Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

Pedoman Bahasa Melayu

Pedoman Bahasa Melayu

Projek Pedoman Bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu dan Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu Akronim Bahasa Melayu.

    1.     Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Penjodoh Bilangan Bahasa Melayu.

Projek penggubalan ini merupakan kesinambungan penyediaan prasarana kepustakaan bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan pedoman bahasa Melayu. Usaha Murni yang dijalankan secara berterusan ini demi memastikan para pengguna bahasa Melayu mendapat panduan yang jelas tentang tatacara penggunaan penjodoh bilangan agar dapat digunakan secara tepat khususnya dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

  1. Penggubalan Pedoman Bahasa Melayu-Akronim Bahasa Melayu.

 

Projek Penggubalan pedoman akronim dalam kosa kata bahasa Melayu penting sebagai panduan kepada pihak yang berminat mencipta akronim bahasa Melayu walaupun kurang digalakkan dalam pembentukkan kata bahasa Melayu. Ketiadaan panduan khusus menyebabkan kelompongan kepada bahasa Melayu itu sendiri yang akhirnya menyebabkan kekeliruan dan penciptaan akronim sewenang-wenangnya. Hasil kajian membolehkan penciptaan akronim dapat diselaraskan dan wujud standard yang jelas kepada para masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu.

 

 

 

 


Kemaskini pada 2017-08-16 23:26:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.