Dewan Sastera Mei 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Merungkaikan Keunikan Teromba di Mata Generasi Baharu
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Perlu Ada Kesungguhan dalam Menulis
Ismail Hashim

Siarkan Pantun dalam
Rumi
Yaakub Dasan

Buku DBP Sukar Didapati
Norashikin Mohd Remli

Istikrar
Naapie Mat

Berfikir Sesaat
Nahmar Jamil

Tanah Ini
Abdul Hadi Yusoff

Tiada Kasih Abadi
Malenna Mat Ali

Nyanyian Nelayan kepada Angin dan Ombak
Azmi Yusoff

Cinta Duniaku Sementara
 Malim Ghozali PK

Malam Hitam di Ibu Kota
Suria Janib

Di Painted Cave
Lim Swee Tin

Guru Besar
Wan Jaafar Ahmad

 

Puisi Khas
Aku datang Menghadap-Mu
Baha Zain

Puisi Khas
Abang Patdeli Abang Muhi

Puteri MelayuSarawak
Siti Zainon Ismail
 

Gurindam 12

Gurindam Seorang Isteri
Rogayah A. Hamid

Ujana Klasik
Pantun Ingin ke Syurga
HMS Abu bakar

Drama
Derik Kerisik
Faisal Tehrani

Cerpen
Syahadah
Aminah Mokhtar

Namaku Cindy, Bukan Maria
Sasya Zainal

Urip
Abang Patdeli Abang Muhi

Jatuh Cinta
Ali Jusoh

Puisi Bulan Ini

Ratu yang Kemarau
Cita-cita
H. Fansuri

Rumah Pusaka
Wan Asyeah Wan Nawang

Pelayar Malam
Pharo Abdul Hakim

Mentafsir Mimpi Malam Semalam
W.B. Rendra

 

 

Monolog Kecil
 Menemukan Penulis dengan ilmuan dalam Kebebasan Baha Zain

Ulasan Buku
Perbandingan Adat Istiadat Kesultanan Melayu-Jepun Berdasarkan Naskhah Klasik

Tanah Nurani

Hadith dan Karya Syeikh Daud al-Fatani

Panduan Menulis dan Kaedah mengajar Khat Nasakh

Karyawan  Bulan Ini
Jejak Kepengarangan
Abang Patdeli Abang Muhi

Karyawan  Bulan Ini
Ilham, Inspirasi dan Keinginan
Jeniri Amir

Kajian
Melebarkan Kajian Sastera ke Horizon Budaya
sahlan Mohd. Saman

 Fokus
Falsafah Kehidupan Seni Komunikasi Teromba
Mohd. Rosli Saludin

Teromba: Wadah Manifestasi Falsafah Melayu
Nur Fatiha Fadila

Bicara Karya
Pelamin Embun Narasi Lantai hospital
Mawar Shafie

Tabir Hayat
Hasan Ali pengarang Musafir
Hamzah Hamdani

Sastera Tradisional
Hikayat Prang sabi yang Menyihirkan acheh
Noriah Taslim

Selingkar Bundaran Kata
Panji Tisna Raja sebagai Sasterawan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Sastera Antarabangsa
Talat S, Halman Penyair, Penterjemahan dan Budayawan di Turki
Bukhari Lubis

Reaksi
Finalis HSPM sebagai Indeks Sastera malaysia
Nisah Haji Haron

Daripada Editor

Merungkaikan Keunikan Teromba  Di Mata Generasi Baharu

Warisan bangsa Melayu yang amat penting dipelihara dan dipulihara ialah kesusasteraan Melayu lama. Hal ini adalah kerana Kesusasteraan Melayu lama itu menggambarkan kecendekiawanan orang Melayu zaman dahulu. Keintelektualan dan kekreatifan mereka wajar diketengahkan kepada generasi zaman kini. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang sentiasa mengambil serius tugas dan tanggungjawab ini berjaya menerbitkan beberapa buah buku dalam genre klasik ini, khususnya dalam bidang puisi. Antaranya Kumpulan Pantun Melayu, yang diterbitkan pada tahun 1983, Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu yang diterbitkan pada 1990, dan Puisi Melayu Lama berunsur Islam yang diterbitkan pada tahun 2002.
  Puisi Melayu Lama Berunsur Islam berjaya memperkenalkan dan mengetengahkan kembali Syair, pantun, nazam, endui, nasyid maulud, marhaban, selawat nabi pengantin baharu, gurindam nasihat dan berzanji; yang kesemuanya bentuk puisi lama berunsur Islam. Kelahiran buku ini amat bermanfaat kepada pembaca generasi muda, penyelidik sastera dan penyelidik bahasa, serta pengkaji  sosiobudaya untuk melihat dari segi sejarah kemunculan dan perkembangan, bentuk dan strukturnya, juga nilainya dari keintelektualan, keperibadian dan kejatian diri bangsa Melayu kita dahulu kala.
  Pantun dan syair memang acap kali diperkatakan dan dikaji oleh khalayak sastera pelbagai peringkat berdasarkan kepentingan tertentu. Namun begitu, tidak banyak maklumat yang boleh kita peroleh jika ingin mendekati teromba, sejenis puisi Melayu lama yang berkaitan dengan undang-undang dan Adat Perpatih. Maka itu, Dewan Sastera Mei 2010 memfokuskan teromba, sebagai pemula untuk memberikan sebanyak mungkin maklumat dan pengetahuan mengenai teromba. Dengan mempopularkan semula teromba ini, diharapkan dapat menyuntikkan kembali minat khalayak sastera, khususnya penulis dan pengkaji sastera untuk terus menulis dan mengkaji dan seterusnya menghasilkan buku, khusus tentang teromba yang pasti mendapat tempat untuk diterbitkan oleh DBP. Terlalu banyak rahsia keunikan nilai seni dan sastera yang terselindung dan terkandung dalam teromba yang perlu kita dirungkaikan.

Rozninah Abd. Azib
 


FOKUS 

         
Falsafah Kehidupan Seni Komunikasi Teromba 
Oleh: Mohd. Rosli Saludin                       
  

Teromba sebagai seni komunikasi warisan lahir daripada budaya masyarakat Melayu Minangkabau yang menetap di Negeri Sembilan dan berpegang kepada Adat Perpatih. Masyarakat Minangkabau cenderung menyatakan maksud secara tidak langsung. Seni komunikasi menggunakan teromba yang sama-sama dimengerti maksudnya, baik oleh penutur mahupun penerima.
       Dalam teromba tercermin adat, nilai, aturan, hukum, undang-undang dan pegangan keagamaan yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan. Sebagai satu bentuk puisi bebas, teromba tidak ditentukan jumlah baris, rangkap, rima juga jumlah perkataan dalam sesuatu baris.
       Dalam teromba terdapat sisipan puisi tertentu seperti pantun, peribahasa, terasul, gurindam, syair, ungkapan dan sebagainya. Isi teromba memuatkan hal-hal yang berhubung dengan undang-undang, adat istiadat dan nilai-nilai yang diamalkan oleh masyarakat berkenaan. Seni komunikasi teromba selalunya membawa pemikiran tinggi yang ungkapannya bersifat kata-kata hikmat.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:39:19 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.