Dewan Sastera Mac 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Kelahiran Seorang Penulis di Tangan Siapa?
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Kulit Dewan Sastera - Surelisme
Suhaimi Haji Muhamad

Suntingan yang Menarik
Zaleha Ahmat

Kehilangan Para Sasterawan
 Abd. Razak @Rezeki Othman

Sepasang Mata Kita
Ismail Restu

Mendepa Sayap Malam
Merah Azmi

Sehelai Daun
Salmiah Ismail

Berani
Nordin Haji Abdullah

Satu Tanah
Zulkarnain Zakaria

Tersenyumlah
Rosani Hiplee

Serigala yang Parah
Abd. Ghafar Bahari

Lagu Takdir
 Abd. Razak @ Rezeki Othman

Nur Hijrah
Wan Marzuki Wan Ramli

Pertanyaan Si Anak Kecil
Irma

Ceritera Adam dan Hawa
Anismas

Tidak Jadi menunggu Malam
Abdul Hadi Muhamad

Yang Bersalah
Ramlan Abd. Wahab

 

Puisi Khas
Ini Taman Permainan Memperjudikan Nasib dan Impian
Baha Zain

Gurindam 12
Rogayah A. Hamid

Puisi Khas
Rosli K. Matari

Tun Sirah Puteri Hang Tuah
Siti Zainon Ismail

Drama
Apologia Sang Panitera
Marzuki Ali

Cerpen
Bulan
Rohaidah Yon

Pohon Emas
Wahba

Jangan Menangis Ana
Malim Ghozali PK

Nikmat Kacau
Rahman Shaari

Puisi Bulan Ini
Terengganu Kita (1)
Awang Abdullah

Tanah yang Terbiar
Razali Mohamad

Anugerah 2
Adnan A.M.

 

 

Monolog Kecil
 Kenyataan Hidup
Baha Zain

Ulasan Buku
Sungai yang Hilang

Sebuku Roti Secawan Kopi

Suluk Cinta

Tembok tidak Berpintu

Laporan Khas
Laporan Panel Penilai
Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2006/2007
Rozninah Abd. Azib

Fokus
Bengkel Penulisan Kreatif - Bakat atau Asuhan?
Nisah Haji Haron 

Melahirkan Penulis Melalui Bengkel Penulisan
Ja'afar Haji Hamdan

Selingkar Bundaran Kata
Herta Muller Dunia di titik Gelap
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Karyawan  Bulan Ini
Pengalaman Kepenyairan
Rosli K. Matari

Karyawan  Bulan Ini
Karya Imaginatif Identiti Rosli K. Matari
Rahman Shaari

Kajian
Citra Fitrah dalam Intan yang Tercanai
Sohaimi Abdul Aziz

Daripada Editor
 

Kelahiran Seorang Pengarang di Tangan Siapa?


