Dewan Sastera April 2008

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Mampukah Menyamai atau Mengatasi Bakat A.Latiff Mohidin?
Rozninah Abd. Aziz

Surat Kepada Editor
Manfaat Membaca Produk Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka 
Salbiah Salleh

Penjana Sastera Global
Muhammad Ghazali Hilmi

Penulis Muda Usah Cepat Melatah
 Norashikin Abdul Hamid

Puisi Bulan Ini
Ceritera Adam dan Hawa
Anismas Ar

Buah yang Tak Gugur
Jaafar Hasny

Catatan Lama dan Malam Semakin Kelam
Mohamad Ghani Abdullah

Menadah Musibah
Nazim Mohd. Subari

Menyelam Mimpi Ngeri 
M. Ashikin

Tadi Malam Bulan Bertandang
Pharo Abdul Hakim

Mencari Jejak Makna
Ja'afar Haji Hamdan

Ini yang Aku Cari
HMS Abu Bakar

Sungai Peribadi
Nahmar Jamil

Baqik
Zaiton Ajmain

Pasrah
Mahad A. Bakar

Mari Jolok Bulan
Muna Ali

Sebuah Perhentian
Saadin Abdullah

Di Negeri Tersalib
Rahimidin Zahari

Dalam Alam
Abdul Hadi Yusoff

Genta Cinta
Peter Augustine Goh

 

Drama 
Penunggu Istana
Wan Ahmad Ismail

Cerpen Tunas Cipta 
Lembing Sparta
Hafizul Osman

Srengenge
Nai Boon Mee

Noktah Masih Jauh
Nor Hidayah Illias

Gadis Kecil
Hafizah Iszahanid

Sajak Tunas Cipta
Meniti Perjuangan Getir 
Nurul Aini Khairul Azhari

Kehidupan
Zuraine Mahadun

Gadis Malang Bumi Bertuah
Normah Dirak

Perjalanan Melihat Alam
Nur Syafiah Mohd. Isa

Hidup dan Rahsia
Hasbullah Haji Mohamed

Baju 
Sahibul Anuar Asrani

Seorang Anak Murid ll
Syafiq Zulakifli

Racun Si Mata Biru
Munira Latip

Aku Si Penjaga Gerai Buku
Wan Muhammad Izzat Wan Nor Anas

Syukur dengan Nikmat
Aznida Salwa Raja Azmi

Batasan Hukum
Mohd Azree Mohd Ariffin

Sesumpah
Mohd Firdhaus Hasraf Hassan

Pembunuh Bidadari  Taman Bunga Tulip
Wahyu Budiwa Renda Abd. Wahib

Epilog Si Pungguk
Mohd. Ab Malek Md. Shah

Esok Tetap Rahsia
Nazira Mohd Noor

Puisi Pilihan
Sharif Putera

Cerpen 
Dalam Perjalanan
Sutung Rs

Song Of September
Malim Ghozali PK

April
Zaleha Ahmat

Dayang Isah Tandang Sari
Beb Sabariah

 

Monolog Kecil
Berebut Kekuasaan Sebelum Mati
Baha Zain

Tabir Hayat
Jiwa Pengarang Hamzah Hussin Pantang Sunyi
Noridah Kamari 

Analisis
Protes Sosial dalam Cerpen
Che Abdullah Che Ya

Peringkat dan Nilai Keislaman dalam Puisi
Awang Azman Awang Pawi

Fokus
Puisi Warna dan Garis A. Latiff Mohidin
Siti Zainon Ismail

A. Latiff Mohidin Penterjemah Bijaksana dan Wibawa
Lalita Sinha

A. Latiff Mohidin Penyair Alam Penyair Kalimat
Sohaimi Abdul Aziz

Permata Negeri Milik Semua
Nisah Haji Haron

Ulasan Buku
Di Persada Tanah Air

Kepada Angin Juga

Ritma Laut

Elipsis
 

Alummi MPR
Ahmad Zafran (1974 - 2008)
Nisah Haji Haron

Ahmad Zafran: Membekas dan Kekal dalam Ingatan
Zaid Akhtar

Pabila Hujan Turun
Muhammad Bukan Penyair
Shahnon Ahmad 
(Sasterawan Negara)

