Dewan Sastera Julai 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Tahniah SN Kemala
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Tahniah Kemala - Sasterawan Negara ke-11
Halimatus Sa'adiah Asri

 Sudut Penulis untuk Semua
Hamiza Hashim

Karya Terbaik dalam Dewan Sastera
Nazri Mohamad Salleh

Adam dan Hawa
Ismail Restu

 

Bahasaku Budimu Tak Ternilai
M. Ashikin

 

Betapa
Wadi Leta S.A

Masih Mencari
Abdullah AR

 

Pesan Abu Bakar

Rahman Shaari

 

Hanya Pasir Memasuki Hati

Roslan Jomel

 

Ketika Kakinya Tinggi Melompat
M. Arif

 

Cinta Daun-daun

Mabulmaddin Shaidan

 

Malam
Juri Durabi

 

Kisah Semalu dan Sebuah Malu
A.Halim Ali

 

Di Pantai Ini Telah Terbuka Jendela
Malim Ghozali PK

 

Di Pasir
Marsli N.O

 

Puisi Khas
Pelarian
Baha Zain

 

Kebaya Sulam Kerawang
Siti Zainon

 

Puisi Pilihan
Kemala (Sasterawan Negara)

 

Ujana Klasik
Gurindam Nasihat
Ahmad Hamzah

 

Drama
Pending Numera
Kemala (Sasterawan Negara)

 

Cerpen
Kecubung Ungu
Kemala (Sasterawan Negara)

 

Bendang
Lee Keok Chih

 

Mengapakah Dunia Tidak Memerlukan Adi Wira
Roslan Jomel

 

Watikah Hati
Noraini Eslah
 

Puisi Bulan Ini
Sanjak Si Renta
Pharo Abdul Hakim

 

Penaka Debu Maya
Raihani Mohd. Saaid

 

Warkah untuk Tanah Melayu dari al-Aqsa( (1)
Nisah Haron

 

Masa Lalu
Adi Muara


Air Mata Bukan Nilainya
Anis

 

Aleesya Nur Amani
Shukri Abdullah

 

Paleoalam Sungai Batu
Puzi Hadi

 

Berilah Laut kepadaku
Muhammad Haji Salleh

 

Di Luar Angin Kencang
Jaafar Hasny

 

Penyembah dan yang Disembah
Nahmar Jamil

 

Akulah, Pelaut Hidup
Chai Loon Guan

 

Kalau Sudah Kasih
Raja Yusof Arifin

 

 

Monolog  Kecil
 Sepasang Tangan Tawi di KLCC
Baha Zain

 

Kegiatan Sastera
 Seni Kata Lagu Dinilai untuk HSPM

 

Fokus
Merenung Kesusasteraan Melayu Malaysia Mutakhir
Ahmad Kamal Abdullah (Sasterawan Negara)

 

Isu dan Gaya dalam Sajak "Lidah Ibuku" Karya Kemala
 Rahman Shaari

 

KEMALA Penyair Hijrah
 Arbak Othman

 

Ulasan Buku
Lisan dan Tulisan: Teks dan Budaya


Peradaban Melayu Timur Laut
'Ulum al-Hadith

 

 Takmilah dalam Novel Melayu

 

Bicara Karya
Wangi Namanya dengan Sajak Islami
A. Zainoor Ismail

 

Selingkaran Bundaran Kata
Tracy Chevalier: Pengarang Novel Theh Girl with the Pearl Earring
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Necati Cumali yang Serba Boleh dan Paling Prolifik
Bukhari Lubis

 

Pabila Hujan Turun
Eksperimentalis
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Sastera Tradisional
Melentur Stereotaip Gender Wanita
Noriah Taslim

 

Benteng
Migrasi ke Selatan
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Daripada Editor

TAHNIAH SN Kemala

 