Hakikatnya, untuk menjadi pengarang perlu mempunyai bakat kepengarangan. Namun begitu, tidak semua insan yang dilahirkan ke dunia ini dianugerahkan bakat  mengarang oleh Allah. Dengan bakat kepengarangan, seseorang pengarang mampu mencerna  segala sumber bahan yang dikutipnya daripada realiti kehidupan; berdasarkan pengalaman peribadi, dan pengamatan pengalaman orang lain yang berlaku di sekitarnya  menjadi sebuah karya dalam pelbagai genre. Dalam penulisan, proses ini dinamakan proses imaginatif. Maka, ciri-ciri seorang pengarang ialah mereka pastinya mempunyai kepekaan dan daya imaginasi yang tajam. Lantaran itu tidak semua insan mampu menjadi seorang pengarang, jika tidak anugerahkan bakat kepengarangan bersama-sama kelahirannya.
  Namun begitu, tidak menjadi sesuatu yang mustahil berlaku, iaitu situasi seseorang insan yang muncul sebagai seorang pengarang melalui bakat kepengarangan yang dibentuk melalui bengkel penulisan secara berterusan dan terancang yang diatur untuknya oleh persatuan penulis atau organisasi tertentu.  Apatah lagi apabila bidang penulisan dijadikan sebagai satu kerjaya yang berupaya menjanakan pendapatan. Dengan kemunculan beberapa fakulti penulisan di universiti-universiti, khususnya Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), maka seorang pengarang boleh dibentuk melalui pembelajaran dan latihan secara berterusan dan terancang. 
   Bentuk bengkel penulisan juga sudah pelbagai, ada yang dilaksanakan secara konvensional, iaitu ada tenaga pengajar yang terdiri daripada pengarang mapan lagi berpengalaman, pensyarah sastera yang pakar dalam bidang penulisan untuk semua genre; dan ada peserta bengkel atau pelajarnya, yang terdiri daripada penulis muda dan calon penulis. Lebih menarik lagi, dalam perkembangan  terkini muncul bengkel penulisan secara siber atau dalam talian yang dilaksanakan oleh penulis mapan yang sudi memunggah ilmu dan pengalamannya kepada insan yang berminat menjadi seorang pengarang. 
  Hal inilah yang diketengahkan oleh Dewan Sastera Mac 2010. Sejauh manakah faktor bengkel penulisan mampu melahirkan seorang atau beberapa orang pengarang. Adakah selepas bengkel penulisan dilaksanakan akan lahirlah banyak penulis, bagai “cendawan yang tumbuh selepas hujan?” Adakah, ibarat sifat cendawan itu, tidak semua bakat tumbuh subur, sebaliknya mati layu sebelum sampai waktunya atau kalaupun tumbuh tidak lama hayatnya? 
  Hakikatnya, banyak penganjur bengkel yang telah membuat kesimpulan bahawa dalam sebuah bengkel yang disertai 30 orang peserta misalnya, jika muncul dua tiga orang pengarang hasil daripada bengkel tersebut, itu pun sudah cukup membanggakan. Hal ini lantaran bukan mudahnya untuk memaksa orang  menulis, seperti kata Nisah Haron dalam makalahnya yang menjadi fokus utama, “bengkel hanya menunjukkan pintu  yang betul, pembimbing pula  mampu membawa dan membuka  pintunya untuk peserta. Selebihnya, terpulanglah kepada peserta itu sendiri sama ada mahu melangkah masuk ataupun terus berdiri di muka pintu itu”. 

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Melahirkan Penulis  Melalui Bengkel Penulisan
OLEH:   JA’AFAR HAJI HAMDAN

Perkembangan sesuatu perkara bergantung pada permintaan penggunanya. Semakin tinggi permintaan penggunanya maka semakin tinggi pula pengeluaran terhadap permintaan itu. Ini merupakan teori asas pemasaran. Walaupun demikian, pengeluaran terhadap permintaan itu memerlukan sesuatu yang berkualiti untuk dinikmati. 
  Kualiti yang diperlukan adalah sesuatu yang memenuhi kepuasan kehendak penggunanya. Kepuasan terhadap bahan yang dihasilkannya tercerna melalui proses penghasilannya. Maka dengan itu, proses penghasilan mempunyai justifikasi yang mutlak bagi menentukan nilai pemasarannya. Oleh yang demikian, sesuatu proses menjadi amat penting bagi menentukan sasaran dalam nilai kepenggunaannya. 
   Namun, dalam pola sastera, pemasaran produknya bukan hanya ditentukan oleh karya yang dihasilkan. Tetapi, juga ditentukan oleh individu yang bertanggungjawab melahirkan karya, iaitu penulis. Penulis bertanggungjawab dalam menentukan kelangsungan sastera agar terus berkembang. Tentu sahaja perkembangan itu sewajarnya memenuhi keperluan yang sepadan dengan nilai kehendak semasa. Nilai tersebut haruslah yang selaras dengan daya upaya pemikiran masyarakat, selaku pembaca.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:40:06 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.