Dewan Sastera Mac 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Pengembaraan Intelektual "Si Tenggang 11"
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Menarik Tentang Sastera Kanak-kanak
Al Ghazali Sulaiman

 Pentingnya Ruangan Analisis Sajak dan Cerpen
Aladin Mohamad

Air yang Menitis
Abdullah AR
 

Apa yang Tinggal, Siapa yang Kekal
Onn Abddullah

 

Mimpi-mimpi Memanjang
Fudzail

Gua Perongrong Dura
Hazwan Ariff Hakimi

Osama - Obama
Abdul Hadi Yusoff

 

Rumah Suluk
Nabel Abu Bakar

 

Perpaduan Payung Negara
Mashikin

 

Jangan Jadi Seperti
Ehsan Jamily

 

Sinar Matahari dalam Syair Ombak
Mohd. Hashim Osman

 

Alam Terus Berduka
Nordin Saad

 

Apabila Melihat Hujan
Peter Augustine Goh

 Isteri Pak Pandir
Jamilah Haji Hashim

 

 Si Kitul
Mazli Ali

 

 Keangkuhan: Tega Meminjam Tangan Tuhan(II)
Ibrahim Ghaffar

 

 Hanya dalam Doa
Nawawee Mohammad

 

Puisi Khas
Si Jendela Tahun
Baha Zain

 

Puteri Zarith Gangga
Siti Zainon Ismail

 

Puisi Pilihan
Muhammad Haji Salleh 

 

Ujana Klasik
Pantun Kenapa?
Abd. Halim R

 

Drama
Dogma Biola dengan Akodium
Wan Ahmad Ismail

 

Cerpen
Ceritera Aidilfitri
Fatimah Busu

 

Tentang KPI
Kamariah Haji Kamaruddin

 

Bahtera Purba
Osman Ayub

 

Renjana
Azmah Nordin
 

Puisi Bulan Ini
"Tidak Mahu Kuwariskan Derita Darah Ini." Katanya
Irwan Abu Bakar

 

Mudik ke Hulu Sungai
Pharo Abdul Hakim

 

Di Malam Itu
Mohamad Shahidan

 

Sekujur Tubuh Toleransi
W.B. Rendra

 

Apa
A. Ghani Abdullah

 

Senyumlah
Shahruddin Ismail

 

Bendang Pun Menjadi Padang
Adnan A.M.

 

Membuka Padi di Lorong Kulit
Sahrunizam Abdul Talib

 

Cinta
HMS Abu Bakar

 

Sehelai Daun Kering
Kho Thong Eng

 

Di Senja Peninggalan
Nor Jamilah Mohd. Noor

 

Monolog  Kecil
 Sastera Politik: Mempolitikkan Sastera
Baha Zain

 

Karyawan Bulan Ini
Saya Pilih Puisi
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Fokus
"Si Tenggang" di Gelanggang Pascakolonial Pencarian Jati Diri dan Kelestrian dalam Karya Muhammad Haji Salleh)
MD. Salleh Yaapar

 

"Dialogism" Bakthin: Muhammad Haji Salleh di Pentas Hikayat Hang Tuah
 Hashim Ismail

 

Ulasan Buku
Memori Abadi

Hanya Makna

Mengetuk Pintu Langit

Bagaimana Saya Menulis

 

Benteng
Mendefinasi Bangsa
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Pabila Hujan Turun
Sungai
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Sastera Antarabangsa
Nima Yushij: Bapa Puisi Moden Parsi (Iran)
Bukhari Lubis

 

Sastera Tradisional
Raja Kecik Menurut Hikayat Siak
Noriah Taslim

 

Kajian
 Mahabbah dari Perspektif Fenomenologi
Hasni Jamali

Daripada Editor

Pengembaraan Intelektual “Si Tenggang 11”

