Dewan Sastera November 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

Daripada Editor
Mengangkat Martabat Penulis Skrip Drama Televisyen
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Kembalikan Cerpen Terjemahan ke Laman Dewan Sastera
Che Soo Ismail

Selamat Kembali ke DS

Dato' Profesor Dr. Shahnon Ahmad
Nor Baizura Ibrahim

Kasih Bertakhta
Amiruddin Ali

Kemerdekaan 11
M. Sabri Ibrahim

Suara Munajat yang Tempias dari Kamar Mimpi
Naapie Mat

Serigala
Nahmar Jamil

Di Pantai Ini Suatu Waktu
Malim Ghozali PK

Sajak dari Yawadipha (2)Rahimidin Zahari

Sikat
Nazim Mohd. Subari

Sehelai Kertas
Onn Abdullah

 

 

Puisi Khas
Di Lorong-Lorong  Jalanan
Baha Zain

Gurindam Rakyat (6)
Rogayah A. Hamid

Puisi Pilihan
Suhaimi Haji Muhammad

Raja Fatimah Puteri Riau Lingga
Siti Zainon Ismail

Ujana Klasik
Syair Kritik Membina
Abdul Halim "R"

Drama
Mat Piah dan Mr. Blackway
Mahizan Husain

Cerpen
Di Laman Raudah
Samsiah Mohd. Nor

Bayang-bayang
Fudzail

Ujana Kasih
Mahaya Mohd. Yassin

Pengirai Pasir
Zaharah Nawawi

Puisi Bulan Ini
Terkenang Janjang Iktikaf seorang Sahabat
Anismas AR

Bintang di Langit Zaman
Idros Samsudin

Pendusta
Zam Ismail

Rubaiyat Lelaki Berharum Mawar
Shamsudin Othman

Elegi kepada Pulau Batu Putih
Ridzuan Harun

Cuba Fikirkan
Sharif Putera

Sebuah Polifoni
Shapiai Muhammad Ramly

 

Monolog Kecil
 Di Tiga Stesen Perjalanan: Menaksir Gaya Kehidupan
Baha Zain

Bicara Karya
Nasionalisme dan Kemanusiaan dalam Drama Realisme
Saifullizan Yahaya 

Fokus
Dari Bahasa Kata ke Bahasa
Siti Jasmina Ibrahim

Cabaran Dunia Penulisan Skrip Drama
Mahizn Husain

Fregmen Novel
Ribut
Mahizan Husain

Ulasan Buku
Naratologi Shanon Ahmad

Gurindam 1000 Nasihat

Proses Kreatif Satu Pengalaman

Hak Cipta dan Hak Berkaitan

Tabir Hayat
 Kembalinya Seorang Sahabat
Mahizan Husain

Sastera Antarabangsa
Nazim Hikmet
Sasterawan Penjara Turki Ternama di Perantauan
Bukhari Lubis

Selingkar Bundaran Kata
Selirat Riwayat Kepengarangan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Sastera Tradisional
Syair Mukomuko
Merakam Nestapa Sebuah Negeri
Noriah Taslim

Kajian
Suhaimi Haji Muhammad
Penyair Avant 
Mohamad Shahidan

Pabila Hujan Turun
Pabila Hujan Turun dari Langit
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

Daripada Editor

Mengangkat Martabat Penulis Skrip Drama Televisyen

Jika dibandingkan antara cerpen, novel, puisi moden mahupun puisi tradisional, skrip drama merupakan genre yang agak terpinggir. Terpinggir kerana kurang mendapat sambutan daripada pengarang atau calon pengarang, bahkan kurang mendapat perhatian daripada pengkaji atau peneliti sastera. Kekurangan minat pengarang terhadap genre tersebut mungkin juga kerana penghasilannya melibatkan teknikal persembahan dan penghayatan dari segi visualnya yang menghidupkan watak dan memberikan keberkesanan cerita apabila sampai ke tangan pengarah.
   Dari segi kajian sastera pula, naskhah skrip drama televisyen (TV) atau filem semacam terlepas daripada perhatian sarjana sastera kerana skrip drama TV atau filem amat kurang diterbitkan dalam bentuk buku. Naskhah skrip drama TV atau filem akan terus sampai di tangan produser atau pengarah dan akan terbiar begitu sahaja tanpa dicetak sebaik-baik sahaja drama atau filem siap produksinya. Berbanding dengan skrip drama pentas atau teater, jumlahnya yang diterbitkan dalam bentuk buku lebih banyak dan yang disiarkan dalam majalah sastera atau seni sentiasa ada saban bulan.
   Maka disebabkan hal itulah penulis skrip drama pentas atau teater lebih popular berbanding dengan penulis skrip drama TV atau penulis skrip filem. Beberapa nama besar dalam dunia sastera, seperti Noordin Hassan yang telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara dan Hatta Azad Khan yang telah menerima anugerah S.E.A. Write Awards juga datangnya dari dunia teater. 
   Biarpun kemunculan penulis skrip drama TV atau filem tenggelam dalam nama glamor pelakon dan selebriti, mereka sebenarnya penyumbang penting dalam sastera dan seni tanah air. Mereka tidak wajar dikesampingkan. Bahkan kerjaya sebagai penulis skrip drama TV, filem, malah radio sekalipun merupakan kerjaya yang mempunyai masa hadapan yang cerah. Sehingga ada novelis dan cerpenis yang telah menceburkan diri dalam dunia penulisan skrip drama TV seolah-olah telah mengucapkan “selamat tinggal kepada dunia penulisan novelnya” kerana telah terpesona dalam dunia penulisan skrip drama TV. Benarkah dan mengapakah hal ini terjadi? Hal inilah yang difokuskan oleh Dewan Sastera November 2010.
  
Rozninah Abd. Azib


FOKUS          

Cabaran Dunia Penulisan Skrip Drama Televisyen
OLEH: MAHIZAN HUSAIN

Dalam filem Man From La Mancha, pembawa peran sebagai Miguel de Cervantes ketika ditanya dengan soalan, “Mengapakah kalian, para penulis/penyair begitu terpesona kepada orang gila?” Jawab Cervantes, “Kami punya banyak persamaan.”
  Menurut Faisal Tehrani, menulis itu kerja Tuhan. Ramai kawan-kawan saya mengatakan bahawa menulis itu kerja gila, kerja buang masa, kerja yang hanya sesuai untuk main-main dan suka-suka, kerja yang tiada masa hadapan, kerja yang hanya layak dilayan sebagai hobi, bukan profesion. Tidak kira apa-apa sahaja tafsiran orang lain tentang kerjaya sebagai penulis atau pengarang, bagi saya kerja menulis adalah kerja yang paling hebat dan yang paling menakjubkan. Inilah pekerjaan yang ingin saya sandang selagi mana saya dipinjamkan nafas oleh Maha Pemberi, biarpun dugaan sebagai penulis sepenuh masa ini kadang-kadang seperti terjun dari tempat tinggi dan terjatuh pula atas pokok kaktus yang penuh duri.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera November 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:36:57 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.