Dewan Sastera Ogos 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Erti Kemerdekaan yang Sebenar
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Gambar Foto dan Ilustrasi Memikat
Zuliana Zainol

Sasterawan Negara dalam Dewan Sastera
Noraini Rashid

Sajak untuk Negara 
Jais Sahok

Bicara Warga Setiamu
Poul Nanggang

Persada Ketuanan Ini
Wan Marzuki Wan Ahmad

Episod Hidup
Zahari Hasib

Di Tanah Hijau Ini
Haji A. Rahim Hamid

Ketuanan Melayu
Aladin Mohamad

Sehelai Kisah Silam
Maznan Nordin

Padu Itu Satu
Ramlan Abd. Wahab

 Setelah Puluhan Tahun Berlalu.
Kutemui Keturunan Kintalo
Zalin Farha

Satu Malaysia
Sabar Bahari

 

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

Drama
Begitu Begini
Sharif Shaary

Sajak Khas
Tun Teja Ratna Menggala
Siti Zainon Ismail

Puisi Pilihan
Jamdin Buyong 

Cerpen
Seorang Tua Sebidang Tanah
Kamaruzaman Othman

Pulang
Zaleha Ahmat

Sisipus di Labirin
Roslan Jomel

Siapa Tuan? Mat Janggut, Mat Misal?
Ahmad Kamal Abdullah

 

Puisi Bulan Ini
Membaca Catan Ismail Embong
Leo A.W.S

Di Perbatasan Negara
Mohd Adid Ab Rahman

Keris Berbeka-beka
Shapiai Muhammad Ramly

Sesingkat Waktu Hujan untuk Dimengerti
Ja'afar Haji Hamdan

Tentang Cinta
Rosani Hiplee

Pencinta Nusa
W.B. Rendra

Ribut
M.Arif

 

Monolog Kecil
 Budaya Terpinga-pinga dalam Kemelut
Baha Zain

Ulasan Buku
Ke Luar Jendela

Kisah Si Sidur

Umpama Mutiara

Seindah Mawar Berduri

Kajian
 Pengalaman Sebagai Sumber Berkarya
Siti Hajar Che Man 

Fokus
 Puisi Meniupkan Semangat Bangsa "Satu Malaysia"
Ani Haji Omar

Leitkultur Teras "Satu Malaysia"
S.M. Zakir

Menjayakan Gagasan "Satu Malaysia"
Lim Swee Tin

Karyawan Bulan Ini
Bahasa Gugur Sastera Luntur
Jamdin Buyong

Jamdin Buyong:
Eksplorasi Bahasa dan Pengalaman
Sarah Ibrahim

Jamdin Buyong:
Sastera dan Kerjaya Seiring Sejalan
Ahmad Ugan

Sastera Antarabangsa
Forough Farrokhzad Mewariskan Puisi dan Filem untuk Iran
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
Tuhfat al-Nafis Falsafah 
Politik Raja Ali Haji
Noriah Taslim

Pabila Hujan Turun
 Berdiam Diri
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Selingkar Bundaran Kata
J.M.G. Le Clezio
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 


Daripada Jabatan Sastera
Membina Kepakaran Sastera
Zahani Che Ismail

 

Daripada Editor
 

Erti Kemerdekaan yang Sebenar

Pemansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), telah memerdekakan rakyat Malaysia daripada kemelut  isu bahasa, yang menjadi isu yang amat sensitif kepada semua kaum di Malaysia. Dengan gagasan baharu “Satu Malaysia” oleh Perdana Menteri Malaysia yang baharu, Datuk Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, pemansuhan ini diharapkan dapat menyatukan semua kaum di Malaysia dengan mengukuhkan kedaulatan atau peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dengan bergerak sebagai satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa milik bersama, gagasan “Satu Malaysia” lebih mudah diserapmasukkan.
   Oleh sebab isu ini amat penting diperkatakan dan dibincangkan apatah lagi selaras dengan bulan kemerdekaan yang sedang kita kecapi ini, Dewan Sastera memfokuskan isu ini, dengan melihat bagaimana melalui sastera, gagasan “Satu Malaysia” dapat diserapmasukkan ke dalam minda dan jiwa pembaca dan pencinta sastera, hingga mampu melahirkan semangat patriotik kepada setiap jiwa rakyat  tanpa mengira kaum.
    Sejak dahulu lagi, persada sastera sering dijadikan laluan dan landasan untuk menyemai rasa cinta kepada tanah air, bahkan meniupkan semangat untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah. Maka itu, pada zaman sebelum merdeka terlalu banyak karya, sama ada dalam bentuk cerpen, novel mahupun sajak yang membarakan semangat kemerdekaan.
   Kini setelah merdeka, karya yang bercorak patriotisme semakin berkurangan. Namun begitu, perjuangan yang sebenar adalah untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara kita yang terdiri daripada pelbagai kaum, yang kelihatan sejak akhir-akhir ini agak kucar kacir dan goyah. Kemerdekaan yang sebenar adalah kemerdekaan daripada terus dililitbelitkan oleh kesan dan saki-baki pengaruh penjajah, seperti mengagungkan bahasa lain selain bahasa kebangsaan kita, yang menjadi lambang perpaduan. Tegasnya PPSMI, diharapkan banyak rakyat Malaysia yang kembali tenang.

 Rozninah  Abd. Azib


FOKUS


Leitkultur  Teras Satu Malaysia
Oleh: S.M. Zakir

Sastera wujud sebagai roh kebudayaan yang mencerminkan nilai serta tingkat pemikiran sesebuah masyarakat. Lebih daripada itu, sastera memperlihatkan ketinggian tamadun sesebuah bangsa. Sastera tinggi selalunya lahir mengiringi kemunculan tamadun dan peradaban besar dunia. Setiap tamadun dan peradaban besar dihalusi serta diperkemas oleh kewujudan kebudayaan tinggi. Perkembangan budaya tinggi ini lahir daripada pembangunan pemikiran masyarakat hasil daripada wujudnya peradaban dalam masyarakat tersebut. Kebudayaan tinggi ini wujud sebagai roh kepada peradaban itu, yang dicerminkan oleh kehadiran karya sastera agung yang halus dan tinggi pemikirannya. Dalam erti kata lain, sastera tinggi ini mencerna nilai dan menjadikan budaya ini berjiwa dan bermartabat. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Ogos 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:33:06 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.