Objektif Penubuhan

OBJEKTIF:

Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) adalah seperti yang berikut:

  • Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
  • Memperkembang bakat sastera dalam bahasa kebangsaan.
  • Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk-bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain.
  • Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
  • Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
  • Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa.
SUMBER KUASA :
  1. Perlembagaan Persekutuan
  2. Akta 213 -  Akta Dewan Bahasa dan Pustaka, 1959 (Disemak 1978)
  3. Akta A930 Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (Pindaan dan Peluasan 1995)

 


Kemaskini pada 2022-01-27 11:49:25 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.