Dewan Sastera November 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Seloka Gambaran  Kecerdikan Orang Melayu
  Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Semoga Dewan Sastera 
Terus Diterbitkan
Zaleha Ahmat

 Terus Bertahan Walaupun diancam Badai
Sa'adiah Haji Ibrahim

Kesalahan Bahasa dalam Karya Sastera
Ridzuan Kamis

Resmi
Norasikin Mohd Remli
 

Mimpi
Norhisham Mustaffa
 

Derhaka, Aku...
Rosani Hiplee
 

Setitik Darah Bukan
Sepatah Kata
Arbak Othman

 

Lekang
Abdulhadi Muhamad
 

Sang Pendeta
Nor Alina Md. Usoff

 

Puisi Khas
Di Terowong Waktu
Baha Zain

 

Baju Riau Johor
Siti Zainon Ismail 

 

Ujana Klasik Pilihan
Noriah Mohamed

 

Drama
Seri Panggung
Marzuki Ali

 

Cerpen
Keranamu Sinta
Masli N.O

 

Bisu, Kaku dan Kelu
Kamariah Kamaruddin

 

Episod  kehidupan
Daeng Ramliakil

 

Kereta Api Terakhir dari Tanjung Pagar
Zaleha Ahmat

 

Puisi Bulan Ini
Cerita Dua
Mohamad Shaidan

 

Batu yang Lapan
Zaiton Ajmain

 

Di Kaki-Mu, Aku
Salman Sulaiman

 

Di Tanah Seindah Ini
Ihsan Noorzali
 

Singapura Tetap Alam Melayu
H.M. Jajuli

 

Surau Lama
Jaafar Hasny

 

Padang Siasah
Husna Nazri

 

Malam
A. Ghani Abdullah

 

Selagi Ada Siang 
dan Malam
Wan Asyeah Wan Nawang

 

Gara-gara Musang

Aladin Mohamad

 

Warkah untuk Tanah Melayu dan al-Aqsa

Nisah Haron

 

Lewat Musim Bunga
Sheila RS

 

Monolog  Kecil
 Sejarah dalam Kemelut
Baha Zain

 

Karyawan Bulan Ini
Jangan Bening dan Sambal Lombok
Noriah Mohamed

 

Ulasan Buku
Bosnia-Herzegovina: Konflik 1875-1878 dan Reaksi Kuasa-kuasa Besar


Merintis Jaya

 

 Di Penghujung Penantian

 

Kamus Ekonomi Islam: Perniagaan Islam

 

Kajian
Cinta dalam Cerita Panji
Noriah Mohamed

 

Fokus
Seloka: Benarkah Seperti Umang-umang
Nurhamizah Hashim

 

Seloka Mengkritik dalam Jenaka
Zurinah Hassan

 

Reaksi
 Titik-titik Terakhir Seorang Editor
Rozninah Abd. Azib

 

Negeri Johor Tekal Mengiktiraf Penulis
Riqzi Khairullah

 

Bicara Karya
 Hikayat Hang Tuah Epik Melayu
Siti Zarina Md. Israry

 

Tabir Hayat
Mengenangmu Azizi
Hassan Baseri Budiman

 

 Azizi Menulis Hingga Akhir Hayat
Osman Ayob

 

Sastera Tradisional
Puteri Akal Watak Wanita Licik
Noriah Taslim

 

Selingkar Bundaran Kata
 Sarjana dan Pustakawan Digital
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)


 

Pabila Hujan Turun
 Aneka Kisah Serba Indah
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Faridun Tavallali

Perintis Sajak Moden Parsi (Iran)
Bukhari Lubis

 

Benteng
Peluang Kedua untuk Bahasa Melayu
Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara)

