Dewan Sastera Mac2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Sekali Lagi Kita kehilangan Sasterawan Negara
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Anugerah Sasterawan Negara untuk Hatta Azad Khan
Wan Ahamad Ismail

 Bukukan "Tabir Hayat"
Abdul Hadi Yuso

Cerpen
Raja Putih
Beb Sabariah

Jeratnya Terlepas Lagi
Jaya Ramba

Yucinlingpundayzan
Malim Ghozali PK

Membelah Ombak
A.Rahman C.M

 

Drama
Along dan Kak Long
Hatta Azad Khan

Ujana Klasik
Syair Hidup Berjiran
Nazim Mohamad Sobari

Puisi Bulan Ini
Senja Merah 
Ali Jusoh

Bintang-bintang yang Gugur
Mohd. Kasim Mahmud

Gelang Sengketa Melilit Fatamorgana
Jamaludin D.

Darjat
Jusoh Ahmad

Kita Antara Hujan dan Air
Wan Ahmad Ismail

Seorang Lelaki
Musalmah Mesra

Sejuta Tangis
Sabar Bohari

Guantanamo: Empayar Magis
W.B. Rendra

Gaza Berdarah Mawar
Rosani Hiplee

Nota Buat Rakyat Amerika
Puzi Hadi

Makian Buat Israel
Abdulhadi Muhammad.

Kerana Politikus yang Mabuk
Marsli N.O

Saat yang tak Bernoktah
Siti Hazlinda Mohd. Zulkifli

 Kepada Kekasih Bernama Suami
Hanis N.S.

 Kasut itu
Abdul Halim Ali

Angin Chicago November 2008
Peter Augustine Goh

Tembok Kotamu Runtuh
Shazmee Rizal Agus Salim

 Sajak Khas
Tun Genggang Puteri Perlak
Siti Zainon Ismail

Pantun Khas
Citra Anak Ayam lwn. Citra Manusia
Rogayah A. Hamid 

 

Khas
 Nakhoda baharu Dewan Bahasa dan Pustaka
Baha Zain 

Monolog Kecil
 Politik dan Persuratan Tidak Sehaluan
Baha Zain

Ulasan Buku
Sulalat al-Salatin - Perteturun Segala Raja-raja (Sejarah Melayu)

Bustanus al-Salatin - Kisah Raja-raja yang Adil

Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumetera

Persimpangan Lebuh Raya

Karyawan Bulan Ini
Garis-garis kehidupan
A. Rahman C.M

A.Rahman C.M. Kesungguhan dan Kesabaran
Sharif Putera

Bicara Karya
Lukisan dan Tulisan Dua Dimensi Khadijah Hashim
Siti Aisah  Murad

Fragmen Novel
Igau
A. Rahman C.M

Fokus
 Ketuanan dan Kekuasaan dalam Teks Sastera Sejarah
Rogayah A. Hamid

Sumpah Patik Waad Tuanku
Rahimah Muda

Ketuanan Melayu: Perspektif Penyair dalam Puisi Melayu Moden
Ani Haji Omar

Sastera Antarabangsa
Amin al-Rihani: Tokoh Sasterawan Arab Moden
Zarima Mohd. Zakaria

Sastera Tradisional
Takdir dalam Hikayat Merong Mahawangsa
Noriah Taslim

Selingkar Bundaran Kata
Di Belakang Kabus Merah Sejarah Ho Anh Thai Pengukir Waktu
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Sentementalisme
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Daripada Jabatan Sastera
Melihat Kebitaraan Kesusasteraan Remaja
Nawal Hanim Haji Lope Zainal Abidin 

Reaksi
Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan ll : Sebuah Cerpen atau Sebuah Autobiografi
Abdullah Che Ya

