Dewan Sastera April 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Sekali Lagi Kita kehilangan Sasterawan Negara
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Tahniah! Pembaharuan Dewan Sastera
Osman Ayub

 Korporat dan Teknokrat Perlu Seiring Dampingi Bahasa dan Sastera
Husna Nazri

Sajak Khas
Puteri Mahtabu'l Bahri
Siti Zainon Ismail

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

Cerpen
Tentang Ikan-ikan Kecil yang Lapar
Jasni Matlani

Titip Doa Buat Durratun-Nasuha
Hadijah Mahmud

Bianglala Gaza
Tuah Sujana

Tuan Kedeki, Seekor Politikus dan Seorang Sesumpah
Marsli NO

 

Drama
Along dan Kak Long
Hatta Azad Khan

Ujana Klasik
Gurindam Hati
Nawawee Mohamad

Puisi Bulan Ini
Bilah
Adi Muara

Aksara Kebenaran
Wan Marzuki Wan Ramli

Ceritera dari Pulau
Chai Loon Guan

Sukma Harapan
A. Rahim Abdullah

Bulan di Waktu Subuh
Rogayah A. Hamid

Seulas Beras
Ami Masra

Sewaktu Berangkatku
Saadiah Hj. Ibrahim

Jendela yang Terbuka
Ahmad Sarju

Embun Gugur Santun
Azmi Yusof

Seorang Tua Dari Taman Negara
Paro

Senyuman Aminah
Anis

Di Bukit Antarabangsa
Ramlan Abd. Wahab

Muzik
Ismail Restu

 Tangisan Ini Untuk Teman Sepermainan
Sharif Putera

 Mata Hujan
Roslan Jomel

Hati
Izani H.D

 

Monolog Kecil
 Sepatu dan Sebuah Puisi
Baha Zain

Ulasan Buku
Bunga Kekasih

Antologi Drama Asean: Indonesia Singapura Thailand

Bungkau Rimba Hujan Tropika

Fikir dan Zikir

Bicara Karya
Tawarikh Cinta Sastera  Sejarah yang Baharu
Saifullizan Yahya

Fokus
 Pemikiran Noordin Hassan
Mohamed Ghouse Nasuruddin

Identiti Malaysia dalam Teks Drama dan Teater Noordin Hassan
Fatimah Ali

Pemikiran Noordin Hassan Pembacaan Semitioka Intan yang Tercanai
Soleha Ishak 

Sastera Antarabangsa
Ali Tantawi Berdakwah Melalui Sastera
Hafid Imam Imam

Sastera Tradisional
Hikayat Merong Mahawangsa Realiti di  Sebalik Metafora
Noriah Taslim

Selingkar Bundaran Kata
Muzik Hitam Bahasa Selatan Puisi Yusef Komunyakaa
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Weltanschauug
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Daripada Jabatan Sastera
Penerbitan Glosari Istilah Sastera
Mohd. Amran Daud

Reaksi
Diskusi Karya Malim Ghozali PK
Nisah Haji Haron

Tabir Hayat
Arena Wati Ikon Sastera Negara yang Prolifik 
Saadah Hj. Jaafar

Samoza dalam Kenangan
Talib Samat

Pemergian Penulis Istimewa Mohd. Ghazali Tocheh
Talib Samat 

 

