Dewan Sastera Mei 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Erotisisme Dihalalkan?
Rozninah Abd. Aziz

Surat Kepada Editor
Cadangan Ruangan Baharu
Abd. Razak @ Rezeki Othman

 Sastera Islam Perlu Difokuskan Semula
Ahmad J. Husein

Novel Sejarah Dipopularkan Kembali
 Mohd. Kasim Mahmud

Dewan Sastera "Sifu" Jarak Jauh
 Nurul Aini Khairul Azhari

Puisi Bulan Ini
Bila Berjauhan
Razali Mohamad

Orang Tua Itu
Haji M.Z Alias

Bayang yang 
Ditinggalkan
Adi Muara

Kumbang dan
Kupu-kupu
Nazim Mohd. Subari

Menyelam Mimpi
Ngeri 
Azmi Yusoff

Sekapur Sirih
Adman A.M

Daun Jarak yang
Lagi Gugur
Abdul Hadi Muhamad

Pelebar Pilihan
Shazman Rizal
Agus Salim

Sentuhan Murni
Ahmad Sarju

Seorang Ibu Telah Bangun
Jamaludin D.

Mencari Kita di Pantai Kita
Anjanglie

Cerita Penjual Air Tebu
Wikunila ms

Biarkan
Nordin Hj. Abdullah

Kaukah?
Mohd. Aidid Haji Abd. Rahman

Tanpa Kopi dan Selamat Malam
Marzuki Ali

Hati, Mulut dan Mata
Poul Nanggang

 

Puisi Pilihan 
Razali Endun

Drama 
Penunggu Istana (Bahagian Kedua)
Wan Ahmad Ismail

Cerpen Tunas Cipta 
Kilau Putih Hadhari
Rahidah Othman

Teduhan Daerah Ini
Siti Salasiah Taman

Si Peniup Seruling
Ruhaini Matdarin

Kalbu Tengkujuh
Tuah Sujana

Sajak Alumni
Tuah Sujana

Sajak Tunas Cipta
Tanah Airku
Abd. Hafiz Mohamad

Aku Bukan di Situ
Mohd. Fadzil bin Yusof

Lorong-lorong Itu
Mohd. Zamri Abdul Hamid

Zahirkan Mimpi Jadi Nyata
Nur Iffaizyan Mad Ghazali

Lelali di Bawah Pohon Cinta
Salman Sulaiman

Ketenangan Tatkala Senja 
Lidiya Afreena

Hati Ini 
Noriza Saberi

Roda Keadilan 
Zulfadzlan Jumrah

Bulan Cinta
Zahari Che Ismail

Kasihku Buatmu Selama Hayat Dikandung Badan
Sarimah Abd. Aziz

Cerpen 
Perempuan Berbau Harum
Jasni Matlani

Alahai Peah Menon
Hasan Baseri Budiman

Titi Batang
Rohaidah Yon

Asam Pedas Emak
Razali Endun

 

Monolog Kecil
Luka-luka Perebutan Kekuasaan
Baha Zain

Ulasan Buku
Di Tengah Arus

Musafir Menuju Desinasi

Raung Merdeka

Cetusan Kalbu

Karyawan Bulan Ini
Faktor Alam dan Kemanusiaan Merangsang Kreativiti
Razali Endun

Bicara Karya 
Dua Era Menyerlahkan Kehebatan Razali Endun sebagai Cerpenis 
Ilham Haris

Sastera Antarabangsa
Al - Tahir Wattar: Novelis Patriotik Algeria 
Hafid Imam Iman

Daripada Jabatan Sastera
Minggu Penulis Kanak-kanak: Bimbing Kanak-kanak Berkarya
Filzah Ibrahim

Fokus
Tok Perak Drama Wacana Seksual
Rahman Shaari

Nafsu Berahi dalam Hikayat Raja Pasai dan Sejarah Melayu
Mohamad Shahidan

Erotisisme dalam Novel Popular
Siti Shahida Mohd. Shah 

Saman dan Larung: Bumbu Feminisme yang Cabul
A. Rahim Abdullah

Alummi MPR
Kembara Hikmah Sebelum dan Sesudah
Tuah Sujana

Analisis
Kembali ke Masa Silam, Mitos dan Kebenaran
Jeniri Amir

Menjelajah Unsur Kerohanian dalam  Bahasa Puisi
Arba'ie bin Sujud

Reaksi
Menelusuri Citra Sasterawan Negara
Sharif Shaary

Pabila Hujan Turun
Seorang Sasterawan Sebuah Universiti
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Selingkar Bundaran Kata
Salma Hidup dalam Citra Kelabu dan Hitam
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Tradisional
Berbicara Melalui Kelunakan Bunyi
Noriah Taslim

Kalam Pujangga
Perbezaan Penulisan Kreatif dengan Penulisan Ilmu
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara) 

 

 

DARIPADA EDITOR   

Erotisisme Dihalalkan?