Khabar Orang Di Sana
Terurai dan Terusai Bakti Murninya
Mahaya Yassin
 

Kajian
Kisah Ali Baba: Sastera dan Sejarah yang Dikembalikan
Hashim Ismail

Tabir Hayat
Dua Manuskrip Novel Terakhir Arena Wati 
Anwar Ridhwan

Dua Manuskrip Novel Terakhir Arena Wati
Rozninah Abd. Azib

Daripada Editor

Pantang Melayu Derhaka

Sejak akhir-akhir ini, warna politik kita tidak ceria dan indah lagi. Lepas satu, satu episod luka berlaku yang memberikan warna muram dalam politik tanah air kita. Semuanya bermula dengan pilihan raya musim lepas, dan apa-apa yang berlaku baru-baru ini di Perak lebih mendukacitakan. Lantaran pergolakan politik yang menyebabkan berlaku peralihan kuasa, kedaulatan raja-raja Melayu mulai dicabar. 
  Lebih mendukacitakan lagi apabila dalam kalangan orang Melayu sendiri, yang sepatutnya berpegang pada sumpah dan janji, “Pantang Melayu Derhaka” yang menunjukkan sikap yang kurang beradab. Mengadakan tunjuk perasaan, mengadang perjalanan kenderaan diraja hingga sanggup berbaring di tengah jalan raya, bukan budaya mulia bangsa kita.
Belum lagi dilihat pada isu pelbagai kaum, yang menuntut persamaan hak  mereka dengan kaum bumiputera. Perebutan kuasa sesama sendiri dalam parti politik; baik parti pemerintah mahupun parti pembangkang, semakin menjadikan situasi politik negara kita tidak stabil. 
  Oleh sebab masalah ini semakin meruncing dan jika dibiarkan akan menjadi api dalam sekam, maka Dewan Sastera Mac 2009 cuba untuk mengembalikan sejarah silam kita dengan merenung kembali “sejarah lalu” dengan menelusuri kembali apa-apa yang tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin yang mengisahkan perjalanan silam raja-raja Melayu, yang bermula dengan Sultan Iskandar, diikuti dengan waadat Demang Lebar Daun, bagi mengingatkan kembali akan kedudukan mulia raja-raja Melayu kita. 
  Dewan Sastera juga memfokuskan isu asal usul Melayu dan ketuanan Melayu bagi memberikan kefahaman kepada pembaca dan generasi kini akan sejarah asal usul bangsa Melayu. Dengan menyingkap kembali sastera sejarah, masyarakat akan mengenal  pasti bangsanya, sejarahnya, dan mengambil iktibar untuk tidak lagi mengulangi  kesilapan orang terdahulu yang sanggup menderhaka kepada raja dan membinasakan anak bangsanya hanya kerana mendahului kepentingan dirinya sendiri.  


FOKUS
 

Sumpah Patik, Waad Tuanku
OLEH: RAHIMAH MUDA

MENELUSURI  kisah demi kisah dalam sastera Melayu klasik, saya menekuni makna “sumpah” atau “waad”, “tuan” dan “patik”.  
   Andai empat patah kata tersebut digenggam menjadi sekepal kesatuan, akan menjelma pula hakikat ketuanan sebagai inti pati cerita.  Kamus Dewan mentafsirkan “tuan” itu tempat orang menghambakan diri, “ketuanan” sebagai hak menguasai dan memerintah sebuah negeri atau daerah.  Ketuanan  lazimnya diiringi daulat.  Daulat bermaksud tulah. 
  Kontrak sosial ini menjadi asas kepada batasan antara “patik” dan “tuanku”.  Serupa sahaja dengan batasan antara pemimpin dengan orang kebanyakan.  Walaupun, waad dibuat tanpa janji bertulis tetapi tetap kukuh jadi pegangan manusia yang hidup pada zaman berikutnya.  Simbol keteguhan “bait” antara dua pihak yang saling memerlukan.  Raja yang bertakhta di istana agam tanpa rakyat, apalah maknanya?  Rakyat yang tiada beraja, apakah kesudahannya?  Ibarat sekawan kambing di tengah padang.  Senang diterkam haiwan buas yang terhendap-hendap dalam semak-samun di seberang sana.
  Memang Waad antara tuan dengan hamba berlaku lama dahulu.  Waktu itu Melaka belum bernama Melaka.  Singapura belum bernama Singapura.  Persoalannya, adakah waad ketuanan masih relevan hingga masa kini?  Bukankah kata sejarawan: sejarah itu semacam sebuah lingkaran?  Peristiwa kelmarin akan berulang pada bila-bila masa jua.
  Ketika meneliti pohon bicara tentang ketuanan dalam Tuhfat al-Nafis, hakikat ketuanan masih menjadi tunjang identiti bangsa Melayu.
  Rumusnya, dengan kewujudan “tuan”, ada orang yang disegani.  Andai tiada yang disegani, tiada yang dipertuankan, sesiapa sahaja boleh jadi tuan dengan merampas negeri orang seperti bangsa Israel di Semenanjung Gaza.  Hargai ketuanan yang masih bersisa.  Kelak, andai terlepas daripada milikan seakan mustahil kembali menjadi kepunyaan kita.  Masih bulatkah pembentung hati sesama kita untuk terus bersatu menggenggam waad demi sebuah ketuanan?   Akan ditimpa  tulahkah orang kebanyakan yang membiarkan  orang luar menggodam ketuanan Melayu?

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:35:15 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.