MAJALAH - DEWAN SASTERA
|
|
|
Daripada Editor
Kesusasteraan Berubah Mengikut Arus Zaman.
Rozninah Abd. Azib
|
Surat Kepada Editor
Sastera Mendidik Peribadi
Ghazali Din
Dewan Sastera Rujukan Pelajar Universiti
Zuliana Zainal
|
|
Perjuangan
Nordin Haji Abdullah
Tangisan Daun
Ihsan Noorzali
Kucari Putihmu
Anjanglie
Diri
Osman Dol
Siapakah Sahabatmu?
Ahmad Sarju
Kalau Masih
Salmiah Ismail
Hutang
Adnan A.M
Paku di Dinding Hati
Rosani Hiplee.
Menjadi Hakim
Rahman Shaari
Apabila Hari Berlalu
Najmi
Senja Merah
Chai Loon Guan
|
Puisi Khas
Gurindam Rakyat (2)
Rogayah A. Hamid
Autobiografi
Baha Zain
Sajak Pilihan
Siti Zaleha M. Hashim
Ujana Klasik
Pantun tentang Keris
Ismail Restu
Drama
Derik Kerisik
Faisal Tehrani
Cerpen
Mencari Cahaya di Bumi Sakura
Amir Husaini
Kalau Sudah Ajal
A Rahman C.M
Seekor Ular, Boragas, Seorang Sasterawan dan seekor Katak
Marsli N.O
Mana Ada
Rahman Haji Yusof
Puisi Bulan Ini
Puisi-puisi Hakikat
Anismas ar
Hati Kehidupan
Ridzuan Kamis
Sakura dan Hanami
Mahaya Yassin
Harga Sebuah Sumpah
Zam Ismail
Mengucup Alis Matahari
Wikunila ms
Puisi dari Itali
Wan A. Rafar
|
Monolog Kecil
Kebudayaan: Di Manakah Kesilapan Kita?
Baha Zain
Ulasan Buku
Cinta Sekerdip Embun
Mawar Magenta
Naratif Baru Sastera Melayu Tradisional
Cinta Seorang Genius
Wawancara
Usah Menganggap Diri Terlalu Lebih dan Kurang
Fokus
Sains dan Teknologi Transformasi kepada Kesusasteraan
Sohaimi Abdul Aziz
Sains Gersang Tanpa Sastera
Sastera Tempang Tanpa Sains
Mohd Yusof Haji Othman
Bicara Karya
Transgenesis: Bisikan Rimba Karya Dakwah
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin
Karyawan Bulan Ini
Apabila Saintis Menulis Novel
Amir Husaini
Selingkar Bundaran Kata
Meditasi Kembara
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)
Sastera Tradisional
Hikayat Ronto: Melukis Wajah Aceh pada Zaman "Merantau"
Noriah Taslim
Sastera Antarabangsa
Sasterawan Iskandariah Kontemporari
Zarimah Mohd Zakaria
Reaksi
Riak Kecil Suara Nusantara dari Singapura
Rasiah Halil
Kajian
Interpretasi budaya dalam Kristal di Laut Bulan
Arbak Othman
|
Daripada Editor
Kesusasteraan Berubah Mengikut Arus Zaman
Pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) pada 10 Jun 2010 memperlihatkan kesungguhan kerajaan untuk menjadikan Malaysia negara maju. Matlamat ini akan dicapai dengan menjadikan Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pemangkin ke arah mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi. Sebagai sokongan ke arah matlamat itu sistem pendidikan negara juga akan turut berubah, malah kerajaan akan memberi komitmen meneruskan program Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) serta memperkenalkan program Sekolah Amanah atau Trust School. Kerajaan juga akan mempertingkatkan kemudahan pendidikan teknikal dan latihan vokasional dalam usaha mengarus perdanakan bidang ini dan membolehkan lebih ramai pelajar menceburinya.
Demikianlah antara senarai perancangan kerajaan untuk membawa perubahan yang cepat dan pesat kepada Malaysia. Bayangkanlah 10 tahun akan datang bagaimanakah kehidupan anak cucu kita? Masih ada tempatkah untuk mereka yang melibatkan diri dalam kesusasteraan untuk turut “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan mereka yang memiliki dan melalui kehidupan yang serba sofistikated?
