Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Talian Penting 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my |     
   
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka                           

                                                                                                                                                                                             Soalan Lazim      Hubungi Kami      Aduan dan Maklum Balas       Peta laman

Print

Jualan DBP meningkat RM9j


KUALA LUMPUR 30 Mei – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berjaya mencatatkan peningkatan jualan sejak mengambil alih hak percetakan dan pengedaran buku daripada syarikat konsesi yang dilantik sebelum ini, Dawama Sdn. Bhd. (Dawama).
Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Awang Sariyan berkata, sejak pengambilalihan pada 1 September 2014, DBP telah mencatatkan jualan terbitan lebih RM9 juta dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira empat hingga lima bulan.
Katanya, jumlah itu meliputi jualan buku am, rangkaian majalah dan buku sastera, tidak termasuk jumlah buku teks diterbitkan yang merupakan keuntungan mudah kerana menjadi pengedar tunggal.
“Sebelum pengambilalihan berlangsung, terdapat 419 judul yang terbengkalai dan kini DBP mampu menangani lebih 300 judul kes tersebut dan melipatgandakan jumlah judul baharu dengan lebih 1,000 terbitan hanya dalam tempoh enam bulan.
“Penulis juga tidak lagi tertanya-tanya jumlah jualan buku mereka kerana DBP akan menangani masalah royalti melalui laporan penyata jualan buku dikendalikan oleh Bahagian Harta Intelek,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Buku DBP di sini hari ini.
Ekspo selama seminggu bermula hari ini hingga 7 Jun ini di Kompleks DBP Hulu Klang itu mengumpul lebih 1,000 judul buku terbitan DBP sejak tahun 80-an dan terkini serta dijual dengan potongan harga istimewa iaitu sehingga 80 peratus.
Pengunjung yang terdiri daripada pelajar juga boleh membeli buku-buku dijual menggunakan Baucar Buku 1Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.