Dewan Sastera September 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Perginya Sasterawan Prolifik
Padilah Haji Ali

Surat Kepada Editor
Berkongsi Idea, Karya dan Nama
Abdul Razak@Rezeki Othman

 "Tak Kenal Maka Tak Cinta"
Nadila Awang Md. Isa

Pengenalan Kritikan Sastera
Mohd. Fauzi Mahmad

Tangisan untuk Nilai Sastera
Shuhily Suami

Pagi
Zahari Hasib

Tetes-tetes Hujan
Suhaimi Haji Muhammad

Catatan di Venice 1
Zaiton Ajamain

Pengukir
Ruzaini Yahya

Daerah Gersang Gerimis Hujan Membasahi
Azaika SR   

Sebatang Pokok Kelapa
Abd. Rahim Hamid

Apabila Saya Jahit Perca Kehidupan
Soibil Madun

Lelaki yang Tertidu di Kebun
Saifullizan Yahaya

Bicara Orang Kecil
Mohd. Zamri Abdul Hamid

Orang-orang di Hutan Batu Mohd. Adid Ab. Rahman


Cerpen 
Ceritera Cinta yang Hanya Satu dalam Seribu
Kamariah Awang

Terurai Cinta Nur di Danau Toba
M. Fitri Rahman

Ayah Kami
Poul Nanggang

WHWH: Ceritera yang Baru Bermula
Majuni Plera

 

Drama
No.8 Jalan Ampas 
Zaini Oje

Puisi Pilihan 
Kamariah Awang 

Cerpen Tunas Cipta 
Permata Berguguran
Ariza Abdullah

Salju dalam Kerinduan
Marwan Abdullah

Kerana Novel
Mohamad Shamsul Amin Md. Yusof

Cerpen Alumni MPR
Formula Satu: BMW Ql Meritus dan Cinta
Rafnola Dianti Irwan

Sajak Tunas Cipta
Pinjamkan Aku Semangat Perjuangan Itu!
 Nor Armila Hussain

Alkisah Pak Tambang
Shamsul Idzam Jamil

Melur dan Kemboja
Nur Shariqah Athirah Suharto

Lebuh Kehidupan
Hasbullah Haji Mohamed

Musafir
Sahibul Anuar Asrani

Andai
Salbiah Salleh

Gadis Manis di Alor Setar 
Mohamad Zaki Sahad

Sepohon Harapan
 Nurul Izzati Amni  Mohd. Azahar

Sejadah
Nursyazwani Yazman

Kenangan Ini Takkan Kaku
Noriza Saberi

Kenapa Kasih?
Al-reza Asham Muhd. Hamin

Mencari Tenang di Raut Wajahmu
 Sayidah Mu'izzah Kamrul Shukri

Kucari Helaian Terindah pada Buku Masa Lalu
Suzana Ali Omar

50 Langkah Anak Merdeka
Nur Faizatul Akmal Saharudin

Sajak Khas
Pesan Engku Puteri
Siti Zainon Ismail

 

Puisi Bulan Ini
Merah Derita Senja Ketika Tiba Wira
Malim Ghozaki PK

Cuaca Sejuk di Kamar Menunggu Panas Asing di Luar Terminal
Abdulhadi Muhamad

Tembok Besar dan Jabal Nur
Shaari A.B.

Si Ular - Anjing - Pingai
Leo A.W.S

Pokok di Tepi Sungai
Tamam Hj. Othman

Senja di Kuta
Zulkifli Salleh

Bias Angin
Adi Muara

Darfur
Abdullah Shuib

Gerigi-gerigi Besi
Izam Abdul Manaf

Belasungkawa
Hilangnya Mutiara
Pemikiran Bangsa
Shahnon Ahmad 
(Sasterawan Negara)

Azan Terakhir Kalam Pujangga
Noordin Hassan
(Sasterawan Negara)

Monolog Kecil
Sunyi Sepi Sendiri?
Baha Zain

Sorotan
Malam Penghayatan Puisi Selat Melaka
Rusdi Abd. Rahman

Perjalanan Menetapkan Haluan: Perkampungan Penulis Sarawak 2008
Poul Nanggang

Analisis Cerpen
Fragmentasi Makna Kewujudan dalam Bingkai Kemanusiaan
Mohd. Hanafi Ibrahim 

Karyawan Bulan Ini
Mencintai Bidang yang Sama
Kamariah Awang

Fokus
Berbicara tentang Mereka yang Telah Tiada
Nisah Haji Haron

Pewaris Karya Kesusasteraan Melayu
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara)

Bicara Karya
Kehidupan Kedua: Kenang-kenangan Terakhir A. Rahmad
saifyullizan Yahaya

