MAJALAH - DEWAN SASTERA
|
|
|
Daripada Editor
Drama 10 Minit Lembaran Baharu Teater DBP
Rozninah Abd. Azib
|
Surat Kepada Editor
Karya Terjemahan: Popular atau Kualiti?
S. Radzuan
Mewujudkan Ruangan Pemikir Islam
Nurulhuda Ismail
|
|
Sajak
Arbak Othman
Tidak Tercapai Akalmu
Tamam Hj.Othman
Serigala
Wan Jaafar Ahmad
Untaian Pesan
Saadiah Haji Ibrahim
Sinar Hijau di Celah Bilah Atap
Ilham Ainol
Kucemburui Tenangmu, Laut
Zaidin Abadi
Orang Kecil
Jaafar Hasny
Abang Guru Sahabat
Abdul Ghafar Ibrahim
Pancaran Sepasang Mata
Zaiton Ajamain
Menyisir Tirai Jendela Puisi
Jamaludin D.
|
Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid
Drama
Dalang
Rahimidin Zahari
Peristiwa Malam Itu
A. Wahab Hamzah
Sampah Anak Melayu Paksi Adab Hilang
Noor Hasnah Adam
Sajak Khas
Siti Dewi
Siti Zainon Ismail
Cerpen
Jidin dan JIDIN
Hassan Baseri
Nyonya Tua dan Seekor Anjing Kurap
Osman Ayob
Lestari Tuk Dalang
Rogayah A. Hamid
Aku Seekor Anjing
Saifullizan Yahaya
Puisi Bulan Ini
Keliruku pada Kebenaran
Munaliza
Epilog Benih
Aziz Saudagar
Pemain Api
Husna Nazri
Sungai Bakai Kematian Seri
Ahmad J Husein
Kelambu Usia
Solihin Osman
Mungkinkah?
Mohd Zor Ali
Tentang Lambaian Seorang Laila
Wikunila ms
|
Monolog Kecil
Di Jakarta Bisa Terjadi
Baha Zain
Ulasan Buku
Kepompong
Anak Angkat dan Undang-undang
Berlabuh di Hujung Senja
Mahligai Kencana
Setitik Darah di Bilik Bundar
Sastera Antarabangsa
Al-Tayib Saleh: Sasterawan Kembara
Hafid Iman Iman
Fokus
Mengapa Hanya 10 Minit?
A. Wahab Hamzah
Membaca Dunia Pemindahan Teks dan Membaca Dunia Teks
Hanafi Ibrahim
Konsep Penulisan dan Pengarahan Mico Yo-yo
Wong Oi Min
Daripada Jabatan Sastera
Warna Sukma Helang Makasar
Ana Suhana Zainuddin
Cabaran Mutakhir Puisi Melayu Tradisional
Saifullizan Yahaya
Sastera Tradisional
Imej Raja-raja Melayu dalam Tuhfat al-Nafis
Noriah Taslim
Reaksi
Tunas Remaja Bengkel Penulisan Kreatif
Nadisha Shahul Hamid
Karyawan Bulan Ini
Isteriku Tiada Susu
Menghiburkan dan Mensimulasikan Minda Penonton
Shahrul Fithri Musa
Kajian
Konflik Kota Pascamerdeka
Muzikal Kampung Baru
Rahimah Haji A. Hamid
Selingkar Bundaran Kata
H. B. Jassin penyimpan "Ingatan Bangsa" Indonesia
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)
Tabir Hayat
Datuk Shuhaibun Yussuf dalam Kenangan
Jasni Matlani
Pabila Hujan Turun
Sasterawan dan Khalayaknya
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)
|
Daripada Editor
DRAMA 10 MINIT
LEMBARAN BAHARU TEATER DBP
Festival Drama 10 Minit anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dilaksanakan oleh Bahagian Pengembangan Sastera membuka lembaran baharu dalam sejarah sastera tanah air. Festival Drama 10 Minit, yang ideanya dicetuskan oleh Datuk Johan Jaaffar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP dan dramatis tersohor tanah air, diakui banyak tokoh penulis yang datang menonton teater ini, mengembalikan semula kegemilangan teater DBP. Festival ini memberikan imej baharu dan identiti baharu kepada DBP.