Daripada Editor

Noordin Hassan dengan Intan yang Tercanai

Pada 19 Januari 2009, Dewan Orkestra, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) telah diadakan “Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Dato’ Noordin Hassan”, sempena 15 tahun pengiktirafan ASWARA  (1999 -2009).  Seminar ini diadakan bagi menganalisis dan menilai hasil lebih daripada 40 tahun pelibatan Dato’ Noordin Hassan dalam bidang penulisan serta persembahan seni budaya dan teater tanah air.
  Banyak kertas kerja yang menarik dibentang di seminar ini.  Dewan Sastera April 2009 menyiarkan beberapa kertas kerja tersebut yang menarik untuk tatapan pembaca sastera khususnya untuk peminat Noordin Hassan.  Banyak perkara baharu yang dibongkar tentang pemikiran dan kepengarangan Noordin Hassan, terutama melalui kertas kerja Profesor Solehah Ishak yang banyak merungkaikan secara khusus tentang teater terkini intan yang Tercanai dari sudut pembacaan semiotik.  Banyak persoalan yang ditimbulkan oleh Profesor Solehah yang dianggap masih terangkum dalam sarangnya, yang masih belum dapat dileraikan dan menjadi tanda tanya.
  Bagi merungkaikan persoalan itu, saya bersama-sama Hajah Zaiton Ajamain (Ketua Bahagian Pengembangan Sastera) dan A. Wahab Hamzah (pegawai perancang bahasa/pengarah teater), telah mengunjungi Noordin Hassan di kediamannya baru-baru ini.  Beliau yang dinasihatkan oleh doktor agar banyak berehat dan mengurangkan aktiviti luar, kelihatan begitu ceria, bersemangat dan dengan sifat ramah mesra yang menjadi darah dagingnya menyambut ketibaan kami bersama-sama isteri tercinta.
 Dalam pertemuan itu, Datuk Noordin Hassan berharapkan Intan yang Tercanai dapat dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka di bawah arahan A. Wahab Hamzah.  Dalam pertemuan tersebut juga beliau membayangkan tentang harapan beliau jika teater itu dipentaskan. Misalnya, beliau seolah-olah dapat menggambarkan betapa sesuainya watak Danial dalam Intah yang Tercanai jika dipegang oleh pelakon Hans Issac.
 Jika sebelum ini Noordin Hassan terkenal dengan gaya teater multifokal dan multimedia, namun begitu dalam skrip ini beliau mengakui Intan yang Tercanai sememangnya lari daripada stail skrip teaternya yang sebelum ini.  Noordin Hassan lebih telus dan berterus terang dalam Intan yang Tercanai kerana teater ini membawa persoalan yang serius yang berkaitan dengan agama dan kepercayaan.
 Menjawab pertanyaan tentang watak di sebalik Intan yang Tercanai, beliau menjelaskan bahawa antaranya berdasarkan kisah benar teman baik yang sangat dihormati dan dikagumi hati budinya.  “Intan” itu simbolik lapisan keperibadian seorang insan, yang pada hakikatnya banyak mempunyai lapisan keperibadiannya yang hanya akan terserlah jika digilap selalu dan digilap dengan sebaik-baiknya.
  Walau bagaimanapun, Noordin Hassan yang terkenal dengan konsep teater fitrahnya masih mengekalkan konsep itu dalam Intan yang Tercanai.  Beliau tetap berdakwah melalui teater.  Sebagaimana pengakuannya dalam seminat “Pemikiran Sasterawan Negara Noordin Hassan” yang dibacakan teksnya oleh Zakaria Ariffin antaranya seperti yang berikut:
 “Aku menari dalam titisan air mataku”
 Takut nantinya langkah-langkahku menjadi sumbang
 Aku malu kepada angin
 Lebih maluku terhadap Dikau
 Sesungguhnya.

Rozninah Abdul Azib


FOKUS

Identiti Malaysia dalam Teks Drama dan Teater Noordin Hassan
OLEH:  FATIMAH ALI

Makalah ini akan memfokuskan kepada perundingan identiti di Malaysia yang melibatkan sejarah dan perhubungan semasa antara kelompok atau etnik majoriti Melayu - Islam dengan keturunan atau etnik lain yang telah pun menjadi warga negara ini.  Perbincangan dibuat dengan merujuk khusus kepada Islam, drama dan teater karya Sasterawan Negara Noordin Hassan.  Dalam penentuan identiti dan sifat-sifatnya, perbincangan ini akan merujuk kepada “takrifan pihak berkuasa” (pentadbir/kerajaan) dan “takrifan harian” dalam realiti masyarakat, atau dalam hal ini ialah identiti, dan interaksi sesama mereka.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:34:50 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.