Dewan Sastera Januari 2010

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Azmah Nordin yang Sentiasa Memartabatkan Wanita
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Tahniah kepada Warga Kerja "Intan yang Tercanai"
Nurhasyimah Mustafa

Nadi Naluri Sastera
Suhaimi Haji Muhammad

Hukuman untuk Semua
HMS Abu Bakar

Seorang Lelaki Tua
Osman Dol

Guri di Hatiku
Shapiai Muhammad Ramly

Tikus
Chai Loon Guan

Seekor Tikus dari Puduraya
W.B. Rendra

Warisan Jiwa Bangsa Satu Negara
Ani Haji Omar

Tawaf
Zurinah Hassan

Akta Batinku
Norawi Haji Kata

Carilah Cari
Abdul Hadi Yussof

 

Puisi Khas
Puteri Onang Kinang
Siti Zainon Ismail

Drama
Apologi Sang Panitera
Marzuki Ali

Cerpen
Usus
Azmah Nordin

Aku Belum Mati
Azizi Haji Abdullah

Kisah di Sebuah Taman
Jasni Matlani

Garis Sempadan
E Pian Pro Poul

Puisi Bulan Ini
Manusia dan Alam
Razali Endun

Usia Itulah Cabaran
Sharif Putera

Buih Itu Aku
Anis

Sajak Adik kepada Abang
Salman Sulaiman

Kelapa Tua
Abdullah AR

Menjejak Puncak Sajak
Abizai

Gempa, Tsunami dan Angin
Abham T.R

 

 

Monolog Kecil
 Bahasa Mimpi yang Remang
Baha Zain

Ulasan Buku
Memasuki Taman Puisi

Glosari Gerontologi

Pantun Melayu Sarawak

Mencari Fitrah

Wawancara
Suara dari Seberang

Fokus
Pemerkasaan Status Wanita dalam Novel-novel
Hanafi Ibrahim

1 Malaysia dalam Sastera
Azmah Nordin

Kecenderungan Merentas Ilmu dalam Cerpen Azmah Nordin
Mawar Shafei

S.E.A. Write  Awards 2009
Perjalanan Kreatif yang Mengesankan
Zaidah Ahmad Rosly 

Sastera Antarabangsa
Idris al-Khuri Cerpenis Rakyat
Hafid Iman Iman

Selingkar Bundaran Kata
Di Musim Gugur, Menggalur Perasaan Keats
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara) 

Daripada Jabatan Sastera
Anugerah Tertinggi Sastera Negara
Shuhailey Mahamad

Sastera Tradisional
Menjengah ruang di Sebalik Hikayat Hang Tuah
Noriah Taslim

Bicara Karya
 Tamadun Melayu-Cina dalam Air Mata Ibu dari Perspektif Teori SPB4K
Ani Haji Omar 