Festival yang berlangsung dari 22 hingga 25 April, di Stor Teater DBP telah membuka peluang kepada penulis skrip, pengarah dan pelakon untuk mengetengahkan bakat masing-masing. Sebanyak 16 buah drama dipentaskan dalam masa tiga hari dan setiap drama dapat dipentaskan dua kali pada hari yang berlainan. Melihat sambutan penonton yang sangat memberangsangkan - setiap malam penonton memenuhi Stor Teater – memberikan rangsangan kepada penganjur untuk meneruskan teater ini pada tahun hadapan dengan penambahbaikan daripada kepincangan yang dikenal pasti pada Festival Drama 10 Minit yang pertama ini.
Jika dalam genre cerpen ada “cerpendek” (cerita pendek yang pendek) kini diperkenalkan pula satu konsep yang baharu dalam genre drama (drama pendek). Biarpun drama pendek ini bukan baharu di luar negara, bahkan Indonesia drama jenis ini dikenali sebagai drama senafas, di Malaysia hal ini merupakan satu fenomena baharu dalam dunia sastera dan memberikan kesan yang cukup positif.
Keunikan Festival Drama 10 Minit memperlihatkan kebijaksanaan penulis, pengarah dan pelakon lama dan baharu dalam menggarapkan idea, pemikiran dan falsafah dalam drama dengan ruang waktu yang terhad, 10 minit. Bagaimana gagasan yang besar, yang sewajarnya dipersembahkan dalam masa paling kurang satu jam, dapat disampaikan dengan berkesan dan padat dalam ruang waktu hanya 10 minit. Konsep teater atau drama pentas 10 minit ini selari amat dengan situasi generasi masa kini yang dikejar dan mengejar masa, segala-galanya perlu bergerak pantas dan mendapat hasil yang tepat dan padat.
Tahap pencapaian pementasan dapat diukur berdasarkan dari mana datangnya kumpulan teater itu. Jika dari ASWARA (Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan), mereka biasanya berkecenderungan untuk mementaskan konsep drama kontemporari. Mereka cenderung memaparkan segala elemen dan teknik pementasan seolah-olah mereka cuba mengaplikasikan sebanyak mungkin teori dan pengetahuan yang dipelajari tentang teater dalam bereksperimen di pentas. Jika kumpulan teater itu melibatkan kumpulan veteran, mereka gemar mengetengahkan konsep pementasan konvensional dan realisme, tetapi kekuatan pementasan mereka terletak pada keupayaan mengangkat falsafah yang tinggi.
Festival Drama 10 Minit ini juga memberikan peluang kepada kumpulan teater dari Singapura untuk turut beraksi. Festival Drama 10 Minit yang akan datang, akan lebih meriah lagi jika turut dibuka ruang kepada negara jiran kita yang lain, seperti Brunei, Indonesia dan Thailand.
Rozninah Abd. Azib
FOKUS
Mengapa Hanya 10 Minit?
OLEH: A. WAHAB HAMZAH
Hanya sepuluh minit? Demikian beberapa pertanyaan awal apabila rancangan untuk mengadakan festival ini diuar-uarkan. Cukupkah masa sepuluh minit sahaja untuk mementaskan sebuah drama? Cerita apa yang dapat disampaikan dalam durasi masa sesingkat itu? Bagi mereka yang sudah biasa dengan pementasan drama panjang antara satu setengah jam hingga ke dua jam lebih, tentulah sukar untuk menyampaikan satu kerangka cerita yang dramatik dalam tempoh masa yang pendek.
Walau bagaimanapun, tentu mencabar dan menarik juga menghasilkan sebuah drama dalam durasi masa yang pendek. Teater 10 minit sama seperti filem pendek tetapi filem pendek hanya popular dalam kalangan jurusan perfileman di universiti dan pembikin filem. Tayangan filem pendek selama ini hanya menjadi acara dan apresiasi di festival filem sahaja. Hal ini adalah kerana filem pendek lebih dilihat sebagai sebuah karya pelajar, atau sebuah karya eksperimen yang dihasilkan atas sebab filem sebagai sebuah karya seni.
Durasi filem pendek bermula dari satu minit hingga 30 minit. Lazimnya dibuat dalam lingkungan tujuh hingga 15 minit. Jika lebih dari 30 minit sudah tidak boleh dianggap sebagai filem pendek lagi. Filem pendek juga lazimnya hanya mengemukakan satu konflik, padat dan langsung.
|
|
Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Julai 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!
Arkib
Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504 Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2017-03-16 16:33:35 daripada Pentadbir Sistem