Nota Editor

Seloka Gambaran Kecerdikan Orang Melayu

Antara sarjana Barat yang banyak mengkaji dan mengumpul tradisi lisan ialah W. E. Maxwell, Hugh Clifford, Frank Swettenham, W.W. Skeat, R. J. Wilkinson dengan cara memindahkan tradisi lisan ke sistem tulisan. Tradisi lisan menurut Mohd. Taib Osman dalam bukunya Panduan Pengumpulan Tradisi Lisan Malaysia, 1976 dapat dipecahkan kepada beberapa bahagian. Antaranya bahagian tradisi lisan kepada bercorak cerita, seperti mitos, epik dan legenda. Kedua, tradisi lisan bukan cerita bercorak puisi, seperti simpulan bahasa, teka-teki, syair, pantun, gurindam dan seloka.
   Tradisi lisan mencerminkan daya intelektual dan pekerti orang Melayu yang kaya dengan keindahan dan kehalusan bahasa yang menjadi aspek yang penting
dalam tradisi lisan. Tradisi lisan berlawanan dengan tradisi tulisan kerana tradisi lisan dinilai daripada cara penyampaiannya iaitu melalui bahasa, bunyi berirama, berima berkadensa dengan kesan penghayatan kepada naik turunnya nada, kelantangan atau tekanan pada akhir kalimat atau di hadapan jeda dalam pola intonasi. Tradisi lisan terdedah kepada perubahan, malah sarjana Barat sering mengatakan tradisi budaya Melayu ialah tradisi kecil yang sangat bergantung kepada pengaruh budaya asing. Proses difusi budaya ini kebanyakannya dipengaruhi oleh budaya India dan Islam.
    Begitu juga halnya dengan seloka yang diserapkan melalui pengaruh Hindu daripada Mahabharata dan Ramayana. Dewan Sastera keluaran November mengangkat isu daripada kesusasteraan tradisional, iaitu seloka sebagai fokus bagi menyegarkan kembali pengetahuan pembaca dan peminat sastera kepada puisi tradisional ini yang sudah semakin dilupakan orang. Berserta contoh seloka dan bentuknya makalah ini akan memberikan garis panduan dan idea baharu kepada pengarang kini untuk menghasilkan seloka yang mungkin boleh disesuaikan atau dipadankan dengan permasalahan kehidupan semasa. Tulisan Dr. Zurinah Hassan yang merupakan penulis dan pakar dalam bidang ini yang berjudul “Seloka Mengkritik dalam Jenaka” pastinya akan banyak memberikan manfaat kepada pembaca.Ds

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Seloka Mengkritik dalam Jenaka
OLEH: ZURINAH HASSAN


Istilah seloka berasal daripada bahasa Sanskrit. “Sloka” atau “shloka” merupakan puisi dalam kitab agama Hindu yang kebanyakannya berisi puji pujian, atau pemujaan terhadap dewa. “Sloka” atau “shloka” juga merupakan untaian doa dan mantera, yang dipercayai mempunyai kuasa magis dan dapat memberikan kekuatan fizikal dan ketenangan spiritual kepada penganut yang sering membaca atau mengamalkannya sebagai zikir. 
  “Sloka” atau “shloka” yang masyhur terdapat dalam epik India Mahabharata dan Ramayana. Mahabharata dikatakan terdiri daripada 100 000 rangkap seloka dan Ramayana 24 000 rangkap (Harun Mat Piah 1997:334).
   “Sloka” atau “shloka” mempunyai ciri dan bentuk yang spesifik. Menurut Harun Mat Piah, “Sloka” atau “shloka” terdiri daripada dua baris serangkap dan tiap baris terdiri daripada 16 suku kata. Selain pemujaan terhadap Tuhan, terdapat juga rangkap yang mengandungi kata hikmat, nasihat, panduan dan falsafah kehidupan dalam pelbagai aspek. Contoh “sloka” boleh didapati daripada beberapa laman web.
Antaranya, http://samskrutam.com/samskrit/sanskrittexts/ subhasitam.aspx. Misalnya, dua rangkap yang berikut (dengan terjemahan bebas oleh penulis):

Sebatang pohon rela berdiri di tengah terik matahari Agar orang lain dapat berteduh pada bayangnya Seseorang yang gila harta, ia tak memiliki ikatan Seseorang yang gila cinta, ia tak mengenal bahaya.

  Hari ini seloka tergolong dalam puisi Melayu tradisional bersama-sama pantun, syair dan gurindam. Seperti halnya dengan jenis puisi tradisional yang lain, pengertian seloka telah berubah. Seloka tidak lagi merujuk puisi keagamaan yang memiliki ciri yang spesifik . Jika dibandingkan dengan pantun, syair dan gurindam, strukturnya sangat bebas. Seloka tidak memiliki pembayang dan maksud, seperti pantun. Seloka juga tidak seperti syair yang perlu mengandungi empat baris serangkap dengan rima yang tegar pada suku kata akhirnya. Bilangan baris pada seloka tidak terhad, dan bilangan baris pada satu rangkap juga tidak menentu. Menurut Harun Mat Piah, dalam kesusasteraan Melayu, perkataan seloka dimaksudkan sebagai sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur yang tertentu

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera November 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:42:03 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.