Selingkar Bundaran Kata
Sebuah Suara Keras daripada Derita Sebenar: Karya Salma, Pemberontak dari Tamil Nadu
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Antarabangsa
Ibrahim Nasrallah: Sasterawan Palestin yang Penuh Kontroversi
Zarima Mohd Zakaria

Sastera Tradisional
Menterbalikkan Peranan Gender dalam Jenaka Pak Pandir
Noriah Taslim

Daripada Jabatan Sastera
Simposium Penulis Pelbagai Kaum ke-Vll
Rohaya Harith

Kalam Pujangga
Keagungan Ilmu Menjana Kecemerlangan 
S. Othman Kelantan (Sasterawan Negara) 

 Bicara Karya 
Garis Wina SW1: Antara Romantisme dengan Intelektualisme
Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)

 

DARIPADA EDITOR    


Mampukah Menyamai atau Mengatasi Bakat A. Latiff Mohidin?

Tidak banyak penulis di tanah air kita yang dianugerahi Allah gabungan bakat kreatif dalam kedua-dua bidang, iaitu penulisan dan lukisan. 
     Antara mereka yang dianugerahi Allah kedua-dua itu ialah A. Latiff Mohidin. Beliau  merupakan nama terulung dalam penulisan sajak mahupun bidang seni lukis. A. Latiff Mohidin selain dikenali sebagai “Penyair Alam” dan “Penyair Kalimat”, beliau juga tersohor sebagai seorang pelukis, iaitu kerjaya yang telah diceburinya sejak tahun 1960-an lagi. 
     Penglibatannya yang serius dalam kedua-dua bidang ini menyebabkan sehinggakan para pengkaji sastera sering mengaitkan pengaruh penghasilan sajaknya dengan lukisannya atau di sebaliknya. Lukisan Latiff Mohidin sering ditafsirkan sebagai ekspresionis, malah warna-warna dalam lukisannya juga mempengaruhi dan mempunyai kaitan dengan setiap sajak yang diciptanya.  Sehingga ada pengkaji yang merumuskan bahawa warna pilihan dalam lukisan A. Latiff Mohidin menggambarkan mood dan tahap penciptaan sajak-sajaknya. Contohnya, Arndt Graf, dalam kertas kerjanya di “Seminar Kefahaman Budaya ke-xii: Latifff Mohidin”, anjuran Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, dengan kerjasama Bahagian Kesusasteraan, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, berjudul “Dari Warna Konkrit ke cahaya abstrak: Penggunaan topoi “warna” dan “cahaya” dalam Puisi A. Latiff Mohidin merumuskan, “terdapat satu perkembangann penggunaan topoi berwarna, dari fasa hitam-biru-gelap (tahun 1960-an), ke fasa ceria 1970-an), ke fasa penggunaan warna yang lebih seimbangan ( tahun 1980-an)
    Namun begitu, sejak tahun 1990-an, nama A. Latiff Mohidin dalam bidang perpuisian semakin hilang. Khabarnya A. Latiff Mohidin lebih memberikan tumpuan pada bidang seni lukisnya kerana seni lukisan lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Namun begitu, nama A. Latiff Mohidin tidak pernah lenyap dalam ingatan pengkaji sastera dan persada sastera tanah air tidak pernah melupakan kehebatan beliau ini dalam dunia persajakan khususnya. 
    Maka itu, kerajaan Negeri Sembilan bersama-sama PEN telah menganugerahkan beliau, pada tahun 2007 sebagai “Sasterawan Negeri Sembilan”  sebagai tanda menghargai jasa dan ketokohan beliau sebagai seniman dan sasterawan.
    Bagi mengembalikan semula zaman kehebatan A. Latiff Mohidin, terutama kepada penulis muda atau kepada anak zaman alaf baharu ini, Dewan Sastera memfokuskan isu keluaran ini tentang A. Latiff Mohidin, yang menyentuh semua aspek kemahiran dan bakatnya, iaitu sebagai pelukis, penyair, malah sebagai penterjemah. Siapakah antara barisan penulis muda yang memiliki bakat semewah A. Latiff Mohidin? Setakat ini masih belum terserlah bintang itu.   