Muhammad Haji Salleh ialah salah seorang Sasterawan Negara yang masih prolifik menulis. Dengan anugerah kesihatan yang baik oleh Allah, beliau masih mampu mengembara membawa fizikalnya dan pemikirannya bagi mencari idea dan bahan penulisannya. Maka itulah, selama beliau menjadi kolumnis Dewan Sastera, dalam ruangan “Selingkar Bundaran Kata” banyak kisah dan aktiviti perkembangan kepengarangan luar negara dapat pembaca ikuti.
  Sasterawan Negara yang meminati sastera lisan dan teori kesusasteraan ini meneruskan pengembaraannya menjelajahi teori kesusasteraan Eropah. Bermula dengan langkah meninjau teori formalisme Rusia, dan di sinilah beliau menjejaki teori fenomenologi, dekonstruksi/pascamodenisme dan juga pascakolonialisme. Muhammad Haji Salleh akhirnya menemui teori historisme baharu yang merealisasikan impiannya untuk memerdekakan sasteranya daripada jajahan pengaruh dan pemikiran Barat, iaitu dengan menyeret pembaca dan pengkaji sastera membaca karya  dan memikirkan kesan karya dari konteks sejarah dan tradisi kepengarangannya sendiri.
   Muhammad Haji Salleh bukan hanya dikenali kerana karya besarnya dalam bidang kreatif, tetapi beliau juga tersohor kerana hasil kajian dan penelitiannya dalam bidang sastera. Maka itulah Dewan Bahasa dan Pustaka mengadakan Seminar Pemikiran SN Muhammad Haji Salleh, pada 9 – 10 November 2010 dengan bertemakan “Pemikiran Muhammad Haji Salleh Citra Intelektualisme Melayu”. Sesungguhnya Muhammad Haji Salleh, ialah model intelektualisme Melayu yang menarik anak warisan kembali ke akar umbinya, menjadi seperti dirinya yang mengagungkan Barat akhirnya kembali menjulang tradisinya – hingga beliau menggelar dirinya “Si Tenggang 11”. Semua cerita tentang pengembaraan intelektual  “Si Tanggang 11” itu dapat pembaca ikuti dalam ruangan fokus Dewan Sastera.
  Dalam perjuangan menafikan penggunaan bahasa Inggeris dalam Pembelajaran Matematik dan Sains, “Si Tanggang 11” ini juga yang menjadi pendekarnya, memencak silat berjuang mengembalikan martabat bahasa Melayu ke tempat  yang sepatutnya; “Bahasa Melayu dijunjung dan bahasa Inggeris memadai dikelek” bagi menyeimbangkan kejayaan dalam kehidupan bersesuaian dengan zaman.


Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS          

“Dialogism” Bakhtin: Muhammad Haji Salleh  di Pentas Hikayat Hang Tuah

Oleh: Hashim Ismail

Penelitian terhadap penulisan Sasterawan Negara, Muhammad Haji Salleh menunjukkan beliau pengagum kepada Hikayat Hang Tuah (HHT). Daripada kumpulan esei Cermin Diri – Esei-esei Kesusasteraan (1986), Yang Empunya Cerita: The Mind of The Malay Author (1991), Menyeberang Sejarah – Kumpulan Esei Pilihan (1999) sehingga Permata di Rumput, Gilang Sastera Sebagai Ruang Bangsa (2008), Muhammad meneroka secara mendalam berkaitan aspek kepengarangan Melayu, jelira seni HHT sebagai karya agung Melayu. Selain itu juga, Muhammad turut menjadi pengagum kepengarangan pantun Melayu dan teks Sulalat al-Salatin. 
 “Dialogism” atau “dialogika” dipilih sebagai perspektif kerana kecenderungan Muhammad memilih pendekatan ini dalam makalahnya. Muhammad membahaskan Puitika Sastera Melayu, kepengarangan Melayu dari sudut estetika, pengarang, teks dan khalayak selari dengan kesejagatan inspirasi prinsip “dialogism”. Bukan hanya bahasa pelaku yang berdialog, tetapi makna yang dihujah oleh pengarang membentuk kitaran “dialogism” terhadap fenomenologi masyarakat dari segi sejarah dan budayanya. 

.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:45:21 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.