Dewan Sastera Oktober 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Kaedah Mempromosi Produk Sastera
Abd. Halim Yaacob

 Karya Sejarah yang Dilupai
Latifah

Karya Kreatif Dewan Sastera Membuka Minda
M. Sabli

Melayukah Masih Tidak Menyedari
Ehsan Jamily

 

Berada Aku
Shahruddin Ismail

 

Penyair
Syaidul Azam Kamarudin

 

Seorang Tua di Bawah Pohon
Jamaludin D.

 

Alangkah Bertuahnya Kita

Kho Thong Eng

 

Di Mana
A. Aziz Deraman

 

Jendela
A. Razak Adam

 

Tiada Punya Pengertian
Maliah Adenan

Bunuh
Ridzuan Kamis

Himpunan Aksara-aksara Bernyawa
Poul Nanggang

Puisi dalam Gelap
Zahari Hasib

 

Puisi Khas
Duka Sang Pengeran
Baha Zain

 

Tengku Mandak
Siti Zainon Ismail 

 

Puisi Khas
Ibrahim Ghaffar

 

Ujana Klasik Pilihan
Mahaya Mohd. Yassin

 

Ujana Klasik
Syair Jalan ke Puncak 99
Mahaya Mohd. Yassin

 

Drama
Seri Panggung
Marzuki Ali

 

Cerpen
Kembara Taming Sari
Maskiah Masrom

 

Seutas Tasbih Seutas Senyuman
Abg Saifuddin Abg Bohari 

 

Alhamdulillah
Wan Asyeah Wan Nawang

 

Sumpah Kuala Kedah
Zurinah Hassan

 

Puisi Bulan Ini
Kesilapan Lalu
Noraini Rashid

 

Dilema Orang Melayu

Zakiah Bahari

 

Bengkoka

Jair Sulai

 

Kereta Api Malam

Raymond Majumah

 

Durian
Ahmad Syahrul Wahid

 

Serumpun Bahasa
Wadiassofi Jaafar

 

Sebutir Gula
Hilmi Rindu

 

Monolog  Kecil
 Editor di Dunia Segi Tiga
Baha Zain

 

Karyawan Bulan Ini
Dr. Ibrahim Ghaffar: Penyair Pejuang Bangsa
Hamzah Hamdani

 

Ulasan Buku
Teori dan Kaedah Nahu


Kumpulan Cerpen Sasterawan Negara

 

 Keris Mas  1946 - 1989

 

Menyusur Rindu

 

Kesusasteraan Melayu Moden

 

Bicara Karya
 Pendekatan Moral dalam Pesan Bonda Karya
Marzuki Ali
Rizqi Khairullah

 

Fokus
Indah Bahasa Indahlah Sastera
A. Zainoor Ismail

 

Bahasa Figuratif Pemanis Bicara
Zurinah Hassan

 

Reaksi
 Memoir di Emerld Puteri
Siti Aminah Ismail

 

Pesta Buku: Sejauh Manakah Kesannya
Ammy Yasmin

 

Kajian
Luahan Jiwa Raga Wanita Melalui Unsur Alam
Siti Hajar Che Man

 

Selingkar Bundaran Kata
 Buku-E Buat Pembaca Buku-Kertas
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Sastera Tradisional
Cik Siti Watak Radikal
Noriah Taslim
 

Pabila Hujan Turun
 Leraian Hakiki
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Legasi Iqbal Sheikh Noor Muhammad Memartabatkan Sastera Islam
Zarima Mohd. Zakaria

 

Benteng
Di Mana Tanah dipijak...
Anwar Ridhwan (Sasterawan Negara)