Rozninah Abd. Azib  


FOKUS 

 Latiff Mohidin Penyair Alam Penyair Kalimat
OLEH: SOHAIMI ABDUL AZIZ

Latiff Mohidin merupakan seniman penyair dan pelukis yang sangat terkenal, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara. Kekuatan imaginasi dan kreativitinya menggunakan bahasa, warna, dan garis menjadikan sajak ciptaannya unik. Ditambah pula dengan perasaannya yang halus,  fikirannya yang kritis, dan sajaknya dicipta berdasarkan pada ilmu yang diaplikasikannya, maka hasil karyanya sangat bermutu.
   Latiff Mohidin mula menghasilkan puisi pada tahun 1960-an. Beliau telah menghasilkan beberapa antologi puisi  seperti  Sungai Mekong (1972), Kembara  Malam (1974), Wayang Pak  Dalang (1977),  Serpihan Dari Pendalaman (1979), Pesisir Waktu (1981),  Rawa-Rawa (1992), Sajak-sajak Dinihari (1996) dan antologinya yang terbaharu ialah Latiff Mohidin Sajak-sajak Lengkap (1963-1994), (2007) yang menghimpunkan sebanyak 299 sajaknya yang pernah dihasilkan pada tahun 1960-an hingga 1990-an.  
    Latiff Mohidin digelar sebagai “penyair alam” kerana karyanya begitu akrab dengan alam. Ada pula yang mengatakan Latiff sebagai “penyair kalimat”, lantaran penggunaan kata-kata atau frasa-frasanya  yang padat. Sajak Latiff Mohidin juga dikatakan kuat pemikirannya. Sebagai pelukis, beliau gemar menjalinkan unsur lukisan bersama-sama unsur bahasa sehingga menjadikan sajak-sajaknya seperti lukisan.
  
Latiff Mohidin dan Isu Alam Sekitar.
Kehidupan alamiah yang dilaluinya banyak mempengaruhi proses kreatif Latiff, namun unsur kemanusiaan juga menyerlah.  Keseimbangan antara dua unsur ini, yakni alam dan kemanusiaan menjadi kekuatan Latiff sebagai penyair.  Hubungan yang akrab antara dua unsur ini dalam sajaknya memperlihatkan beliau sebagai pencinta alam sekitar.  
    Seorang penyair yang menggunakan unsur alam belum tentu seorang pencinta alam jika unsur alam itu digunakan dalam sajaknya, sekadar sebagai simbol atau imej, yang  menempiaskan maksud tertentu yang tidak ada hubungannya dengan ekologi dan etika.  
   Latiff bukan sahaja menggunakan unsur alam tetapi juga mencintai alam.  Kecintaannya kepada alam membawanya untuk berpesan kepada kita, bahawa alam itu perlu dijaga dan dicintai dan bukan untuk dinodai.  Maka itu, sajak-sajaknya sangat sesuai dihuraikan melalui kritikan eko  atau ecocriticism. 
 Kritikan eko mula diperkatakan semenjak pertengahan 1990-an apabila muncul dua buah buku penting  iaitu The Ecocriticism Reader (1996) yang diedit oleh Cheryll Glotfelty & Harold Fromm dan The Environmental Imagination (1996) oleh  Lawrence  Buell.  Sungguhpun disiplin ini baru diperkatakan, namun istilah ecocriticism sebenarnya telah digunakan semenjak tahun 1970-an lagi.  Mengikut Cheryll Glotfelty dalam bukunya The Ecocriticism Reader (1996: xviii):
“… ecocriticism is the study of the relationship between literature and the physical environment.” ... 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2008. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:29:52 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.