Dewan Sastera Mei 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Hikayat Merong Mahawangsa yang Dipinggirkan?  Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Ruang dan Peluang Penulis Muda
Ridzuan Kamis

 10 Tahun, Penantian yang Tidak Sia-sia
Nimoiz T.Y

Panduan Hidup
Nazri Mohamed Salleh

 

Tanah Semakin Merekah

Naapie Mat

 

Nama Aku Melayu

Sharrul Rizal Hashim

 

Api dan Batu

Norasikin Mohd Remli

 

Musafir
Norhisham Mustaffa

 

Telaga di Dasar Lautan

Abizai

 

Persidangan Pusaka
Aminuddin Ali

 

Mengusik Interlok - Umpama
mengusik Harimau Tidur
Ismail Restu

 

Ibu Kau Ratu Hatiku
Hajah Kasmah Jumat

 

Puisi Khas
Cermin Kedewasaan
Baha Zain

 

Puisi Pilihan

  Husna Nazri

 

Ujana Klasik
Pembuka dan Penutup Bicara
  Azlan Shah Abu Bakar

 

Drama
Jarum Nafsu
Amelia Hashim

 

Cerpen
Pendeta dan Pohon Purbawi
Husna Nazri

 

Menambat Hidayah
Shapiai Muhammad Ramly

 

Sitrus dan Strawberi di Seville
Ranofla Dianti Irwan

 

Jalan untuk Zetti
Rahman Shaari
 

Puisi Bulan Ini
Tentang Katak, Ketam, Sesumpah
Zaiton Ajamain

 

Adakah
Kemala

 

Mata
Suhaimi Haji Muhamad

 

Nyiur Pattani

A. Aziz Deraman
 

Ambisi
Abd. Razak @ Rezeki Othman
 

Lengkung Pelangi
Darma Mohammad

 

Antara Angin, Lalang dan Padi
Suria Janib

 

Akhirnya Kutemui Puisiku
Saifullizan Yahaya

 

Seekor Ular dan Penghuni Belantara Minda
M. Arif

 

Kalau-kalau
Aladin Mohamad

 

Hagia Sophia dan Aya Sophia
Sheila RS

 

Bongai
Mahaya Yassin

 

Kemuliaan
Nassury Ibrahim

 

Sandarkan Diri ke Dinding Ini
A. Ghafar Bahari

 

Monolog  Kecil
 Kehidupan yang Aneh Tidak Mesti Sia-sia
Baha Zain

 

Fokus
Hikayat Merong Mahawangsa Karya
Historiografi Melayu Tradisional
Siti Hawa Haji Salleh

 

Hikayat Merong Mahawangsa: Perbandingan Antara Teks dengan Filem
 Saifullizan Yahaya

 

Ulasan Buku
Kalam Permata

Lingusitik dan Pembudayaan Bahasa Melayu


Kompang
100 Persoalan Mengenai Infertiliti

 

Benteng
Diaspora dan Karya Sastera 
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Kajian
 Pemikiran Azizi Hj. Abdullah Tentang Wanita
Siti Hajar Che Man

 

Karyawan Bulan Ini
Husna Nazri: Penyair dan Cerpenis Baharu di Terengganu
Sharif Putera

 

Karya Ibarat Sungai Tarbiah yang Mengalir
Husna Nazri

 

Bicara Karya
Kota Intifadah dari aspek " Rasa Takwa"
Menurut Model Rasa Insaniah
Marsili N.O

 

Selingkaran Bundaran Kata
Teori Rasa Bharata Muni
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Reaksi
 Menyusur Akal Mula:
Pengarang dan Apa yang Dibaca
Nisah Haji Haron

 

Pabila Hujan Turun
Mencari Pemikiran
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Sastera Antarabangsa
Yusuf al-Siba'i Sasterawan Era Diktator
Hafid|Imam Iman

 

Sastera Tradisional
Cerita Tentang Wanita: Wanita Sebagai Protagonis
Noriah Taslim

 

Daripada Editor

Hikayat Merong Mahawangsa yang Dipinggirkan?