Dewan Sastera Mei mengetengahkan isu unsur erotik atau erotisisme dalam karya sastera, bagi melihat sejauh mana pengarang memanipulasikan unsur ini sebagai daya penarik atau pancingan untuk pembaca membaca dan menghayati karyanya. Adakah benar unsur erotik merupakan elemen negatif dalam karya sastera yang secara langsung merosakkan nilai estetik sesebuah karya? Benarkah hanya karya popular atau picisan yang dibumbui unsur erotik? Bagaimana pula karya sastera klasik, tiadakah unsur erotik dalam genre tersebut? Itulah antara persoalan yang dikupas dalam Dewan Sastera keluaran ini.  
  Pada 29 Januari 2008, bertempat di Dewan Seminar, Menara DBP, Jabatan Penerbitan telah mengadakan “Taklimat Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984”. Beberapa maklumat penting dapat pihak editor, khususnya kutip daripada taklimat ini. Antaranya, dalam “Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) – di bawah “Hasil Penerbitan Tidak Diingini”, Seksyen 7(1) Perkara 2 – penerbitan yang boleh memudaratkan moral, telah termaktub antaranya:
           2.1. Membayangkan kata-kata/idea-idea lucah/mengghairahkan;
           2.2.  Memaparkan perlakuan seks (termasuk secara halus);
           2.3.  Menggambarkan keganasan/kekejaman seks;

Sasterawan Negara Datuk Shahnon Ahmad, melalui noveletnya TIVI pernah menggegarkan persada sastera tanah air dan menimbulkan polemik yang panjang, apabila TIVI dikatakan sebagai sebuah karya yang menerapkan teori Sastera Islam tetapi sarat dengan unsur erotik. 
    Dengan memperkenalkan televisyen dan kemudian video, keluarga Chah di kampung didedahkan dengan filem lucah. Demi merealisasikan penceritaannya, Shahnon memerikan adegan erotik dalam TIVI. Beliau bijak menggunakan perlambangan, bagi mengekalkan nilai estetika karyanya. Namun begitu, bagi pembaca dewasa segala yang tertera dapat dicapai maknanya oleh pemikiran mereka. Umpamanya gambaran “kerasukan nafsu syahwat” diberikan perlambangan “hantu”. 
   Shahnon menggunakan frasa berikut, “Dari hati, hantu-hantu melonjak naik ke kepala dan dari kepala itulah para hantu turun semula ke perdu-perdu kedua-dua belah pahanya, yang sudah pun menyerap darah-darah yang sedang mendidih panas.” 
  Maka, persoalannya, adakah karya sebegini sesuai untuk bacaan kanak atau remaja? Persoalan kedua, bagaimanakah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) boleh menerbitkan karya sebegini dan tidak ditarik balik penerbitannya? Jawapan daripada persoalan itu yang dapat dikutip daripada taklimat itu adalah; “Boleh diterbitkan dengan syarat melihat sasaran pembacanya”. Jika sasaran penerbitannya untuk pembaca dewasa, dibolehkan dengan syarat segala pendedahan kemungkaran itu adalah untuk tujuan kembali kepada kebenaran. 
  Dapat disimpulkan bahawa, bukan hanya karya picisan atau karya popular sahaja yang diselitkan dengan unsur erotik, bahkan karya kreatif serius juga tidak mengetepikan unsur erotik, dan di ketengahkan secara sedar dengan tujuan tertentu.

 Rozninah Abd. Azib     


FOKUS 

Tok Perak Drama Wacana Seksual
OLEH: RAHMAN SHAARI

 Saya berhasrat mengemukakan pandangan saya tentang drama Tok Perak dengan menggunakan “bayang-bayang” Teori Anjakan Makna yang masih dalam penyiapan.  Setelah membaca skrip drama ini dua kali, saya menyimpulkan bahawa Tok Perak ialah drama wacana seksual.  Saya bersedia untuk memperlihatkan bahawa segi-segi seks ditonjolkan oleh pengarangnya, bahkan bersedia menolak anggapan Panel Hadiah Sastera 1974 bahawa drama ini memberatkan persoalan pertentangan nilai modenisasi dengan nilai tradisional.  
   Memang persoalan itu ada, tetapi tidaklah saya bermaksud mengatakan penekanan terhadap pertentangan nilai itu tidak penting sama sekali, seperti mana saya juga tidak menolak anggapan bahawa dalam Tok Perak ada unsur moral, cuma tidak dapat saya terima anggapan Mana Sikana bahawa Tok Perak memberatkan moral.  (Mana Sikana, Drama Melayu Moden, hal 17).  Dalam mana-mana karya yang penulisnya mengambil sikap tiada kaitan dengan akhlak (amoral), kita masih dapat menemukan segi moral.
  Teori Anjakan Makna ialah teori yang mengatakan antara lain bahawa penetapan makna tidak perlu dipercayai.  Ertinya, makna yang telah diberikan oleh seseorang sentiasa galak untuk berubah, dan sering diubah oleh pembaca yang kritis.  Perubahan itu mungkin akan dilakukan oleh pembaca yang pernah menjadi pemberi makna, iaitu dia mengubah makna yang telah diperolehnya terdahulu.  Makna juga mungkin diubah oleh pengarangnya.  Ertinya, biarpun karyanya itu masih karya asal ciptaannya, dia beroleh makna baru.  Di samping itu ada pula perubahan pada karya.  Hal ini kerap terjadi dalam pengalaman pementasan, iaitu pengarah memasukkan dialog atau aksi atau latar yang tidak terkandung dalam skrip.  Mungkin juga pelakon berasa  ...

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:29:27 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.