Dewan Sastera Mac 2007

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Terjawab Sudah Akhirnya...

Surat Kepada Editor
Novel Popular Lawan Novel Serius
Salbiah Salleh

Dewan Sastera Wadah Istimewa
Ima Shahidan 

Sajak Tunas Cipta
Saliha pada Wajah Terakhir
Azura Hamad

Memori Semalam
Nor Azlizawani Zolkopeli

Diari Nur Yala
Nurul Husna Md. Mukhtar

Kembara Mencari Sakti
Siti Aminah Mat

Pahlawan Bangsa
Rahmat Hidayat Sabari

Hadirnya Malam
Siti Nor Azwa Samsudin

Kian Tiba Saat Itu 
Jamilah Mohd. Nordin

 

Drama 
Sebuah Ta'ziah Karbala (Bahagian Keempat)
Faisal Tehrani

Cerpen Tunas Cipta 
Persamaan 
M. Ramzi Salleh

Cinta antara Benua 
Habsah Nazri

Wardah untuk Ibu
Farahana Hussain

Menunggu Tren Terakhir
Muhammad Ali Atan

Mencari Salahuddin al-Ayubi
Mohd. Suhairi Awang 

Puisi Bulan Ini
Bulan itu Empat Segi 
Saifullizan Yahaya

Kalaulah Aku Seberani Mereka
Aladin Muhamad

Pasir, Air dan Ruang 
Abham T.R.

Disinggung Malam
Mohd. Hashim Osman.

Sepatu
M. Arif

Palestin
Rubiah Dullah

Aku Bernafas
Azmi Yusoff

Jalan Sultan Tengah (2)
Idros Samsudin

Pertama Kali 
Mahad Abu Bakar

Rambut Dibelah Tujuh
Onn Abdullah.

Dihargai
Pena Mutiara

19 Januari Datang Lagi
Anismas AR

Dua Orang Penulis Sajak
Darma Mohammad

Makam Waktu
Naapie Mat

Genderang 
Johar Buang

Cerpen 
Turunnya di Kuala Lumpur
Siti Zaleha M. Hashim

Hujan Turun Lagi 
Anis

Nusaibah
Beb Sabariah

Membina Rumah 
Ali Jusoh

Cerpen
Titih Salam Punjangga Zaman 
Lim Swee Tin

Rama-rama Putih
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Pada Titik
 Hasyuda Abadi.

 

 

Monolog Kecil
Bermain-main dengan Istilah pada Jam Dua Belas Malam 
Baha Zain

Wawancara
Faisal Tehrani: Pembaca Mesti Diberikan yang Terbaik
Rozninah Abd. Azib


Fokus
Laporan Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP
Zalila Sharif


Ulasan Buku
Sepasang Kasut dan Selipar Jepun di Bumi Abu Sayyaf

Sungai Hayat

Falsafah Diri Remaja dalam Novel Remaja Melayu

Teori

Analisis
Kuasa Kata dan Interpretasi Makna dalam Puisi Bulan ini: Penelitian dari Sudut Aliran Klasik
Arbai'e Sujud

Menyaring Bahan, Memperkasakan Insan dalam Karya Sastera Kamariah Kamarudin

Sorotan
Voyage - Kembara Latiff Mohidin 
Fadilah Mohd. Salleh

Malam Perjuangan dan Jeritan Rakyat
Jaysun

50 Tahun Kemerdekaan Malaysia 
Melihat Peradaban dan Tamadun dalam Novel Melayu Moden
Syed Othman Syed Omar

Reaksi
MPR Edisi ke-20: Suatu Pembaharuan Positif
Nisa Haji Harun

Pabila Hujan Turun
Nostalgia 
Shanon Ahmad

Daripada Jabatan Sastera Perkampungan Penulis Pelbagai Kaum 2006
Aminah Awang Besar

Sastera Antarabangsa
Abdullah al-Tayyib 
Hafid Imam Iman

Selingkar Bundaran Kata 
Biografi dan Autobiografi Sebuah Dunia Diri Berwarna Khalayak 
Muhammad Haji Salleh

 

DARIPADA EDITOR
 

Terjawab Sudah Akhirnya ...