Hikayat Merong Mahawangsa ialah hikayat yang meriwayatkan salasilah kerajaan negeri Kedah. Hikayat ini kisahnya dibina secara tersusun dan peristiwa-peristiwa kejadiannya disisip mengikut perjalanan waktu yang kronologis, menjadikannya menarik dihayati dan mudah difahami. Dapat dirumuskan bahawa pengolahan cerita dalam Hikayat Merong Mahawangsa bermula dengan pemusnahan angkatan Merong Mahawangsa oleh Geroda, diikuti dengan episod kezaliman Raja Bersiung dan akibatnya dan seterusnya episod perebutan kuasa Mentari Kelana Hitam. Ketiga-tiga episod ini memperlihatkan peristiwa-peristiwa yang bermotif, kebaikan lawan kejahatan sebagai krisis kehidupan. 
   Seterusnya ceritanya dibina pada pengisahan perjalanan Syeikh Abdullah  Yamani dan penghulu iblis dan episod ini memberikan jawapan kepada sebab-sebab berlakunya krisis. Akhirnya, hikayat ini disudahi dengan episod kisah pengislaman Phra Ong Mahawangsa yang berdiri sebagai “penyucian” kepada segala kepincangan yang berlaku dalam perjalanan kehidupan kerajaan negeri Kedah (jurai-jurai keturunan raja-raja Kedah).
   Biarpun Hikayat Merong Mahawangsa ialah naskhah sastera tradisional yang mudah difahami berbanding dengan hikayat-hikayat lain seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan Sejarah Melayu tetapi Hikayat Merong Mahawangsa ini agak terabai dan jarang-jarang diperkatakan para pengkaji sastera. Adakah kerana hikayat ini dibangunkan dengan pelbagai unsur legenda dan mitos terutama tentang raja bersiung dan burung geroda yang tidak dapat diterima oleh lojik akal, maka banyak pengkaji mengetepikan keistimewaan hikayat ini? Sedangkan setiap kejadian yang aneh dan luar biasa itu sebenarnya tersemat rahsia kehidupan dan kekuasaan Yang Satu dan penghayatan terhadap kejadian alam. 
   Memang benarlah seperti kata pepatah Melayu “Hanya jauhari yang mengenal manikam”, maka hanya pengkaji dan peneliti sastera yang tahu menilai keistimewaan dan kehebatan Hikayat Merong Mahawangsa ini sahaja yang sanggup dan berminat mengkajinya, di tanah air kita pengkaji sastera yang mengusai hikayat ini ialah Dato` Profesor Siti Hawa Haji Salleh. 
   Kesedaran akan kehebatan hikayat ini juga membuatkan KRU Studios memfilemkan Hikayat Merong Mahawangsa pada 10 Mac 2011 yang lalu dengan judul bahasa Inggerisnya The Malay Chronicles: Bloodlines. Berkesempatan dengan penayangan filem Hikayat Merong Mahawangsa ini, Dewan Sastera memfokuskan isu hikayat ini bagi meningkatkan pengetahuan pengetahuan pembaca terhadap hikayat ini dan melihat sejauh mana kejayaan kerja pengadaptasian naskhah hikayat ini ke layar perak.

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS      

Hikayat Merong Mahawangsa Karya Historiografi Melayu Tradisional
OLEH: SITI HAWA HAJI SALLEH



Berdasarkan beberapa teks dalam genre pensejarahan tradisional ini, sesebuah teks historiografi wajar mengemukakan sekurang-kurangnya satu atau beberapa atau kelima-lima ciri yang dikemukakan seperti berikut:
• Menceritakan asal usul Raja.
• Mengemukakan jurai keturunan Raja.
• Menceritakan kisah pembukaan negeri berkaitan.
• Menceritakan bagaimana Islam mula-mula tiba ke negeri itu.
• Menceritakan bagaimana keadaan negeri berkenaan di akhir penulisan itu.

   Dapat dilihat dengan jelas benang sejarah yang mengikat kelima-lima ciri penulisan sejarah Melayu tradisional ini. Tanpa pentarikhan dan kekurangan bukti-bukti yang nyata atau objektif, pengarang pensejarahan Melayu tradisional amat bergantung kepada unsur mitos dan legenda untuk meyakinkan audiensnya, terutama Raja dan golongan bangsawan zamannya. 
  Di sini kita merujuk kembali kepada pernyataan bahawa pengarang pensejarahan tradisional amat yakin dengan bukti sejarah bersifat subjektif jika dibandingkan dengan bukti sejarah yang bersifat objektif. Isu masa dan kepercayaan masyarakat zaman itu yang menggalakkan pengarang berbuat demikian. Mitos dan legenda yang memainkan peranan membentuk konsep sejarah yang digunakan untuk menyampaikan pensejarahan tersebut. 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mei 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:44:43 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.