Dewan Sastera Disember 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Minggu Penulis Remaja Projek Anak Emas DBP?
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Pabila Hujan Turun
Ghazali Din

Kekangan Masa Bukan Alasan Tidak Menulis
Ismail Hashim

Setelah Ibarat Burung
Nawawee Mohammad

Sebelum Sungai dan Jambatan- Lebuh raya Merentasi Sawah Padii
Leo A.W.S.

Membawa Percintaan Ini
Jamaludin D.

Sabar
Zahari Hasib   

Cerpen
Mencari Manusiawi
Daeng Ramliakil

Kenduri Wazir
Zaid Akhtar

Seorang Melayu Di Tengah Bandara Raya
Azizi Haji Abdullah

Protokol Cinta
Rebecca IIham

 

Puisi Bulan Ini
Antara Tambak Johor dengan Jambatan Kereta Api Maut Sungai Mekong
Ad Rahim Hamid

Wujud
Azmi Yusoff

Rawan
S.M. Zakir

Laut yang Bergemuruh
N. R. Rahim

Buta Akal
Nahmar Jamil

Cermin Mukmin
Ahmad Sarju

Hati
Izani H.D.

Sekuntum Bunga Liar
Ehsan Jamily

Hujan Musim Kering
Norhisham Mustaffa

Banyak Perkara Tidak Diduga
A. Ghani Abdullah

Reda Bertakwa
Zaiton Ajmain 

Di Hujung Rindu
M. Ashikin

Membunuh Sasterawan
Huzaifah Zulfakar 

Meneruskan Perjalanan
Ahmad J Husein

Planet Sesak
Zulkifli Salleh

Suram
Ismail Hashim

 

 

Monolog Kecil
 Catatan kepada Sorang Moderator
Baha Zain

Fokus
Minggu Penulis Remaja dan Kepelbagaian Platform
Fahd Razy

Minggu Penulis Remaja 
Membina Penulis Pelapis Nisah Haji Haron

Minggu Penulis Remaja  Bukan untuk Glamor
Zurinah Hassan

Kajian
Penilaian Semula Teks Sejarah Sebagai Sumber Karya
Malim Ghozali PK

Karyawan Bulan Ini
 Perjalanan Seorang Penulis Membaca, Menulis dan Berdakwah
Zaid Akhtar

Bicara Karya
 Daun dari Perspektif Teori Studi Budaya
Mohamad Daud Mohamad

Ulasan Buku
Mencari Gayung

Biografi Terpilih: Sasterawan Islam Abad 20

Patung-patung

Taman Takwa

Sastera Antarabangsa
Puisi Dakwah Abdulrahman al-'Ashmawi 
Zairmah Mohd. Zakaria

Selingkar Bundaran Kata
Lagu-lagu Purba dari Afrika
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Tradisional
Megat Seri Rama Penderhaka yang Sempurna?
Noriah Taslim

Tabir Hayat
Meninggalkan Bara Semangat Penulisan
Aminudin Mansor

Mati Sahaja yang Menguburkan Bakatnya
Ahmad Sarju 

Amil Jaya yang Tidak Mungkin Dilupakan
Jasni Matlani

Sorotan
Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim 2009
Rusdi Abd. Rahman

Pengucapan Puisi Alam Gunung Ledang
W.B. Rendra

 

Daripada Editor
 

Minggu Penulis Muda Projek Anak Emas DBP?

