Dewan Sastera Februari 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Shahnon Ahmad yang Tersohor
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Menghormati Tugas Editor  
Ghazali Din

40 Tahun Dewan Sastera
Ahmad Hamzah

Sudirman Haji Arshad
Zabidin Haji Ismail

Ketika di Masjid Amir Hamzah
A Rahim Abdullah

Taman Teknorat
Norasikin Mohd Remli

Penjerat
Ahmad Sarju

Pangkor, Nostalgia 1
Puzi Hadi

 

 

Puisi Khas
Gunung
Di Desa Global: Sempadan yang Luntur
Baha Zain
 

Ujana Klasik
Pantun Berkat Budaya Bangsa
Abd. Rahim Omar
 

Drama
Dogma Biola dengan Akodium
Wan Ahmad Ismail
 

Cerpen
Hikayat Tuntung Pasir Berdengung
Ghazali Lateh
 

Kocak di Rimba
Jong Chian Lai
 

Tubuh Tanpa Aura
Azizi Hj. Abdullah
 

Lembu Oh Lembu!
A.Jalili Alimon
 

Puisi Bulan Ini
Suara Sungai
Zaiton Ajmain
 

Nadi Bahasa
Arbak Othman
 

Suara-suara
Ismail Restu
 

Bicara Keranda 152
Animas AR
 

Warkah Buat Bonda
Salmiah Ismail
 

Keinsafan
Azaika SR
 

Pengantin Dunia
Aziz Saudagar
 

Dendam
Rizuan Kamis
 

Dari Nyali Sukma
Wan Marzuki Wan Ramli
 

Serangkai Mimpi daripada Tawarikh Silam
Ali Jusoh
 

Melegakan Hakikat
Ariff Mohamad
 

Siapakah Kita?
Jusoh Ahmad

 

Monolog  Kecil
 Menaksir Makna Kejujuran dan Pendirian Seniman
Baha Zain

 

Reaksi
Rahmat di Sebalik Krisis Interlok
Rozninah Abd. Azib

 

Sastera Antarabangsa
Kontroversi Istilah "Negro"
Faisal Tehrani

 

Abdullah Isa al-Salamah Sasterawan Ukazh
Zarimah Mohd Zakaria

 

Fokus
Hadiah Sastera MASTERA Pengiktirafan Kesusasteraan Serantau
Zaiton Ajmain

 

Shahnon Ahmad: Sasterawan Merentas Zaman
 Nur Fatiha Fadila Abu Bakar

 

Kajian
 Naratif Apokaliptik dalam "Sungai": dalam Refleksi Krisis Alam Sekitar
Sohaimi Abdul Aziz

 

 Desa Pingitan Pengungkapan Etnosentrisme Melayu yang Menjadi
Malim Ghozali PK

 

 Interpretasi Teknik tuturan dalam Sajak-sajak Dewan Sastera
Arba'ie Sujud

 

 Ulasan Buku
Malaysia Cintaku yang Pertama

 

Parasit dan Sesudah Perang

 

Pesan Bonda

 

Dengarlah Ini Sayang

 

Reaksi
 Menempah Ruang Sepanjang Landasan
Amelia Hashim

 

Selingkar Bundaran Kata
Amin Sweeney Pemikir Sastera Lisan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Benteng
Mempersenda Tuhan?
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Tabir Hayat
Pengarang Desa Pingitan Pulang ke Rahmatullah
Aminudin Mansor

 

Sastera Tradisional
Agenda Pengarah di Sebalik Episod Epilog dalam Hikayat Raja Pasai
Noriah Taslim

 

