Dewan Sastera Jun 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Peribahasa Gambaran Genius Pemikiran Bangsa
Rozninah Abd. Aziz
 

Surat Kepada Editor
Menyuburkan Benih Sastera di Alam persekolahan Peringkat Rendah
Husnah Nazri

 Mengenang Othman Puteh
Azmi Ibrahim

Cerpen Penulis Muda dalam Tunas Cipta/Dewan Sastera Mencabar
 Khairil Azhar

Rintihan Penulis tentang Kulit Buku Kreatif
 Mohd. Saad Omar

Dari Rahim Bangsawan ke Liang Persemadian
Sahrunizam Abdul Talib

Di Luar Pagar
Fudzail

Apabila Sudah Menang
Kamariah Awang.

Di Jarinya
Abham T.R.

Cerita Sepasang Sepatu
Husna Nazri

Bahasa Ayam Laga
Abd. Razak @ Rezeki Othman

Ular yang Menjalar di Dalam Selimut 
S.M. Zakir

Ketukan Masih Bertalu-talu
Abizai

Setelah Demikian Alamiah
Nawawee Mohammad

Jerat
Chai Loon Guan

Berhujah di Pintu Penjara
Khadijah Hashim

Garis-garis Selari
Ilhami Fatimah

Siapakah?
Wadi Leta S.A

Nasib 
M. Ashikin

Menjadi Rumput
Salihin Osman

Cerpen 
Orang Berilmu lwn Orang Biadab
Kamariah Kamaruddin

Sebuah Keimanan di Pintu Kubur
Jaafar Hasny

Di Bawah Lindungan Hudaibiyah
Nisah Haji Haron

Penjaga Waktu
Sasjira

Sajak Khas
Main Congkak
Siti Zainon Ismail 

 

Puisi Pilihan 
Abdullah Ngah

Drama 
Penunggu Istana (Bahagian Akhir)
Wan Ahmad Ismail

Cerpen Tunas Cipta 
Sepotong Cinta dalam Lipatan Hati
Salman Sulaiman

Janji untuk Adam
Sayidah Mu'izzah Kamrul Shukri

Dari Rose Quartz ke Cakna Cinta
Aulia Humaira

Teman-teman Istimewaku
Nur Iffaizyan Mohd. Ghazali

Sajak Alumni MPR
Wira Budiman Azizan 

Sajak Tunas Cipta
Secawan Kemaafan...
Nurhazwani@Halawati Noordin

Hari Ini dan Semalam
Sabindo Banut

Mimpi Ngeri
Muhammad Zarif Hassan@Zulkifli

Kita Sambut Kita Sahut
Siti Rabiatul Adawiyah Abdul Hadi

Mengenang Jasa Pahlawan Ibunda
Noor Huwaina Idris

Pabila Mata Terbuka
Siti Nurliza Nasuka

Bisik Buat Helmi
Hani Hamsyari

Hanya Itu yang Mampu Kulafazkan
Rohaya Abd. Majid

Proglog Buat Anak Perempuan
Zabri Zainol Abidin

Nasib Budi Bahasa
Nik Noor Fatiyah Halim

Gula-gula Berwarna-warni
Aidil Khalid

Pak Tambang
Aidil Farmi Mohamad

Mahu atau Tidak
Jamilah Mohd Nordin

 

Puisi Bulan Ini
Tulang-tulang Hitam
Naapie Mat

Ghazal Sayang Yang
Agi

Ungun yang Menyala
unruk Semua
Nabil Abu Bakar 

Tegarnya Bunga 
Rosani Hiplee

Di Kota Batu
Mohamad Ghani
Abdullah

Sebuah Kitab Lama
Wan Ahmad Ismail

Banduan 
Nassury Ibrahim

 

Monolog Kecil
Apabila Kejayaan Melalaikan dan Membiarkan Kebiadaban
Baha Zain

Pabila Hujan Turun
Susur Galur Cerita Pendek
Shahnon Ahmad

Karyawan Bulan Ini
Abdullah Ngah: LANDSKAP "Waktu" dalam Waktu 
Mohamad Daud Mohamad

Pengalaman Pendokmentarian Tokoh Sastera ke Television
Abdullah Ngah 

Analisis Cerpen
Krisis Nilai dan Konflik Kejiwaan
Mohamad Daud Mohamad

Fokus
Peribahasa Melayu : Sependek Peribahasa Seluas Alamnya
Saifullizan Yahaya

Multimedia Menggali dan Menghidupkan Peribahasa
Siti Zaleha M. Hashim

Daripada Jabatan Sastera
Wilayah Polinesia dan Cerita Rakyatnya
Majuni Plera

Reaksi
Pujangga Amir Hamzah Terus Dikenang
Lim Swee Tin

Multimedia Menggerakkan dan Merancakkan Puisi Tradisional
Fareeza Ramzan

Sastera Kebangsaan Wadah Budaya bangsa
Zalila Sharif

Alummi MPR
Penulisan Sebagai Teman
Wira Budiman

Ulasan Buku
Citra Manusia dalam Puisi Penyair Asia Tenggara

Kita Akan Dewasa

Tertip

Meranduk Waktu

Tabir Hayat
Intelektual Awam Berjiwa Sastera
Awang Azman Awang Pawi

Sastera Antarabangsa
Fazil Husna Deglarca : Penyair Prolifik Turki
Bukhari Lubis

Analisis Puisi
Kuasa Kata Sebagai Unsur Pembeza Puisi 
Arbak Othman

Kalam Pujangga
Kesusasteraan Melayu : Nilai dan Keperibadian
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara) 

