Dewan Sastera November 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Mencari yang Tersurat di Sebalik yang Tersirat
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Cerpen Terjemahan Antarabangsa
Roslan Jomel

Tahniah kepada Sasterawan Negara ke-10
Nor Baizura Ibrahim

Cerita Yee Wen 10
Daeng Ramliakil

Taman Pesona
Lim Swee Tin

Sejadah Cinta
Basri Haji Abdillah

Teka-teki Imam al-Ghazali
Anismas Ar

Manusia dan Pancaindera
Wahba

Mengusung Batu
Ali Jusoh

Cerpen
Pak Tua
Aladin Mohamad

Pasrah
A. Rahman C.M.

Bos Baharuku
Ja'afar Hasny

Aku Nak Jumpa Tan

 

Drama
Intan yang Tercanai
Noordin Hassan (Sasterawan Negara)
 

Puisi Khas
Ratna Chandera Puri
Siti Zainon Ismail

Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid

Puisi Pilihan
Aladin Mohamad

Puisi Bulan Ini
Pulangkan kepada
Air Mata
Jair Sulai

Kuntum Cinta
Abd. Ghafar Bahari

Taman Sepi
Arbak Othman

Legenda Sepasang
Kijang Kencana
Marzuki Ali

Solitude
Suhaimi Hj. Muhammad

Nelayan Tua
Juri Durabi

Ladang Kebersamaan
Shapiai Muhammad Ramly

Kalau Nak Jadi Melayu
Razali Mohamad

Karbon
Nazira Mohd. Nor

Bertandang
M. Arif

Pabila Embun Merindu
Hj. Mohamed Tahir Shahdan

 

 

Monolog Kecil
 Menulis Puisi Keabadian
Baha Zain

Spektrum
Mencari Kesufian
Nordin Hassan (Sasterawan Negara)

Fokus
 Ciri-ciri Sastera Islami dalam Intan yang Tercanai
Bukhari Lubis

Ungku Intan Anis dari Perspektif Jiwa Raga Wanita
Siti Hajar Che Man

Jiwa Intan yang Tercanai
Rohani Md. Yousoff

Ulasan Buku
Bahasa Negara dan Bangsa

Yang Lebih Dia Cinta

Rahsia Ejaan Jawi

Setelah

Bicara Karya
 Aladin Mohamad dalam Semiotik Pragmatik
Mohamad Shahidan

Karyawan Bulan Ini
 Pelukis Cita-cita Asal Saya
Aladin Mohamad

Kajian
Metarasa Puisi Kemala dalam Syurga ke Sembilan
Arbak Othman

Sastera Antarabangsa
Nejip Fazil Kisakurek Kesusasteraan Tersekat Kerana Keagamaan
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
Derhaka Tun Biajid
Noriah Taslim

Selingkar Bundaran Kata
Buka Kembali Pintu Sastera dan Tamadun
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Akademi sastera 2009
Ja'afar Haji Hamdan

 

Daripada Editor
 

Mencari yang Tersirat di Sebalik yang Tersirat

Pada 8 hingga 12 Julai 2009, di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Intan yang Tercanai karya Sasterawan Negara Noordin Hassan berjaya dipentaskan.  Pementasan teater perdana ini diarahkan oleh A. Wahab Hamzah.
    Sebagaimana resamnya, baik Noordin Hassan sebagai penulis skripnya, mahupun A. Wahab Hamzah sebagai pengarah teater ini, kedua-duanya menerima kritikan positif dan negatif terhadap Intan yang Tercanai yang mereka tangani. Lumrahnya, tidak ada sesiapa pun di dunia yang mampu memenuhi cita rasa dan kehendak semua orang,  biarpun “rambut sama hitam, hati tetap lain-lain”. Maka akhirnya, jadilah, “rasam air ke air, rasam minyak ke minyak”, tidak mungkin bercampur.  Hakikatnya, biar siapa pun kita dan dipihak mana pun kita berada, jika kita mencari baiknya, maka baik yang kita peroleh dan begitulah sebaliknya. Elakkan resan “hendak tahu buruk tanya kepada lawan, hendak tahu baik tanya kepada kawan”.
   Hidup ini jika sentiasa gembira, umpama “ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di muka”, ada kalanya menjadikan kita leka dan terlena dibuai pujian.  Yang pasti, baik Noordin Hassan mahupun A. Wahab Hamzah, sebagai seorang yang profesional, mereka menerima sebarang kritikan dengan dada yang lapang dan hati yang sentiasa merunduk; umpama padi, semakin berisi semakin merunduk, apalah guna menjadi lalang, tegak berdiri tidak berisi.
   Mengimbas kembali temu bual saya di rumah Noordin Hassan ketika perbincangan awal pementasan teater tersebut, beliau mengaku,
 