Kajian
Volkgeist dalam Manikam Kalbu
Malim Ghozali PK

Daripada Editor

Azmah Nordin yang Sentiasa Memartabatkan Wanita

Selepas Zurinah Hassan, S.E.A. Write Award berturut-turut dimenangi oleh pengarang lelaki. Tahun 2009 ini barulah anugerah ini berjaya diraih oleh pengarang wanita, Azmah Nordin, cerpenis dan novelis yang prolifik dan amat tersohor dengan tulisannya yang membawa isu feminisme dan pemerkasaan status wanita dalam karya-karyanya.
   Dengan kelahiran 47 buah novel dan empat buah kumpulan cerpen sudah cukup membuktikan keseriusan anak kelahiran Kulim, Kedah yang telah lama bermastautin di Sabah, dalam bidang penulisan kreatif.  Apabila menyebut nama Azmah Nordin ada dua perkara yang sering dikaitkan dengan beliau dari segi kepengarangannya. 
   Pertama, Azmah Nordin merupakan penulis yang pasti mengangkat kedudukan wanita dalam karyanya, baik dalam novel kanak-kanak, remaja dan umum. Isu yang bersabit dengan permasalahan  hubungan gender dan membina keperibadian wanita unggul menjadi kegemarannya, yang pasti diserapkan secara kreatif dalam karyanya. Lelaki akan menjadi bahan olokannya, dipersendakan dan diperbodohkan.  Hingga ke cerpennya yang terkini, yang berjudul “Usus”, Azmah masih meneruskan dan mengekalkan  gaya dan  imej penulisannya. 
   Kedua, bukanlah Azmah Nordin jika karya itu tidak diserapmasukkan dengan ilmu lain selain kesusasteraan. Pada suatu masa Azmah pernah “kemaruk” dengan ilmu perundangan, ekologi, dan yang terkini beliau sendiri mengakui sedang “kemaruk” dengan ilmu kesihatan dan perubatan yang diserapmasukkan dalam cerpennya. Demikian halnya, kenyataan ini dapat dibuktikan melalui cerpen terbaharunya “Usus”.
   Dua kebiasaan yang dilaksanakan oleh Azmah dalam proses kepengarangannya inilah yang memperlihatkan kekuatan kepengarangan Azmah Nordin, yang menjadikan Azmah lain daripada penulis yang lain, atau dengan kata yang lebih tepat Azmah sudah menemukan identiti kepengarangannya sendiri. Lantaran itu, selayaknya beliau diangkat sebagai penerima S. E. A. Write Award 2009.
  Walau bagaimanapun, apabila seseorang pengarang dikatakan telah menemukan identiti diri kepengarangannya, tidakkah akan menyebabkan pembaca setia karyanya akan berasakan tiada sesuatu yang baharu yang ditemukan oleh mereka dalam karyanya? Apatah lagi setiap karyanya seperti dapat ditebak pada pengakhiran ceritanya yang pasti akan memberikan kemenangan kepada wanita? Bukankah pengarang yang versatil lebih memberikan kesan warna-warni dalam  karya yang dihayati pembaca? Mungkin persoalan ini perlu dibincangkan secara intelektual oleh pakar-pakar sastera di persada yang lebih serius dan formal bagi mencari kesan positif dan negatif.  
  Apa-apa pun bagi saya, sejak dahulu hingga kini, kekuatan Azmah Nordin dalam pengkaryaannya terletak kepada kebijaksanaannya mencipta konflik yang sebenar dan menggugah emosi serta kejayaannya membina plot secara dramatik, penuh saspens dan memberikan kesan katarsis.
   Sempena menyambut tahun baharu 2010 ini kami, sidang redaksi Dewan Sastera mengucapkan “Selamat tahun baharu”.        

Rosninah Abd. Azib

 


FOKUS 

1 Malaysia dalam Sastera

Memang sudah diketahui ramai, konsep 1 Malaysia membawa maksud rakyat bersama-sama berganding bahu membangunkan Malaysia, hal ini sebenarnya sudah sedia wujud lama dahulu. Yakni, wujud tanpa perselisihan faham, tanpa perlu mempersoalkan hak keistimewaan sesuatu kaum, tanpa perlu menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman, ideologi, budaya, politik dan sebagainya. Langkah-langkah memperkasakan konsep 1 Malaysia yang diambil oleh pihak kerajaan ketika ini, bertujuan supaya warga Malaysia lebih memahami dan menghayatinya, bagi membina sebuah negara yang aman, makmur dan harmoni. Jadi, bagaimanakah kita hendak menterjemahkan konsep 1 Malaysia ini dalam bentuk karya sastera?
  Sebagai pengarang, kita boleh mengangkat apa-apa sahaja tema untuk karya – asalkan tidak menyinggung sensitiviti masyarakat berbilang agama, kaum, fahaman ideologi, politik dan seumpamanya. Hal ini tentunya untuk menjaga keamanan, kemakmuran dan keharmonian negara. Bagaimanakah caranya untuk memperkasakan karya sastera kita? Jika kita pandang dari sudut 1 Malaysia; dengan memuatindahkan karya kita dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum sebagai watak utama dam sampingan, selain daripada watak utama dan sampingan yang sekaum atau sebangsa dengan kita.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari 2010. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:41:12 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.