Pabila Hujan Turun
Jalan
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

Daripada Editor

Shahnon Ahmad yang Tersohor


Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Tatkala beliau mengisytiharkan tulisan terakhirnya untuk ruangan khasnya “Pabila Hujan Turun” dalam Dewan Sastera, banyak pembaca Dewan Sastera yang memberikan respons, berasa amat kehilangannya. Apabila beliau kembali semula menulis setelah hampir setahun berehat, kehadiran karyanya dalam ruangan “Pabila Hujan Turun” mendapat sambutan yang baik. 
  Shahnon yang sudah kukuh identiti penulisannya sukar diganggu-gugat kedudukannya dalam persada sastera tanah air. Biarpun beliau sudah dimamah usia, tetapi karyanya masih segar dari segi nilai estetika, falsafah kehidupan dan pemikiran. Karyanya sentiasa diasosiasikan makna-maknanya di sebalik cakerawala yang menjadi perlambangan. Karyanya sentiasa disarati dengan makna yang jauh tersirat di sebalik cerita, dan sukar ditaksir kecuali dengan penghayatan mata hati.
  Kehebatannya terbukti lagi apabila Mahabbah memenangi Hadiah Sastera MASTERA. Novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007 ini cuba menyedarkan pembaca kepada konsep insaniah; rasa keinsanan yang lahir dalam diri secara ikhlas dan penuh kesedaran tanpa paksaan daripada mana-mana pihak. Dengan menggabungkan unsur imaginatif dan kreatif, pembaca novel ini bagaikan dibawa oleh Shahnon merasai secara realiti ambang sakaratulmaut yang cukup mendebarkan hingga dibawa ke saat penghujung nyawa dengan menelusuri laluan igauan pada masa lalu dan pada masa kini, iaitu ketika berada di alam barzakh.
  Membaca novel ini seperti mengikuti kisah sebenar yang sedang dihadapi oleh Shahnon, yang disisip pada watak Endar, yang menjadi watak utama. Endar penghidap penyakit Myasthenia Gravis (MG) sama seperti yang dihidap oleh Shahnon. Dengan garapan antara realiti, imaginasi dan fantasi, Mahabbah memberikan pengertian tentang kehidupan dan perjuangan antara manusia sebagai hamba Allah dengan Allah, Penciptanya. 
  Mahabbah menurut laporan panel penilai Hadiah Sastera MASTERA merupakan karya kreatif yang bukan sahaja berasaskan konsep hablumminnannas tetapi lebih berkonsepkan penampilan vertikal terhadap hubungan manusia sebagai khalifah yang bertanggungjawab terhadap dirinya sebagai hamba dengan Penciptanya. Kekreatifan menghasilkan Mahabbah menonjolkan keupayaan pengarang meneroka alam metafizik dan kewujudan diri sebagai insan yang menuju husnulkhatimah yang menjadi nadi perjuangan penulisannya.

Rozninah Abd. Azib

 


FOKUS          

Hadiah Sastera MASTERA
Pengiktirafan Kesusasteraan Serantau

Oleh: ZAITON AJMAIN

Para sasterawan Malaysia pastinya menginginkan penghargaan atau pengiktirafan yang bertaraf dunia. Selain menerima anugerah S.E.A. Write Award, yang sering kali disebut ialah Nobel Prize. Namun, pengiktirafan pada peringkat serantau juga sewajarnya dinantikan. Terdapat tiga bentuk pengiktirafan pada peringat rantau bertaraf antarabangsa, iaitu Hadiah Sastera MASTERA (penghargaan terhadap karya), Sasterawan Muda MASTERA (penghargaan kepada tokoh sasterawan muda) dan Anugerah Sastera MASTERA (penghargaan khusus untuk sasterawan mapan).
  Program pengiktirafan yang diusahakan secara kerjasama oleh negara pendiri Majlis Sastera Asia Tenggara ringkasnya MASTERA sejak tahun 1999 semacam dilupakan, malah diketepikan oleh sesetengah pihak. Kealpaan terhadap MASTERA mungkin disebabkan pengiktirafan ini hanya didengar hampir tiga tahun sekali. Sungguhpun promosi tentang MASTERA dihebahkan melalui pelbagai media atau kaedah, antaranya melalui laman web Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), surat pemakluman kepada para penerbit sebagai pelawaan untuk mengemukakan atau mencalonkan karya terbitan untuk dinilai. Namun demikian, didapati para penulis atau sarjana masih semacam melihatnya dengan sebelah mata sahaja. Seolah-olah mereka menyerahkan segala-galanya kepada pihak urus setia program ini untuk mendapatkan karya terbit dalam tahun penilaian. Sikap menunggu ini tidak sewajarnya berterusan diamalkan. Berdasarkan pemerhatian, sungguhpun hadiah yang disediakan bagi karya yang memenangi Hadiah Sastera MASTERA ini cukup lumayan, namun masih kurang mendapat respons para sasterawan. Hadiahnya masing-masing bernilai RM10 000 berserta sijil dan plak.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Februari 2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:46:13 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.