Dewan Sastera Februari 2009

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Sastera memupuk Nilai Kemanusiaan Sejagat
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Menulis bukan kerana Nama
Salbiah Salleh

 Lembaran MASTERA Menarik
Loh Chun Chuan

Cerpen
Senaskhah Buku Takdir
WB Rendra

Kehilangan
Shapiai Muhammad Ramly

Suara Malam Lelaki
Sasjira

Ada Apabila Sudah Tiada
Hajijah Jais

 

Drama
Along dan Kak Long
Hatta Azad Khan

Puisi Bulan Ini
Manusia di Sebalik Manusia
Nahmar Jamil

Menghadap Cermin
Abizai

Yang Kuinginkan
Mohd. Mohauyidin Mohd. Haris

Menunggu Jibrail
Shamsudin Othman

Rindu Seorang Suami 
Nordin Saad

Aku Tak Bisa Berundur
Onn Abdullah

Kuda
Wan Jaafar Ahmad.

Sampah
Ismail Hashim

Gerimis Petang Ini
Rajiee Hadi

Cakar
Shukri Abdullah

Di Bawah Perak Bulan
Abdulhadi Muhamad.

Matahari mengalir
Jamdin Buyung

Dan Daun-daun Pun Menangis
Jasni Matlani

 Nyanyian Baru 
Wahba

 Menumpang Kasih
Mahad A.Bakar

Kota Juang
Syaidul Azam Kamarudin

Mahligai Kencana
A. Aziz Deraman

 Kau Pun Sambar Juga
Aladin Mohamad 

Sajak Khas
Raden Galoh Cendera Kirana
Siti Zainon Ismail

 Tongkat Warrant Usman Awang
Abdul Ghafar Ibrahim

 

Monolog Kecil
 Satu Sabtu Ketakdiran Perisitiwa
Baha Zain

Ulasan Buku
Cinta Seorang Guru

Puncak Jihad

Mempopularkan Karya Sastera Klasik

Mengkaji Keindahan Sastera Melayu

Reaksi
Mengenang Legenda Sepanjang Zaman
Lim Swee Tin

Karyawan Bulan Ini
Penglibatan dalam Dunia Penulisan
Talib Samat

Sejambak Kenangan Bersama Dr. Haji Talib Samat
Azim

Bicara Karya
Perbandingan Isu Sosial Semasa Umat Islam dalam Ziarah Tanah Kudup dan Asrar-i-Khudi
Talib Samat

Fokus
 Berdiri di Tebing Menikmati Contoh Seberang
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Merenung Politik Masa Hadapan
Baha Zain

Masa Hadapan Sastera Malaysia: Kepalsuan dan Penghayatan
Rahman Shaari

Analisis Cerpen
Garapan Situasi Semasa Dalam dan Luar Negara
Che Abdullah Che Ya

Sastera Antarabangsa
Ahmad Kasravi: Penulis Prolifik Iran
Bukhari Lubis

Sastera Tradisional
Sejarah sebagai Cerita
Silam
Noriah Taslim

Analisis Puisi
Kerohanian dan Kebitaraan Membina peribadi Insan
Ani Haji Omar

Sorotan
Bengkel Penulisan Skrip Adaptasi Karya Sastera
W. B. Rendra

Festival Puisi Antarabangsa Warisan Niah 2008
Poul Nanggang

Selingkar Bundaran Kata
Senyum di Hujung Sengsara Karma
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Pabila Hujan Turun
Peleraian Ilahi
Shahnon Ahmad
(Sasterawan Negara)

Daripada Jabatan Sastera
Sayembara Lagu Puisi - Apabila Puisi  dan lagu Disatukan
Nurul Aina Binti Borhan

