Dewan Sastera Jun 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Mencari Mahakarya Sastera Islam
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Syabas! Wajah Baharu Dewan Sastera Eksklusif
Nazri Mohamed Salleh

Semangat Arena Wati 
yang Luar Biasa
Norwati Sharif

Sajak Khas
Tun Kudu
Siti Zainon Ismail

Drama
Jong Jong Inai
Ali Jusoh

Cerpen
Entah Bila Sudahnya
Siti Jasmina

Antara Garis A'araf
Mawar Shafei

Manifesto Mergastua
Faisal Tehrani

Saya Mesti Teruskan!
Osman Dol

 

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

Puisi Bulan Ini
Kami Tetap Mendoakan Kebaikan
A. Halim Ali

Merindukan Bulan
Abizai

Telah Saya Renung
A. Ghani Abdullah

Bangunkan Akar Umbi
dari Lalai Semalam
Hajah Latifah 
Hj. Mohd. Sabli

Di Kedai Cincin
Hilmi Rindu

Gerai Kopi Gelanggang
 Judi
Abd. Razak @ Rezeki Othman

Rumah Nurani
Onn Abdullah

Munajat
Azmi Yusoff

Rumah Pusaka
Husna Nazri

Penyembelihan Kematian
Anwar Ridhwan

Kerana Dia Esa
Ramlan Abd. Wahab

Sebuah Pencarian
Nor Jamilah Mohd Noor

Ketika Sujud
Mohd Adib Ab Rahman

 Matahari itu Warnanya...
Saifullizan Yahaya

 Kerana Kasihan dan Kasih
Mahaya Mohd. Yassin

Apa yang Kucari
Borhan Md. Zin

 Perjalanan Salik Menuju Khalik
Rahimidin Zahari

Tua telah Merampas Segalanya
Aladin Mohamad

 Aku Bertemu Aku
A. Aziz Deraman

 

Monolog Kecil
 Melihat Bintang Di Langit
Baha Zain

Ulasan Buku
Istana Cinta Ayah

Sayap Rindu

Daun

Air Mata Ibu

Bicara Karya
Mahabbah Teks Junjungan

Analisis Taabudialisme
Mana Sikana

Masitah dan Tuhan Jangan Tinggalkan

Aku: Menghadirkan Tuhan dalam Kehidupan
Silfia Hanani 

Fokus
 Sastera Islam Prinsip, Fitra dan Tarbiah
Shafie Abu Bakar

Karya Sastera Wahana 
Nilai Islam
Siti Aishah Murad

Karyawan Bulan Ini
Ruang Berseni 

Antara Wajah Peribadi dengan Kerja Intertekstualiti
Mawar Shafei 

Reaksi
Perempuan, Islam dan Kemodenan dalam Masitah
Suryadi

MAIDAM dalam Arus 
Sastera
Sharif Putera

Sastera Antarabangsa
Abu al-Qasim as-Syabi Puisi Sebuah Kehidupan
Zarima Mohd Zakaria

Selingkar Bundaran Kata
D.J. Enright Seorang Penyair dan Guru saya
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Menggalakkan Penulisan Kreatif
Nawal Hanim
Lope Zainal Abidin

Tabir Hayat
Mengenang Zubir Ali Pohon Puisi Berbunga Melodi
Zurinah Hassan

Pabila Hujan Turun
Sensitiviti Sasterawan
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Sastera Tradisional
Sejarah Melayu dan Kemelut Politik Melayu Abad ke-17
Noriah Taslim

 