Nota Editor

Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan


Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) yang dijenamakan semula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 2009 bagi menggantikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) telah memacakkan matlamat asas perjuangan DBP, untuk meletakkan bahasa Melayu pada takhtanya. Perjuangan DBP untuk memacu perkembangan bahasa Melayu sudah bermula sejak tahun 1960-an. DBP mempunyai apresiasi tinggi ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai ukuran ketamadunan bangsa Melayu khususnya dan Malaysia sebagai tanah air kita.
  Sejak abad ke-7 hingga awal abad ke-20 Masihi, penduduk rumpun Melayu telah membentuk peradaban yang mampu menguasai sebuah wilayah di Asia Tenggara yang termasyhur dengan nama jolokan Barat “The Malay Archipelago” atau “Gugusan Kepulauan Melayu”. Bagi rumpun Melayu, tanah ini dinamakan “Tanah Jawi” yang menggunakan kata pengantar bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu di rantau ini disusuli dengan perkembangan kesusasteraan Melayu, baik dalam zaman Kesusasteraan Melayu Tradisional hinggalah zaman Kesusasteraan Melayu Moden.
   Dalam perkembangan antara bahasa Melayu dengan sastera Melayu ini, ahli bijak pandai dalam kedua-dua bidang ini saling bertelagah pendapat bagi mencari,
“mana hujung, mana pangkal” dan yang mana yang lebih penting, bahasa atau sastera? Hingga setiap pihak mendabik dada mendakwa, sastera tidak boleh hidup
tanpa bahasa dan sebaliknya ada pihak yang mendakwa kerana sasteralah bahasa berkembang. Persoalan ini cuba dicari penyelesaiannya melalui makalah fokus yang membincangkan kedudukan bahasa dan sastera yang saling harap mengharapkan dan lengkap-melengkapkan, ibarat irama dan lagu tidak dapat dipisahkan, pincanglah ia kalau dipisahkan. Bersempena BBK Dewan Sastera memfokuskan isu ini yang diharapkan dapat diserapkan kepentingan kedua-dua bidang ini dalam membina masyarakat 1Malaysia yang bermaruah dan bertamadun.

 

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Indah Bahasa Indahlah Sastera
Oleh A. Zainoor Ismail 
     

Kesusasteraan merujuk kepada “keindahan”. Maka, karya sastera memerlukan
bahasa yang indah bagi memenuhi ciri kesusasteraan. Pada asasnya pula, setiap kajian kesusasteraan pasti berdasarkan kajian bahasa.
  Karya sastera mengandungi unsur keindahan atau estetik yang diukur daripada gaya penggunaan bahasa dalam karya. Kesusasteraan menjadi asas komunikasi antara penulis dengan khalayak pembacanya. Pengucapan sastera juga berjaya menimbulkan kelainan dan gaya tersendiri yang indah dan unik jika dibandingkan dengan pengucapan biasa yang teratur lurus dan mengikut tatabahasa. Begitu pentingnya bahasa untuk sastera hingga banyak ahli bahasa yang beranggapan, tanpa bahasa tiadalah sastera dan peri pentingnya pengamal sastera mematuhi hukum tatabahasa. Ahli sastera pula mempertahankan betapa tidak perlunya kesusasteraan itu terikat dengan hukum tatabahasa, atas alasan penyimpangan tatabahasa itulah yang mengindahkan karya sastera. Akhirnya muncul “kuasa sendiri bagi golongan estetik” yang mengiktiraf bahawa segala kelainan dalam penulisan dan pengucapan bahasa kesusasteraan diterima sebagai “kesenian”. Dengan kata lain, orang sastera diberikan kuasa menentukan arah penggunaan bahasa dalam kesusasteraan dan menghalalkan kesalahan dalam bahasa atas alasan kesusasteraan berperanan mengembangkan bahasa.
  Kesusasteraan menjadikan bahasa bertambah kaya dengan istilah baharu dan kata baharu. Kesusasteraan juga menghidupkan dunia penyelidikan bahasa yang mengkaji gagasan, idea, pemikiran dan perasaan yang berkembang dalam karya sastera. Orang sastera sentiasa mengikuti perkembangan falsafah, pembawa fikiran baharu dan cerita kehidupan dan budaya hidup manusia. Maka, gaya bahasa turut berubah mengikut perubahan zaman kesusasteraan. Umpamanya pada zaman Kesusasteraan Melayu Klasik, bahasa yang digunakan pada zaman itu ialah bahasa Melayu Klasik. Apabila kesusasteraan berkembang dan bertukar kepada Kesusasteraan Melayu Moden, gaya bahasa yang digunakan juga turut berubah, iaitu gaya Bahasa Melayu Moden.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Oktober 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:43:38 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.