Akhirnya, keputusan Sayembara Mengarang Sempena Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diumumkan. Agak memeranjatkan apabila melihat senarai nama pemenang kebanyakannya nama penulis yang tidak dikenali - muka-muka baharu. Hal ini satu perkembangan yang positif dalam dunia sastera kerana menunjukkan masih banyak orang muda yang meminati bidang sastera dan menceburinya secara serius.
   Persediaan bagi menyertai sayembara ini bukanlah boleh dibuat sambil lewa. Daripada laporan sayembara, jelas menunjukkan bahawa pemenang hadiah utama bagi setiap kategori telah membuat kajian di luar bidang sastera bagi memperkukuh karya mereka. Bahan penyelidikan yang mantap sahaja tidak memadai, malah perlu ditambah dengan teknik yang mantap bagi mencernakan bahan kajian tersebut, selain gaya bahasa yang versatil juga penting sebagai rempah ratus dalam menghasilkan karya yang terbaik. Lantaran gaya yang versatil itu, ada pemenang yang membolot hadiah lebih daripada satu kategori (bacalah wawancara saya dengan Faisal yang dibuat tatkala Faisal sendiri tidak tahu siapakah pemenang sayembara itu). 
   Yang menarik lagi, banyak juga daripada manuskrip yang dihantar bagi menyertai sayembara ini merupakan manuskrip novel berbentuk popular. Berdasarkan data yang diperoleh, daripada 87 buah manuskrip novel dewasa dan 59 buah manuskrip novel remaja, banyak penyertaan manuskrip yang berbentuk popular. Namun demikian, hanya jauhari yang mengenal manikam. Barisan panel, akhirnya, mengangkat karya sastera serius sebagai karya yang bermutu. 
    Rasa-rasanya tidak sabar untuk menatap karya yang memenangi sayembara ini dalam bentuk buku kerana karya-karya yang terpilih memperlihatkan kecemerlangan kepengarangan penulis tanah air yang senada dengan usia emas DBP. Kepada pemenang, sidang editor Dewan Sastera mengucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya, cuba lagi pada sayembara akan datang.
   Begitulah janjinya kehidupan ini, suka dan duka silih berganti. Jika di sini ada kegembiraan mungkin di sana ada kesedihan. Pada 11 Januari yang lalu, penulis novel Hartini, Aziz Afkar telah kembali ke rahmatullah.  Sama-samalah kita mendoakan semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di sisi roh orang-orang yang soleh. Amin. Al-Fatihah.

        
Rozninah Abd. Azib

FOKUS  
 

Laporan Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP
OLEH ZALILA SHARIF


Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), telah menganjurkan Sayembara Mengarang Sempena Sambutan Jubli Emas DBP dalam genre novel, cerpen, puisi, skrip drama, dan novel remaja. Sayembara ini diadakan dengan tujuan untuk menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing, liberal, progresif, aman damai dan dipandang tinggi oleh negara luar dari dahulu, sekarang dan pada masa hadapan.
    Dari segi tema pula, sayembara ini terbahagi kepada dua kelompok iaitu novel dewasa, novel remaja dan skrip drama, dan kelompok kedua ialah cerpen dan puisi. Tema  untuk kelompok yang pertama ialah karya mestilah menggambarkan sebuah masyarakat yang kaya dengan budaya dan adat resam masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai moral dan etika yang tinggi sebagai memenuhi satu daripada cabaran Wawasan 2020.  Dewan Bahasa dan Pustaka telah menerima sebanyak 559 karya iaitu  424 puisi, 87 novel, 59 novel remaja, 42 skrip drama, dan 160 cerpen untuk dinilai. Setelah melalui proses penilaian, sebanyak 53 buah karya telah dipilih untuk diberi hadiah, iaitu 10 buah manuskrip novel, 7 buah manuskrip novel remaja, 10 buah skrip drama pentas, 13 cerpen dan 13 puisi. Senarai pemenang adalah seperti berikut:

1. NOVEL DEWASA
i. Hadiah Pertama (RM50 000.00)
“Bedar Sukma Bisu” -  karya Mohd. Faizal bin Musa
ii. Hadiah Kedua (RM40 000.00)
“Harga Sebuah Maruah” – karya Azizi bin Haji Abdullah
iii. Hadiah Ketiga (RM30 000.00)
“Mahabbah” – karya  Dato’ Profesor Emeritus Haji Shahnon Ahmad
iv. Hadiah Sagu Hati (RM10 000.00)
“Anak Ruma’ Kadang” – karya Mohamad Faizal bin Jamil
 “Bulan dan Mentari” – karya Zaharah Nawawi
 “Kabun di Perbukitan” – karya Mohamad Khalid bin Hamzah
 “Kembali Sebutir Mutiara” – karya Noraini bt. Osman @ Noorainie bt. Othman
 “Langit Angsana” – karya Muhd. Nasruddin bin Muhd. Dasuki
 “Menara” – karya Nasrudin Mohammed
 “Ombak Bukan Penghalang” – Osman bin Ayob