Daripada Editor

Mencari Mahakarya Sastera Islam

Pada pertengahan tahun 1980-an para pengkaji sastera tempatan, bagaikan sepakat beranggapan teori sastera Islam merupakan teori yang paling cocok untuk diaplikasikan oleh pengarang dalam karya mereka. 
   Bahkan, bagi pengkaji sastera, inilah teori yang paling menepati latar budaya, asas falsafah, persoalan, dan bentuk semua genre di persada sastera tanah air. Hal ini adalah bagi menepati ciri sastera Islam. Antaranya, karya mestilah dihasilkan oleh penulis yang beragama Islam, dan kebetulan di Malaysia, majoriti masyarakatnya penganut agama Islam. 
  Biarpun teori ini bagaikan “sejuk” untuk beberapa tahun belakangan ini, masih ada beberapa orang penulis yang meneruskan kepengarangan mereka dengan pendekatan teori sastera Islam, antara yang paling menonjol ialah Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Melalui Sayembara Mengarang Sempena Perayaan “JUBLI EMAS DBP” yang tidak pun bertemakan penulisan karya sastera Islam, namun beliau menghasilkan Mahabbah. Mahabbah bagi Mana Sikana cukup terserlah ciri karya sastera Islam, berbanding novel Shahnon Ahmad sebelum ini.
   Antara penulis “penulis pelapis”, iaitu mereka yang akan menggantikan penulis mapan yang paling ketara ciri sastera Islam dalam karyanya termasuklah Faisal Tehrani. Melalui cerpen terbaharunya berjudul “Manifesto Mergastua“ terbitan Dewan Sastera  bulan ini, Faisal menjalinkan ceritanya melalui kisah yang terkandung di dalam al-Quran. Faisal bijak mengadunkan kisah dalam al-Quran dengan kisah kejadian masa kini. 
   Apabila membaca cerpennya, pembaca pasti mendapat kesedaran bahawa segala isu dan permasalahan yang terjadi pada kehidupan kita hari ini sememangnya sudah tercatat dalam al-Quran akan sebab akibatnya, manfaat dan padahnya jika sebagai hamba-Nya kita mengingkari perintahnya. Faisal tidak mampu menghasilkan karya sedemikian jika tidak mengkhatamkan al-Quran dan terjemahannya serta mengkaji dan menghayati kitab suci itu dengan sedalam-dalamnya. Sebagaimana pandangan Profesor Md. Salleh Yaapar dalam bukunya Ziarah ke Timur, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (2002) mengatakan bahawa pada tingkat yang paling tinggi, karya sastera Islam menampilkan tema tentang usaha penyucian rohani yang membawa manusia penyatuan dengan “realiti hakiki”. Dengan demikian karya sastera Islam yang dapat digolongkan pada “mahakarya” sastera Islam ialah buah tangan sasterawan dan penyair seperti Jalal al-Din Rumi, Farid al-Din `Attar, ibn Sina, Ibn al-Farid, dan Hamzah Fansuri.
    Maka itu, siapakah antara sasterawan kita yang berjaya muncul dengan karya sastera Islamnya yang mencapai tahap “mahakarya” sastera Islam? Hal inilah yang  patut difikirkan oleh mereka yang terlibat dalam dunia persuratan sastera tanah air. 

ROZNINAH ABD. AZIB


FOKUS

Sastera Islam
Prinsip, Fitrah dan Tarbiah
Oleh: Shafie Abu Bakar

Kepengarangan Muslimah bererti keterlibatan Muslimah dalam bidang penulisan, sama ada dalam bidang kreatif atau bukan kreatif. Dalam bidang penulisan kreatif, apa-apa yang dihasilkan oleh penulis Muslimah adalah cerminan jiwa dan hati nuraninya yang merupakan pancaran daripada pendidikan, pengalaman, keyakinan, kepercayaan, pemikiran dan sudut pandangannya. Penulis memahami keilmuan Islam, tidak mencanggahi, bahkan berusaha menyebarkan ilmu keislaman secara langsung atau tidak langsung. 
Penulisan yang dihasilkan adalah pengalaman hidup yang pernah dilalui dan dijelmakan kembali secara kreatif. Zurinah Hassan misalnya, menulis dalam kumpulan puisi “Keberangkatan” berdasarkan himpunan pengalamannya. Puisi beliau memaparkan tentang alam rumah tangganya, anak dan keluarga, tentang kembaranya, interaksinya dengan alam masyarakat yang diolahnya secara kreatif, retorik bahkan berelemen kontradik. Demikian juga dengan pengarang puisi yang lain seperti Siti Zainon Ismail, Zaihasra, Nor Aini Muhammad dan Diah Hadaning, manakala Khadijah Hashim dan Fatimah Busu dalam penulisan novel dan cerpen.
     Seorang penulis Muslimah merupakan seorang yang memahami akidah Islam. Oleh sebab itu, penulis Muslimah menulis selari dengan pegangan akidahnya dan tidak mungkin mencanggahi prinsip akidah. Andainya bercanggah, penulis bukan sahaja tidak diterima sebagai penulis Muslimah, bahkan dikecam dan dikutuk oleh umat Islam seperti yang terjadi kepada Sharmini Abbasi dari Bangladesh. Di negara kita, terdapat pengarang wanita yang terpengaruh dengan fahaman liberal dan sekular yang sememangnya bercanggah dengan ajaran agama Islam. Misalnya, Sister’s In Islam yang mempersoalkan hukum hakam Islam dan, mereka menganjurkan serta memperjuangkan hak dan kesamaan antara lelaki dengan perempuan yang bercanggah dengan ajaran Islam. Antaranya persoalan ibadat yang dituntut dipersamakan – mereka mahu bersembahyang Jumaat yang tidak wajib bagi mereka dijadikan sebagai rukhsah. Bahkan, mewajarkan perempuan menjadi khatib dan imam sembahyang Jumaat sebagaimana yang dilakukan oleh Aminah Wadud dan pengikutnya. Elemen sedemikian  tidak disenangi, bahkan merosakkan Islam itu sendiri.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Jun 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:34:00 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.