Dewan Sastera Ogos 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Mencari Kembali Nuansa Kemerdekaan
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Majalah Sastera di Pandang Tinggi
Mohd Faizal

 Tahniah Sasterawan Negara ke-11
Nashdin Muhammad

Teruskan Perjuanganmu
Zuraida Abu

Mahligai Kencana
A. Aziz Deraman

 

Jadilah Melayu Sejati
Ahmad b. Sarju

 

Pilihan
Ardzry Uyob

 

Bagaimana Kau Boleh Menafikan
Aladin Mohamad

 

Dipasak Sejarah
Ali Amiruddin

 

Mentasbih keesaan
Zaiton Ajamain

 

Ketika Cinta Bersujud
Rosani Hiplee

Sempadan
Saadiah Ibrahim

 

Di Ruang Sempit Ini
Wan Ahmad Wan Ismail

 

Di Bawah Langit yang Satu
Khadijah Hashim

 

Kelana Ramadan
Mohd Adib Hassan

 

Apa Lagi yang Kautanggung?
Norhisham Mustaffa

 

Megat Seri Rama
Rahimidin Zahari

 

Nakhoda yang Tewas
Rosidah Endot

 

Madrasah Cinta
Shamsudin Othman

 

Islah Melayu 
Shapiai Mohd Ramly

 

Kenangan Semalam Bersama Tuan
Irwan Abu Bakar

 

Puisi Khas
Malu
Baha Zain

 

Tengku Iran @ Tengku Tengah
Siti Zainon Ismail 

 

Puisi Pilihan
Ahmad Razali Yusof

Merentang Kata

Singgah di Negara Cinta

Kuala Lumpur yang Membenamkan Seribu Cinta

 

Wangian Murathai

 

Singapura

 

Perempuan

 

Rumah

 

Pisau

 

Suara dari Dunia Jauh

 

Nostalgia

 

Ladang Cinta

 

Helang Putih

 

Ujana Klasik
Pantun Ramadan
Nor Baizura Ibrahim

 

Drama
Pending Numera
Kemala

 

Cerpen
Menjelajah Dunia Gelap
S.M Zakir

 

Rumah Itu

Majuni Plera

 

Perburuan Syahid
Abdul Halim Yaacob

 

Lelaki yang Datang Bersama Ribut
Darma Mohamad

Puisi Bulan Ini
Pujangga Bangsa
Sharrul Rizal

 

Di Laman Ramadan
Ja'afar Haji Hamdan

 

Biar Puisi Menjadi Peluru
Saifullizan Yahaya

 

Mereka yang Terkutuk
Siti Zaleha


Melayu
Asri Harun

 

Aku Sudah Kehilangan Nama
Hasan Baseri Budiman

 

Ramadan
Wan Zue

 

Alam yang Kita Pinjam
Nazim

 

Monolog  Kecil
 Mengenali Kelakuan Orang Melalui Bahasanya
Baha Zain

 

Fokus
Konsep Sastera Sejarah Dalam Karya Historiografi Melayu Tradisional

Siti Hawa Salleh

 

Bahasa,Budaya dan Sastera Melayu dalam 54 Tahun

Pembangunan Malaysia: Satu Sorotan
 Zainal Abidin Borhan

 

Ulasan Buku
Cakupan Isu yang Luas


Memahami Teater Eksperimental
Khairil Anwar

 

 Ilmu Bantu Untuk Penulis Karya Kreatif

 

Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Tanah Air
A. Zainoor Ismail


Bicara Karya
Di Negara Bayang: Sebuah Naskhah "Travelog - Sosiologi" Puisi Melayu
Shamsudin Othman

 

Selingkaran Bundaran Kata
Odysseus Elytis Pembaharuan Metafora Yunani
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Jose Saramago: Mengikut Komite Hadiah Nobel 
Wan A.Rafar

 

Pabila Hujan Turun
Pemikiran dan Pengkritik

Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Sastera Tradisional
 Wanita dalam Syair Siti Zubaidah dan Syair Abdul  Muluk
Noriah Taslim