Daripada Editor

SASTERA MEMUPUK NILAI KEMANUSIAAN SEJAGAT

Bukan namanya manusialah jika tidak memiliki rasa kemanusiaan; rasa sedih, marah, geram dan benci terhadap kekejaman Zionis terhadap penduduk Palestin. Sejak 27 Disember 2008, Gaza diserang oleh tentera Israel dari udara, laut dan darat tanpa mempedulikan siapakah mangsanya. 
   Melihat gambar di dada akhbar seorang bapa yang longlai tidak mampu bangun berdiri, dipapah oleh dua orang lelaki kerana tidak dapat menahan sedih melihat anak kecilnya yang comel terbaring kaku akibat ditembak oleh tentera Israel, hati mana yang tidak sebak. Gambar lelaki itu adalah mewakili satu daripada beribu-ribu lagi bapa dan ibu di Gaza yang kehilangan orang yang disayangi dalam sekelip mata.
   Pastinya tidak ada sesiapa yang dapat membayangkan kesanggupan untuk menghadapinya  jika kejadian seumpama itu terjadi di negara  kita. Maka itu, Malaysia merupakan antara negara kecil yang tidak berdiam diri, turut sama membantah kekejaman bangsa Yahudi dengan menghantar memorandum khas hasil resolusi Dewan Rakyat. 
  Selain itu, tindakan mengadakan kempen memboikot barangan Amerika Syarikat bagi melumpuhkan ekonomi mereka, menjadi salah satu agenda untuk menyatakan bantahan rakyat kita, tanpa mengira kaum. Hal ini demikian kerana isu ini bukan lagi isu agama, tetapi membawa isu kemanusiaan sejagat. 
  Dari sudut sastera pula, pada 9 Januari 2009, Persatuan Penulis Nasional (PENA) menganjurkan “Majlis Baca Puisi PENA: Selamatkan Palestin Hancurkan Zionis Israel” bagi memberikan ruang kepada penyair meluahkan bantahan mereka  dengan apa-apa yang berlaku di Gaza.
  Deklamasi puisi oleh para penyair ini, biarpun tidak sampai ke telinga Zionis, namun amatlah diharapkan agar bantahan sebegini akan dapat menyedarkan masyarakat kita untuk membantu mangsa kekejaman Palestin  dengan apa-apa cara sekalipun, baik melalui sumbangan material mahupun melalui doa atau pemboikotan.  
  Tahniah diucapkan kepada PENA kerana muncul sebagai persatuan penulis yang pertama mengambil inisiatif untuk menyedarkan dan membakar perasaan seluruh rakyat Malaysia atas kekejaman Zionis itu. Di sinilah pentingnya kewujudan sasterawan yang kadang-kadang dikesampingkan dan dianggap tidak mempunyai masa hadapan. 
  Sehubungan dengan hal itu, Dewan Sastera  Februari 2009 memfokuskan isu arah dan masa hadapan sastera sebagai lanjutan daripada forum sastera anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, yang diadakan pada hujung tahun lepas.   

Rozninah Abd. Azib    


FOKUS
 

Masalah Masa Depan Sastera Malaysia: Kepalsuan dan Penghayatan  
OLEH: RAHMAN SHAARI

 Pengalaman sejumlah pejuang sastera dalam bidang pendidikan sastera, menghasilkan satu kesimpulan: Bahawa penghayatan kesusasteraan dalam kalangan sejumlah pendidik dan pelajar sastera, adalah palsu.  Dalam pembicaraan ini, saya hanya akan memberatkan cabang puisi sahaja.  Secara keseluruhan, cabang ini adalah cabang yang paling tidak berupaya untuk dihayati guru dan pelajar.  
  Bagi guru sastera yang benar-benar baik, pengajaran puisilah yang paling menarik berbanding karya sastera daripada genre lain, kerana sifatnya yang menuntut pembaca (pelajar) berimaginasi  jauh.  Bagi guru yang demikian, puisi yang kurang komunikatif adalah lebih mencabar.  Namun, guru sastera yang benar-benar baik itu amat sukar diperoleh atau ditemukan.  Antara lain, penghayatan palsu bertolak dari keadaan ini.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Februari 2009. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:35:36 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.