Selingkar Bundaran Kata
Togore : Pengarang dan Ahli Falsafah
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Tradisional
Syair Ken Tambuhan : Sebuah Puisi Emosi
Noriah Taslim

 

DARIPADA EDITOR   

  Dalam usaha memelihara dan memulihara semula kesusasteraan tradisional, khususnya peribahasa Melayu, pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
  Beberapa buah buku tentang puisi tradisional diterbitkan dan yang lebih bermakna penerbitan beberapa jenis kamus khusus untuk peribahasa Melayu.  Bermula dengan penerbitan pertama (1996) Kamus Simpulan Bahasa, oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Usaha penerbitan kamus peribahasa ini diteruskan hingga kini, malah telah disesuaikan mengikut peringkat khalayak.  Contohnya Kamus Peribahasa Sekolah Rendah dan Kamus Peribahasa Sekolah Menengah oleh Asiah Abdul Rahman, yang disesuaikan dengan keperluan sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah.
  Bersesuaian dengan zaman teknologi maklumat ini DBP juga telah menerbitkan CD (cakera padat) peribahasa Melayu yang diusahakan oleh Bahagian Multimedia, DBP.  Sesungguhnya DBP tetap “Cuba-cuba menanam mumbang jika tumbuh sunting” – kerjakan terus walaupun kurang dihargai atau digunakan untuk zaman ini, barangkali ada juga hasilnya kelak.
  Memandangkan  pentingnya puisi tradisional ini, Dewan Sastera Jun 2008, memfokuskan isu peribahasa Melayu, dan pengaruh bagaimana berkembangnya puisi tradisional ini.  Peribahasa masih relevan hingga kini jika tahu menilainya, kerana banyak pengajaran yang boleh dicungkil melalui pemikiran genius orang tua-tua dahulu kala.
  Peribahasa Melayu ada mengatakan “Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama”, begitulah yang terjadi kepada Rustam A. Sani, seorang intelektual awam berjiwa sastera yang telah kembali ke rahmatullah pada 23 April 2008 yang lalu.  Manusia hanya merancang Allah yang menentukan dan negara berasa amat kehilangan dengan kembalinya Allahyarham ke alam abadi.
Sidang redaksi Dewan Sastera mengucap takziah kepada keluarga Allahyarham.  Semoga Allahyarham di tempat di kalangan roh orang-orang yang soleh, perkenankan Ya Allah.  Al-Fatihah.

Rozninah Abd. Azib


FOKUS 

 Multimedia Menggali dan Menghidupkan Peribahasa
OLEH : SITI ZALEHA M. HASHIM

Peribahasa membuktikan kepada generasi kini betapa luas dan dalamnya renungan pujangga zaman silam. Alam sekitar yang melingkungi masyarakat tradisi ini; gunung-ganang, lautan, pohon-pohon yang hijau merimbun, peredaran siang dan malam menjadi sumber menghasilkan peribahasa. Alam dijadikan perbandingan dengan kehidupan harian. Manusia berinteraksi dengan alam dan sesama manusia lantas membina pandangan hidup, lalu muncullah peribahasa yang merangkumi pepatah, kiasan, tamsil dan ibarat, bidalan, perbilangan, simpulan bahasa dan perumpamaan. Peribahasa menjadi alat komunikasi yang penting untuk menyampaikan teguran, sindiran, nasihat dan pandangan. Peribahasa menjadi pedoman hidup yang diikuti oleh masyarakat dan digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan. 
  Sayang sekali peribahasa yang mempunyai falsafah yang begitu tinggi nilainya kini semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang. Tidak ramai lagi yang kenal dan menggunakan peribahasa dalam pertuturan sehari-hari. Segala pemikiran yang terdapat dalam peribahasa dibiarkan tersimpan dalam ungkapan-ungkapan yang bernas itu. Hal ini amatlah merugikan bangsa lebih-lebih lagi dalam era globalisasi ini. Setiap bangsa harus memperkukuh jati diri agar dapat terus maju dengan acuan sendiri dalam era yang amat mencabar ini. 
  Hal itu amat penting kerana tanpa peribadi dan jati diri yang kuat budaya timur akan lenyap ditelan arus teknologi tinggi. Untuk bersaing dalam era “langit terbuka dan maklumat di hujung jari ini”, hal-hal yang berkaitan dengan pemikiran. Contohnya, ungkapan-ungkapan seperti peribahasa dan puisi tradisional perlu diperkenal semula dan didekatkan dengan masyarakat, agar mereka dapat menggali semula dan menggunakan kembali khazanah pemikiran yang amat penting dan bernilai tinggi.
  Untuk menyemarakkan dan menghidupkan semula penggunaan peribahasa dalam kalangan masyarakat, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Bahagian Multimedia, Jabatan Penerbitan, telah mengambil beberapa langkah penting. Bahagian Multimedia telah berusaha merealisasikan impian ini dengan beberapa pendekatan baharu. Bahagian Multimedia menggunakan peluang-peluang ini untuk menghidupkan semula dan mendekatkan peribahasa kepada masyarakat. Usaha ini diharapkan dapat membantu pengguna mencari dengan cepat dan tepat sesuatu peribahasa yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:28:47 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.