Setiap remaja mempunyai cita-cita dan impiannya yang tersendiri. Cita-cita dan impian ini tidak boleh dipaksa, bahkan kedua-duanya itu lahir daripada perasaan dalam diri individu itu sendiri. Bagi remaja yang dianugerahkan bakat semula jadi dalam bidang seni, khususnya seni penulisan sudah tentu bercita-cita ingin menjadi seorang pengarang yang tersohor pada suatu hari nanti.
   Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang pengarang. Sasterawan Negara ke-10, Anwar Ridhwan misalnya, sejak remaja lagi sudah membayangkan, keseronokannya menjadi seorang pengarang, kerana biarpun tidak mengenali penulis sesuatu karya tersebut,  pemikiran dan idea pengarang itu dapat dihayatinya melalui pembacaannya. Semenjak beliau menyimpan perasaan dan impian itu beliau berusaha menjadi seorang penulis dan bakat penulisannya dipupuk sejak zaman remajanya.
   Lantaran pentingnya melentur buluh sejak dari rebungnya, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan program Minggu Penulis Remaja (MPR) yang “diusik” oleh sesetengah pihak, sebagai projek “anak emas DBP”. Tidak dinafikan banyak masa, tenaga, dan kewangan yang dilaburkan oleh DBP untuk projek ini. Setelah lebih 20 tahun DBP menganjurkan MPR, dan terbukti MPR berjaya melahirkan barisan penulis muda yang tercatat nama mereka di mana-mana media massa. Bahkan ada antara mereka yang kini sudah selesa “duduk sama rendah berdiri sama tinggi” dengan pengarang mapan. Merekalah bakal pengganti penulis mapan yang telah kembali ke alam abadi seorang demi seorang. Maka dengan itu, Dewan Sastera memfokuskan MPR dari segi sejarah penubuhannya, cabaran dan kejayaan MPR dalam mencapai matlamat murni DBP.
   Belanjawan 2010 yang memberikan “Impak maksimum” serta turut menyalurkan manfaat kepada penggiat seni dengan “Dana Industri Kreatif RM200 juta” dan “RM3 juta geran pelancaran penubuhan Tabung Kebajikan Penggiat Seni” diharap menjadi berita manis yang dapat dikongsi bersama-sama oleh semua penggiat seni. Amatlah diharapkan peruntukan ini dapat memberikan sesuatu yang baik untuk mempertingkat peranan institusi seni, sastera, bahasa, dan budaya tanah air dalam memastikan kelangsungan program yang menggalakkan kelahiran penulis atau pengarang muda.
  Kebiasaannya, remaja yang dibimbing arah tuju masa hadapannya secara terancang dan positif akan menjadi seorang insan yang berjaya pada masa hadapannya. Daripada membiarkan remaja mengisi masa senggangnya, terutama pada waktu cuti persekolahan untuk aktiviti yang songsang adalah lebih baik mereka memanfaatkan masa itu untuk aktiviti yang berguna, seperti menyertai MPR. Ibu bapa yang mana tidak berlapang dada apabila melihatkan anak remajanya terdorong ke arah yang menjanjikan masa hadapan yang positif. Maka dengan itu, kelangsungan MPR sewajarnya dipertahankan.

Rosninah Abd. Azib


FOKUS 

Minggu penulis Remaja Membina Penulis Pelapis
OLEH:    NISAH HAJI HARON

Pepatah Melayu ada mengatakan, “Andai mahu melentur buluh, tentulah daripada rebungnya”.  Apabila mahu melahirkan penulis pelapis dalam sastera Melayu, langkah pertama yang harus disegerakan adalah latihan penulisan kepada mereka seawal mungkin.  Penulis tidak mungkin dilahirkan dalam tempoh sehari semalam biarpun mereka mempunyai bakat semula jadi.  Penulis juga harus dibentuk dari aspek pemikiran, jati diri dan dilenturkan kesantunan berbahasa, serta dicerna kecendekiaan mereka dalam tradisi persuratan.
   Hal inilah yang mampu dijana oleh program Minggu Penulis Remaja (MPR) selama lebih dua dekad.  Melihat kepada percambahan industri buku masa kini dan juga kelahiran penulis karya pop dan bersifat “segera”, membuktikan ramai sekali yang mahu bergelar penulis.  Walau bagaimanapun, menulis karya pop tidak sama dengan menghasilkan karya sastera.  Lantas, calon penulis remaja yang mengorbankan masa seminggu untuk berkampung di lokasi yang ditetapkan oleh penganjur MPR, didedahkan dengan aspek penulisan kreatif dengan langgam kesusasteraan Melayu yang tulen.
   MPR awalnya dikenali sebagai Minggu Remaja, yang pertama kali diwujudkan pada 13 – 16 September 1985.  Pada ketika itu, Profesor Pendeta Tan Sri Ismail Hussein melancarkan dua buah antologi.  Antologi tersebut berjudul Biarkan Aku Sendiri untuk cerpen yang diselenggarakan oleh Ali Majod dan Bunga Pelangi untuk puisi yang diselenggarakan oleh Ahmad Razali.  Pada ketika itu, seramai 27 orang peserta berkampung membawa legasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).  Demikianlah langkah pertama Minggu Remaja yang lahir di Sudut Penulis DBP.

.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Disember 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:31:18 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.