penerbitan/terbit, hingga peringkat jualan, yang kesemuanya dilaksanakan melalui talian. Manakala, penerbitan konvensional kesemua peringkat dilaksanakan secara manual.
  Pada peringkat awal penubuhan Karyanet DBP, Karyanet DBP adalah suatu projek usaha sama antara DBP dengan Syarikat IGD Hitech Corporation Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi.  Projek usaha sama ini telah mendapat pengiktirafan “Status MSC”.
Jelasnya, Karyanet adalah portal yang bersifat pusat sehenti (one stop centre), yang memberikan tumpuan utama kepada aktiviti pembangunan komuniti dan pelaksanaan program kesusasteraan dan lainnya dalam talian.  Antara komuniti penting dalam menggerakkan Karyanet DBP adalah terdiri daripada beberapa golongan iaitu penulis, penilai, penterjemah, editor, pereka grafik, penerbit dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia penerbitan, perniagaan serta pembaca genre ...

 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera November 2006. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788. Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan                                                                            Tarikh kemaskini:28 September 2006. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal Maklumat: Puan Rohaya Yusof ,Bahagian Majalah. 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:19:49 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.