2. SKRIP DRAMA
i. Hadiah Pertama (RM30 000.00)
“Hikayat Qaziq” – karya Siti Jasmina Ibrahim
ii. Hadiah Kedua (RM25 000.00)
“Muzika Kampung Baru” – karya Mohamad Hatta bin Azad Khan
iii. Hadiah Ketiga (RM20 000.00)             
“Jeda Nur Iman” – karya Dahiri bin Saini
iv. Hadiah Sagu Hati (RM8000.00)
“Bah!” – karya Jamshari bin Saili
 “Budak Joget” – karya Hj. Wan Ahmad bin Hj. Wan Ismail
 “Dayana Thomson” – karya Wilai Ah Jok
 “Kotak Renung dan Tenung” – karya Anuar@Arai Mohd. Nor (Anuar Nor Arai)
 “Menjalar Akar ke Langit” – karya Saloma Mat Lajis
 “Tiang Cengal, Dinding Sayung” – karya Suriani Mohd. Yusof
 “Walinong Sari” – karya Khalid Mohd. Salleh


3. CERPEN
i. Hadiah Pertama ( RM5000.00)
“Di Tengah Arus” – karya Baharin Ramly
ii. Hadiah Kedua (RM4000.00)
“Rindu Ini Luar Biasa” – karya Mohd. Faizal Musa
iii. Hadiah Ketiga (RM3000.00)
“Mitigasi Seorang Pejuang Bahasa” – karya Ahmad Syuhaimi bin Adnan
iv. Hadiah Sagu Hati (RM1000.00)
“Bilik 101” – karya Nurul Izwazi bt. Mohd. Nor
 “Detik-detik Terakhir” – Norhashimah bt. Hashim
 “Kalam Munsyi” – karya Norzana bt. Razaly
 “Krisis” – karya Zubaidah bt. Ishak
 “Memoir Melayu di Bumi Asing” – karya Arena bt. Mohd. Rosli
 “Pohon Jejawi Khanyam Samlou” – karya Haji Azman Ahmad
 “Riak Perubahan” – karya Osman Ayob
 “Saudagar Bahasa” – Md. Nizar bin Parman
 “Tiang Cengal” – karya Azami bt. Arshad 
 “Titip Tinta Versi Strawberi” – Wahyu Budiwa Rendra bt. A. Wahid


4. PUISI
i. Hadiah Pertama (RM4000.00)
“Menyisir Tirai Jendela” – karya Jamaludin bt. Darus
ii. Hadiah Kedua (RM3000.00)
“Balada Burhan di Kota Raya” – karya Ali Bukhari bin Amir
iii. Hadiah Ketiga (RM2000.00)
“Lidah Ibu” – karya Sahrunizam bin Abdul Talib
iv. Hadiah Sagu Hati (RM700.00)
“Bahasaku – Di Sini Segala-galanya” – karya Nor Hariyati bt. Salimin
 “Bahasaku Terus Mengalir” – karya Mohd. Jim bin Hamzah
 “Di Atas Peterana Bangsa” – karya Niazim bin Mohd. Subari
 “Lelaki dan Sebilah Pedang Tajam (2)” – karya Hasan Baseri Budiman
 “Mahkota (Jawapan kepada Sang Nila Utama yang Bertanya)” – karya  Saifullizan Yahaya
 “Mari Kita Cegatkan Martabat Bahasa di Mercu Gemilang” – karya  Fauziah bt. Abd. Ralip
  “Pengelana Waktu” – karya Ruzaini bt. Yahya
 “Sumpah Anak-anak Bangsa” – karya Yusmiyani bt. Yusoff
 “Tegap Pohon Bahasaku” – karya Ramli bin Hashim
 “Wibawa Bahasa” – karya Mohamad Taufek bin Mahamud


5. NOVEL REMAJA
i. Hadiah Pertama (RM20 000.00)
“Manikam Kalbu” – karya Mohd. Faizal bin Musa
ii. Hadiah Kedua (RM15 000.00)
“Epilog Sekeping Hati” – karya Nurul Salwa bt. Abdul Muluk
iii. Hadiah Ketiga (RM10 000.00)
“Seindah Mawar Berduri” – karya Fatimah Syarha bt. Mohd. Noordin
iv. Hadiah Sagu Hati (RM5000.00    )
“Gelombang Buana” – karya Osman bin Ayob
 “Jeriji Kasih” – karya Ramlah bt. Abd. Rashid
 “Khilaf” – karya Nada Naifaa bt. Remlie 
 “Rentak Galur” – karya Sarimah bt. Othman ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac 2007. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
rohaya@dbp.gov.my 03-21482282untuk Pertanyaan   

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:24:20 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.