Dewan Sastera Ogos 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Kuat Berdiri Pohon kerana akarnya, Kuat Akar kerana Tanahnya
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Ada yang Aneh pada Dewan Sastera!
Nan Bahari

Puisi Wadah Penyatuan Antara Bangsa
Harlym Yeo

Lantera Merdeka dalam Sinar Makna
Ja'afar Haji Hamdan

Ketika Keris itu Dihunus
Ramlan Abd. Wahab

Putera Raja Berjiwa Rakyat
Shaari A.B.

Transformasi
Adib Hassan

Di Tapak Runtuhan
Zulkifli Salleh

Jabatan Emas Titian Waktu
Zam Ismail

Menjaring Onar
Kemala

Kemerdekaan
M. Sabri Ibrahim

Gaza II
Idip Abham T.R.

Kita Makan Tulang
 Aladin Mohamad.

 

Puisi Khas
Atas Nama Rakyat
Baha Zain

Arus Ria: Nescaya Mengalir di Jiwa Kita
Ibrahim Ghaffar

Yang Lucu, Membijaksanakan,
Kakanda Baha
Daeng Ramliakil

Gurindam Rakyat (2)
Rogayah A. Hamid 

Adat Memangku Puan
Siti Zainon Ismail

Puisi Pilihan
Osman Dol
Jamaludin D. 

Ujana Klasik
Pantun Ramadan
Osman Dol

Drama
Mawar Merah
Che Soo Ismail

Cerpen
Ke Mana Hilangnya
Salman
Osman Dol

Sepi Makin Memanjang
Azizi Abdullah

Luka Merdeka
Hasan Baseri Budiman

Cerita Berangkai Hulu Negeri
Zurinah Hassan

Puisi Bulan Ini
Bicara Bitara: Suara dari Sohor Selatan
W.B. Rendra

Sebuah Kitab Lama
Wan Ahmad Ismail

Sedangkan yang Gugur
ialah Leluhur Kita
Pharo Abd. Hakim

 

Monolog Kecil
 Berfikiran Kreatif dan Inovatif dan Kisah Socrates Menapis Cerita yang Tidak Berguna
Baha Zain

Karyawan  Bulan Ini
Memanfaatkan Bakat Pemberian Allah
Osman Dol

Wawancara
Mencari Berkat Allah dalam Kepengarangan
Rozinanah Abd. Azib

Sastera Tradisional
Bayangan Sejarah dalam Hikayat Meukuta Alam
Noriah Taslim  

Fokus
Nasionalisme Roh dan Jiwa Melayu dalam Novel Malaysia
A.Rahim Abdullah

Puisi Kasih Tanah Air
 Siti Zainon Ismail

Daripada Jabatan Sastera
Teater Pendek Anugerah Merdeka
Zahani Haji Che Ismail

Ulasan Buku
Warna Sebuah Lembah

Simbolisme dalam Puisi Islam di Malaysia

Panduan Pengurusan Stress Pekerjaan

Bagai Ada Sesuatu

Selingkar Bundaran Kata
Auster: Travels in the Scriptorium
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Sastera Antarabangsa
Sadeq Hedayat Pengarang Terpenting Iran Abad ke-20
Bukhari Lubis