Sasterawan Negara ke-11 telah pun diumumkan pada 3 Mei 2011. Pengumuman itu telah menjawab segala teka-teki yang menjadi tanda tanya penulis tanah air, siapakah gerangan yang bertuah menerima Anugerah Sastera ini? Kali ini rezeki berpihak kepada Kemala atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Abdullah. Biarpun  dalam penulisan kreatif, Kemala menulis dalam semua genre, tetapi Kemala lebih dikenali dalam genre puisi. 
   Kepenyairannya berkembang terus dari zaman mudanya hinggalah ke zaman kematangannya, dan sajak-sajak Kemala turut matang bersama-sama kematangan usianya. Kemala sangat berhati-hati dalam pemilihan kata-katanya dan setiap kata itu mempunyai getar rasa yang membawa makna perasaan dan jiwanya. Maka, Harry Aveling, pensyarah Jabatan Pengajian Indonesia dan Melayu, di Universiti Monash, Melbourne, Australia, dalam kata pengantar buku kumpulan puisi Kemala berjudul Pelabuhan Putih, mencatatkan, “Membaca puisi Kemala, kita menjadi pembaca buku yang tak berhuruf, penatap buku yang tak berhalaman, pencinta buku yang tak bertinta, dan peneliti buku yang tak bergambar”.  Demikianlah kehebatan Kemala dari kaca mata pengkaji antarabangsa. 
   Biarpun, seperti penulis lain, dalam mencari identiti diri dalam penulisan pada peringkat awal dahulu, para pengkaji mengatakan sajak beliau banyak menerima pengaruh Usman Awang, tetapi Kemala gigih mengeluarkan dirinya daripada tuduhan itu. Lantaran itu setelah munculnya sajak  “Kaktus-kaktus” beliau dapat merasakan begitu yakin bahawa beliau telah berjaya meninggalkan pengaruh Usman Awang. Keyakinan itu semakin bercambah dengan munculnya sajak “Meditasi” yang mendapat banyak pandangan pengkaji sastera. Selepas itu Kemala konsisten dalam pengkaryaannya, khususnya dalam penulisan sajak ketuhanan yang menjadi asas kukuh penulisannya sejak hingga ke kini.
   Selain hebat dalam penulisan kreatif, Kemala juga sangat berwibawa dalam kajian kesusasteraan bandingan. Beliau berjaya menghasilkan banyak makalah ilmiah sastera bandingan yang menjadi minat dan kekuatannya sebagai penyelidik sastera. Kemala dikenali bukan sahaja di dalam negara, beliau juga dikenali di rantau Nusantara dan Antarabangsa. Sesungguhnya selayaknya beliau dinobatkan sebagai Sasterawan Negara tanah air. Sidang editorial mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sasterawan Negara Dato’ Dr. Ahmad Kamal Abdullah atas penganugerahan ini.

 

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS 

Merenung Kesusasteraan Melayu Malaysia Mutakhir

oleh: Ahmad Kamal Abdullah (Sasterawan Negara)

 

Sasterawan Melayu di Semenanjung Tanah Melayu pada zaman penjajahan sinonim dengan gelaran pejuang kemerdekaan. Jika tokoh politik melawan penjajahan secara nyata, bersuara nekad dan lari ke hutan bergerili, tetapi sasterawan, penulis dan jurnalis menjadikan sastera sebagai “alat untuk menentang penjajahan, mencapai kemerdekaan, menentang tahayul, menentang penindasan” seperti yang dimaktubkan oleh ASAS 50.  Keris Mas salah seorang pemukanya yakin bahawa bergerak dalam seni budaya juga membawa erti yang besar dalam pembinaan rakyat, dan tidak kurang juga maknanya berbanding dengan ahli pergerakan politik. Maka tidak hairanlah sekiranya pengaruh A. Samad Ismail dan Ishak Haji Muhammad atau dikenal dengan panggilan Pak Sako kepada gerakan massa di Semenanjung Malaysia amat besar.  A. Samad Ismail dikenal sebagai strategis dan menjadi otak di belakang ASAS 50. Dia juga menulis cerita pendek bernafas “orang perjuangan” dan kemudian menulis novel mengisahkan pengalamannya di penjara dalam Tembok Tidak Tinggi. 
   Ishak Haji Muhammad yang pada mulanya menjadi Majistret pada zaman Inggeris, meninggalkan kerusi kehakiman kerana lebih berminat menjadi wartawan dan pengarang. Daripada buah tangannya lahir Anak Mat Lela Gila dan Putra Gunung Tahan. Ishak dikenali sebagai penulis versatil kerana akrab dengan kehidupan rakyat. Dia beberapa kali dipenjarakan.  Bagi saya, Ishak dengan dua novelnya yang berhasil itu sudah layak memenangkan Anugerah Sastera Malaysia yang pertama mendahului Keris Mas. Tetapi mungkin sikap politik dan ideologinya “tak memungkinkan ahli panel kerajaan Malaysia” memenangkannya. Panel mencari orangnya, sejauh ini ada 10 orang kesemuanya; Keris Mas, Shahnon Ahmad, Usman Awang, A. Samad Said,  Arena Wati,  Noordin Hassan, Abdullah Hussain, Muhammad Haji Salleh, S. Othman Kelantan dan Anwar Ridhwan. Walaupun Ishak tidak dianugerahi Sasterawan Negara (SN),  sebelum meninggal, Ishak diberikan Doktor Honoris Causa dari Universiti Malaya (UM) dan Keris Mas juga menerima dari Universiti Sains Malaysia (USM). Usman Awang juga menerima Doktor Honoris Causa dari UM, manakala Masuri S.N. menerima dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Julai 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:44:13 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.