Analisis Puisi
Pertentangan Binari dalam Puisi Melayu
A. Rahim Abdullah

Ulasan Buku
Weltanschauung: Suatu Perjalanan Kreatif

Abdullah Hussain dalam Esei dan Kritikan

Haruskah Aku Berlari

Menjaring Angin Menjelang Ribut

Alummi MPR
Tercipta Satu Legenda
Rafnola Dianti Irwan

Reaksi
Puisi Baha Zain untuk Rohaya: Kelembutan yang Menghilang di Pantai Lara
Arbak Othman

Daripada Jabatan Sastera
Perkampungan Penulis Muda Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2008
Nawal Hanim Haji Lopez Zainal Abidin

Sastera Antarabangsa
Jalal AI-e Ahmad: Pengkritik Sosial Iran
Bukhari Lubis 

Pesona Dunia Sastera Thai
Awang Azman Awang Pawi

Sastera Tradisional
Meraikan Sita dalam "Syair Raja Muda Perlis"
Noriah Taslim

Kalam Pujangga
Kesusasteraan Melayu sebagai Cermin Pembinaan Peradaban Malaysia
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara)

Selingkar Bundaran Kata
Nartsume Soeseki di Depan Gerbang Kemodenan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Pena dengan Objektif, Keteampilan dan Impak Tintanya
Shahnon Ahmad(Sasterawan Negara)

 

Daripada Editor


PERGINYA SASTERAWAN PROLIFIK 
Oleh: PADILAH HAJI ALI

Pada 30 Julai 2008, dunia kesusasteraan tanah air kehilangan seorang tokoh yang prolifik, iaitu Allahyarham Sasterawan Negara S. Othman Kelantan.  Sungguhpun telah mencapai kemuncak gelaran bagi seorang sasterawan, iaitu Sasterawan Negara, Allahyarham tidak pernah berbangga diri.  Sifat yang merendah diri adalah cerminan nurani murni sejajar dengan kedudukannya dalam kesusasteraan Islam tanah air. 
   Allahyarham mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan karyawan Dewan Sastera (DS). Sebaik-baik sahaja mengetahui fokus DS bulan September membicarakan hak waris terhadap karya penulis yang sudah meninggal dunia, Allahyarham beria-ia ingin menulis tentangnya. Keesokannya Allahyarham menyerahkan makalah kepada Rozninah, editor DS. Seperti ada gerak rasa akan pemergiannya, Rozninah ada menyuarakan keanehan tentang percakapan dan perlakuan Allahyarham berkenaan isu ini.
  “Kepada penulis yang masih hidup dan terus-menerus menulis, … termasuk saya sendiri, masih ada peluang untuk menamakan waris untuk mempusakai karya …, walaupun tidak menubuhkan syarikat percetakan dan penerbitan.”  Demikian petikan daripada makalah Allahyarham dalam ruangan fokus bulan ini.  Pandangan dan nasihat yang dikemukakan oleh Allahyarham dalam makalah itu rupa-rupanya pesanan akhirnya bukan rakan-rakan seperjuangan. 
   Meskipun terlantar di Hospital Serdang, Allahyarham sempat menyerahkan nukilan terakhirnya untuk ruangan Kalam Pujangga DS kepada editor. Ikuti tulisan Allahyarham yang terakhir dalam DS pada bulan Oktober nanti.  
  Kini, karyawan Bahagian Majalah tidak lagi mendengar senda guraunya.  Saya, khususnya, tidak lagi mendengar pandangan dan kisahnya yang berterus terang tentang kehidupan dan dunia kesusasteraan tanah air.
Al-Fatihah.  Semoga roh Allahyarham berada dalam kalangan orang-orang yang beriman.

                                               * * *
Dewan Sastera (DS) pada bulan ini membicarakan hak waris terhadap hasil daripada karya penulis yang telah meninggal dunia. Sungguhpun jarang-jarang diperkatakan, isu ini penting diberikan perhatian.  Hal ini berkait dengan hak dan pengiktirafan. Meskipun penulis telah meninggal dunia, waris berhak menikmati hasil harta intelektualnya.
 Semua orang mengetahui bahawa sesebuah karya itu boleh terus hidup, boleh terus disanjung, meskipun penulisnya sudah tiada lagi di dunia ini.  Selagi karya masih hidup, selagi karya masih diulang cetak atau diterbitkan dalam apa-apa bentuk sekalipun, haknya tidak terlepas daripada waris penulisnya.  Sekiranya hal seperti ini tidak diberikan perhatian, apatah lagi jika karya jatuh ke tangan penerbit yang tidak bertanggungjawab, waris yang berhak tidak langsung dapat menikmati hasil royaltinya.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera September 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com


Kemaskini pada 2017-03-16 16:27:13 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.