“Tidak seperti drama saya sebelumnya, yang suka berselindung di sebalik simbol dan saya suka dengan gaya teater multifokal dan multimedia.  Yang lebih penting, saya tegaskan di sini, Intan yang Tercanai bukan secara menyeluruh sebuah teater fitrah, seperti karya saya sebelumnya.  Saya cuma sisipkan di sana sini unsur fitrahnya.”

    Saya yang pada waktu itu dapat menebak apa-apa kritikan yang bakal dihujani oleh pengkritik terhadap Intan yang Tercanai, mengajukan satu soalan yang agak berat untuk dijawab olehnya, “Tidakkah timbul kebimbangan teater ini berbau politik, dan sensitif kerana menyentuh persoalan dua agama, iaitu Islam dan Hindu?”  Jawab pengarang yang sering dilabelkan sebagai pengarang teater fitrah ini, “Tugas seorang pengarang selesai pada saat karyanya berjaya menemui khalayak dan terpulang kepada pengarah teater ini untuk menginterpretasikannya.”
    Seperti yang diduga, selepas pementasan teater ini Noordin Hassan diasak dengan pelbagai persoalan yang “panas”. Antaranya, Intan yang Tercanai adalah propaganda politik, suara kerajaan ke arah konsep “Satu Malaysia”.  Memang benar, seorang pengarang yang genius akan menghasilkan ciptaan yang menjangkau masa hadapan; kenyataannya Intan yang Tercanai dihasilkan oleh Noordin Hassan sebelum Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak yang mempopularkan konsep “Satu Malaysia” menjadi Perdana Menteri.
    Bertepatan sebagai teater perdana DBP, maka Dewan Sastera bulan ini mengetengahkan Intan yang Tercanai sebagai fokus dengan meneliti teks skrip dramanya dari beberapa sudut – kerana hanya “jauhari jua yang mengenal manikam”.


 Rosninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Jiwa “Intan Yang Tercanai”
Oleh:  Rohani Md. Yousoff

Tahun ini merupakan tahun gemilang untuk Sasterawan Negara Dato’ Noordin Hassan. Gemilang bermula dengan pementasan kolaj, “Saya ... dari Hujung Kota” yang dipetik daripada 10 drama beliau. Walaupun, diterbitkan secara kecil-kecilan, drama beliau sangat bermakna kerana pementasan ini diadakan untuk meraikan hari kelahiran Noordin yang ke-80, pada 29 Januari 2009 di ASWARA. Selepas 10 tahun produksi ini dinanti-nantikan, Mana Setangginya? akhirnya dipentaskan di bawah arahan Zaifri di Istana Budaya pada 13 hingga 21 Jun 2009. Terkini, drama Noordin yang terbaharu, Intan yang Tercanai arahan A. Wahab Hamzah dipentaskan di Dewan Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 8 hingga 12 Julai 2009.
  Mengikut Noordin, apabila dia menulis Intan yang Tercanai, dia memikirkan pementasan yang kecil dengan lima orang pelakon yang hebat. Namun, dalam mukadimah beliau menyatakan bahawa pementasan adalah pilihan pengarah, sama ada untuk membuat persembahan yang kecil atau boleh dipentaskan dengan produksi yang besar. Cuma pesannya, “jangan klise”. Drama ini diangkat sebagai pentas perdana, yang pementasannya dibuat agak besar. Struktur drama ini lebih memaparkan penceritaan atau monolog dari sudut pandangan watak. Sebagai pengarah, Wahab memilih untuk membayangkan cerita melalui pergerakan yang dilakonkan oleh watak-watak  yang berkenaan untuk menjelaskan penceritaan pada hampir setiap  monolog.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera November 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:31:51 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.