 

Benteng
Wira-wira Kemerdekaan
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

Nota Editor

Mencari Kembali Nuansa Kemerdekaan


Tarikh keramat  31 Ogos bakal muncul lagi. Tarikh yang memberi segunung makna kepada  rakyat Malaysia, kerana pada tarikh inilah kemerdekaan negara menjadi milik kita. Detik meniti kemerdekaan itu telah berlalu dan menjadi sejarah buat generasi zaman kini. 
  Peristiwa getir sebelum mencapai kemerdekaan banyak dirakamkan dalam penulisan karya kreatif terutamanya dalam novel, cerpen, drama dan sajak. Maka itu dalam kesusasteraan, sastera sejarah ialah satu jenis sastera yang penting. Bersesuaian dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah seluruh tanah air, maka sudah sampai masanya sastera sejarah juga diberikan semangat baharu, baik yang tradisional mahupun yang moden, atas dasar kepentingan dan fungsinya. 
  Karya sastera sejarah bercorak prosa, seperti Hikayat Merong Mahawangsa umpamanya, Sejarah Melayu, Misa Melayu atau yang bercorak puisi seperti Syair Tengku Puteri, Syair Sultan Maulana, Syair Perang Johor, menjadi penting untuk generasi kini kerana karya ini merakam peristiwa. Bahkan, hasil sastera sejarah inilah yang menjadi petunjuk kepada raja-raja tentang etika pemerintahan, untuk kita mengetahui kehidupan di istana raja-raja Melayu, asal usul negeri, adat dalam perhubungan antara raja dengan rakyat. 
  Begitu juga sastera sejarah moden, dalam zaman sebelum dan sesudah merdeka semuanya merakamkan peristiwa sejarah yang berlaku, biarpun tidak semuanya fakta kerana digauli oleh ciri-ciri kreatif, tetapi karya beginilah yang dapat memberikan kesan kepada pembacanya. Melalui karya sastera sejarah semangat patriotisme negara bangsa dapat dihidupkan. 
  Sempena bulan kemerdekaan ini, Dewan Sastera memilih sastera sejarah sebagai isu fokus. Zainal Abidin Borhan  dalam tulisannya melihat bagaimana bahasa, budaya dan sastera berperanan dalam mencorakkan pembangunan negara. Menurut beliau, suara dan nuansa pemodenan yang digerakkan oleh para sasterawan yang pada suatu masa dahulu amat digeruni, kini dianggap remeh oleh segolongan kelas menengah dan kelas penguasa politik Melayu. Mengapakah hal ini terjadi? Inilah antara isu yang menarik yang dibincangkan dalam Dewan Sastera, Ogos 2011

 

Rozninah Abd. Azib


FOKUS

Bahasa, Budaya dan Sastera Melayu dalam 54 Tahun Pembangunan Malaysia: Satu Sorotan
OLEH: ZAINAL ABIDIN BORHAN      

Persekutuan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka adalah lanjutan daripada negara Melayu. Malaysia juga terbentuk dalam lingkungan seluruh wilayah kebudayaan Melayu yang pernah dikenali sebagai Kepulauan Melayu atau sekarang ini disebut Alam Melayu ataupun Dunia Melayu atau Nusantara Melayu. Malaysia tidak terbentuk dalam vakum sejarah, Malaysia berasal usul, Malaysia bukan sebuah negara yang dibentuk oleh para pendatang seperti Amerika Syarikat, Australia, Singapura, dan New Zealand.
  Sebagai negara yang berasal usul, Malaysia memiliki semangat, jiwa dah roh yang tersendiri. Semua ini diwarisi daripada semangat, jiwa dan roh yang bernama Melayu dan Islam. Sewaktu perisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, British menyerahkan kembali negara yang dinaungi atau dijajah mereka kepada sembilan orang raja-raja Melayu dan Tunku Abdul Rahman sebagai perdana menteri yang mewakili seluruh rakyat.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Ogos 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:43:25 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.