Kajian
Gemuruh Rinduku Analisis Model Rasa Insaniah
Shamsudin Othman

Prahara Kejiwaan dalam Sangeeta
Nur Fatiha Fadila

Daripada Editor

Kuat Berdiri Pohon kerana Akarnya, Kuat Akar kerana Tanahnya 

Sebuah negara yang berdaulat, pasak keamanan dan kemakmurannya terletak pada rakyatnya yang hidup bertunjangkan jati diri, dengan semangat nasionalisme kejap membalut hati. Rakyatnya tidak mudah dipengaruhi oleh godaan dan janji, apatah lagi pada zaman globalisasi yang jebak menjebak di sana sini. Sesama bangsa pun tidak dapat ditebak isi hati, inikan pula orang dagang – biar bagaimana senangnya di negeri asing, ingat juga ia akan negeri asalnya, bak kata peribahasa Melayu, “Kijang jika ditambat dengan rantai emas sekalipun, bila terlepas ke hutan juga larinya”. 
   Oleh itu, setelah lebih lima dasawarsa Malaysia merdeka, dengan rakyatnya terdiri daripada pelbagai kaum, apakah jaminan yang boleh dipegang bagi memastikan semua kaum bersatu padu dalam satu hati dan satu jiwa? Ikatan perpaduan ini memerlukan “sesuatu” yang boleh dijadikan tali dan rantainya yang dapat mengikat  kasih dan jiwa rakyatnya yang berlainan bangsa, agama dan keturunan. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan “sesuatu” itu? “Sesuatu” itu ialah bahasa. Satu bahasa yang boleh menyatukan masyarakat pelbagai etnik dengan berpegang kepada bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Bertepatan dengan kaum Melayu sebagai kaum peribumi, maka bahasa Melayulah yang selayaknya menjadi bahasa Kebangsaan.
   Menyedari akan hal inilah, kerajaan khususnya UMNO, akan sentiasa menjadi pembela dan penegak kepada usaha memartabatkan bahasa Melayu, dan sekali gus membuktikan kepada semua kaum di negara ini bahawa bahasa Melayu atau bahasa kebangsaan itu sebagai teras perpaduan. Sesungguhnya, dalam Fasal 3 Perkara 5, perlembagaan UMNO telah menetapkan bahawa bahasa Melayu dijamin kedudukannya sebagai bahasa rasmi yang tunggal. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengganggu-gugatnya atau mempersoalkannya. Keputusan kerajaan untuk memansuhkan “pembelajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris” membuktikan bahawa kerajaan sedar bahawa semangat nasionalisme hanya boleh dinikmati dengan pelaksanaan dasar “satu bahasa satu jiwa”, iaitu berteraskan bahasa Melayu. Kesusasteraan Melayu pula sebagai pemangkinnya yang menambahserikan lagi perpaduan negara, dengan hanya mengiktiraf Kesusasteraan Kebangsaan -hanyalah hasil sastera yang dihasilkan dalam bahasa Melayu.  

 “SELAMAT HARI KEBANGSAAN” 

     Rozninah Abd. Azib.


FOKUS          

Puisi Kasih Tanah Air
Oleh: Siti Zainon Ismail

TIDAK perlu saya membesarkan istilah patriot – patrotisme dalam tulisan ini. Terlalu besar dan meluap rasanya. Seakan-akan berhadapan dengan jasmani, berada di medan perang. Biar dengan ungkapan sederhana, lebih dekat untuk menyebut bahawa kita wajar, malah wajib mengasihi dan mencintai bangsa dan tanah air. Inilah yang harus ada di dada sebagai rakyat yang darah kelahirannya tumpah di bumi belahan Nusantara ini. 
   Inilah Bumintara yang diungkap oleh Allahyarham Sutan Takdir Alisjahbana. Kita bersatu, menyatu dengan bangsa di tanah air, tempat  kita berdiri dan berpijak di bumi nyata. Sutan Takdir dengan tegas menyatakan bahawa bahasa adalah sebahagian daripada pelengkap ilmu sehingga menggambarkan bahasa itu sebagai jiwa bangsa! Tanpa bahasa ibunda yang dimartabatkan dengan sempurna, diguna pakai, diajar dengan betul, susunan ayat dan nahunya, bukanlah bahasa manis yang berakar di jiwa bangsa di negara bertuah ini.   
   Suara Pak Sutan Takdir terngiang lagi, “Bagaimana ya  bangsa  kita kini? Apa maju ke depan atau tambah mundur” (dalam Perceikan Seni, 1989, halaman 140). Melalui rasa cinta, bahasa yang diungkap melambangkan latar pendirian jiwa kepada watak yang mengucapkannya. Maka terbidallah ungkapan tingkah laku yang tahu adab, tahu berbudi bahasa. 
   Di sini jugalah wajah dan inti puisi atau sajak yang berperanan dalam menampilkan kebijaksanaan, kasih sayang di mana bumi dipijak  di situ langit dijunjung. Malah lebih lengkap, di situlah tempat tanah tumpah darahku (semak senikata lagu Negaraku) yang wajar dihormati sebagai lambang maruah sebuah negara. Di situlah berdirinya seluruh jiwa raga anak bangsa yang berjuang dalam mempertahankan haknya. Dalam tulisan ini, lebih tepat disebut puisi – puisi perjuangan. Tentu sahaja dalam hal ini, perjuangan penulis atau penyair adalah melalui karyanya, iaitu puisi terutama sajak. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Ogos 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:38:02 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.