Apa-apa pun yang terjadi, kesusasteraan tidak akan hilang fungsinya begitu sahaja. Yang mungkin akan berlaku hanyalah perubahan dari segi bentuk dan cara penghayatannya. Seperti yang kita alami sekarang, begitu jugalah perubahan terhadap kesusasteraan yang akan kita saksikan. Bermula dari kesusasteraan lisan, kesusasteraan berubah kepada kesusasteraan kitab, seterusnya berubah lagi menjadi kesusasteraan bercetak dan kini masyarakat sedang berhadapan dengan kesusasteraan digital bersesuaian dengan zaman sains teknologi maklumat. Setelah zaman digital nanti meninggalkan kita dan digantikan lagi dengan zaman yang lebih canggih dan sofistikated, bentuk kesusasteraan baharu juga pasti akan muncul dengan cara penghayatan yang juga turut berubah.
Secanggih mana pun perubahan zaman, kesusasteraan masih penting lagi dalam kehidupan manusia, kerana kesusasteraan bidang yang mengurus hal ehwal yang melibatkan perasaan, emosi, hati nurani yang menjadi landasan agama, moral dan pendidikan. Lantaran itu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah memberi reaksi terhadap RMK-10 ini bahawa seiring dengan perancangan pertumbuhan ekonomi yang cemerlang itu, kerajaan juga perlu memberi penekanan kepada aspek sosial yang melibatkan moral generasi sofistikated yang Malaysia idamkan itu. Maka itu, pembangunan kesusasteraan tidak boleh diabaikan oleh kerajaan. Apatah lagi apabila kita menyaksikan kini, banyak golongan profesional yang menjadikan bidang kesusasteraan ini sebagai pengisian sesuatu yang bermanfaat terhadap masa lapang mereka.
Hal ini dapat dibuktikan melalui isu fokus Dewan Sastera julai 2010 yang melihat sejauh mana relevansi antara kedua-dua bidang ini – sains dengan sastera.
Rozninah Abd. Azib.
FOKUS
Sains Gersang Tanpa Sastera
Sastera Tempang Tanpa Sains
OLEH: MOHD YUSOF HJ. OTHMAN
Mutakhir ini, kegiatan dan perbincangan mengenai bahasa dan sastera agak terpisah daripada kegiatan sains dan teknologi, juga terpisah daripada teknologi maklumat dan komunikasi. Walaupun ada yang berasakan bahawa bahasa dan sastera memang tidak dapat dipisahkan daripada kegiatan sains dan teknologi, namun ledakan sains dan teknologi yang terlalu mendadak “meninggalkan” kegiatan bahasa dan sastera ke belakang. Apatah lagi dalam situasi kegiatan sains dan teknologi dalam teknologi maklumat dan komunikasi merentasi batasan dan sempadan budaya dan nilai masyarakat tempatan dan peribumi.
Situasi ini semakin meruncingkan kedudukan kesusasteraan apabila terdapat kecenderungan sesetengah pihak untuk menerima pakai bahasa asing yang sudah terungkap dalam teknologi maklumat dan komunikasi, dengan alasan lebih mudah untuk mendapat dan menerima ilmu (terutamanya ilmu sains) yang terdapat dalam bahasa asing tersebut. Dengan kata lain, ada kalangan yang beranggapan kita perlu menguasai bahasa asing (bahasa Inggeris) sekiranya kita ingin maju dalam bidang sains dan teknologi juga dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, walhal sejarah peradaban tidak pernah mengatakan demikian.
Tindakan sebegini dirasakan akan memberikan kesan negatif terhadap budaya dan nilai-nilai anak bangsa tempatan kerana budaya dan sastera dalam bahasa yang diungkapkan dalam sains dan teknologi serta teknologi maklumat dan komunikasi berkenaan kemudiannya akan menjangkiti masyarakat yang berkomunikasi dalam teknologi maklumat dan komunikasi berkenaan.
|
|
Ikuti selanjutnya di dalam Majalah Dewan Sastera Julai 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!
Arkib
Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504 Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com
|
|
|
|
|
|
Kemaskini pada 2017-03-16 16:38:35 daripada Pentadbir Sistem