Dewan Sastera Januari 2011

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Penerus Wadah Sastera
Rozninah Abd. Azib

Surat Kepada Editor
Perlu Ulasan Puisi Bulan ini dalam Dewan Sastera
Mohsien Talib

Ruangan Ulasan Puisi dan Ulasan Cerpen Diwujudkan Kembali
Wadiassofi Jaafar

Mahu ke Mana 
Ali Jusoh

 

Ketukan Pintu Itu
Adib Hassan

 

Penerbangan Cinta
Jamaludin D

 

Di Atas Peta, Melbourne Tidak Pernah Sama Gua Ini
Faisal Tehrani

 

Sekeping Kaca
Aladin Mohamad

 

Pelangi
Hanis NS

 

Segala yang Berlaku Itu
A. Ghani Abdullah

 

Lelangsa Bicara
Huzaifah Zulfakar

 

Di Atas Tapak Tangan Itu
Ja'afar Haji Hamdan

 

Di Masjid Perth
Abham T.R

Saadah (Kebahagiaan)Nahmar Jamil

 

Puisi Khas
Puisi Pilihan
Lim Swee Tin

 

Puisi Pilihan
Zaen Kasturi

 

Sebutir Bintang di Cakerawala
Baha Zain

 

Tun Terang
Siti Zainon Ismail

Ujana Klasik
Syair Belaian Kasih
Latifah Mohd. Sabli

 

Drama
Dogma
W.B. Rendra 

 

Cerpen
Simpang Tak Ketemu Jalan
Zaen Kasturi

 

Ketika Berlabuhnya Tirai Senja
Saadiah Hj. Ibrahim

 

Aku Pulang
Jaafar Hasny

 

Yang Pergi Tidak Kembali Lagi
Muhd. Mansur Abdullah

Puisi Bulan Ini
Catatan di Bangkok 1
Zaiton Ajmain

 

Pengutip Bunga Hayat
Naapie Mat

 

Busur
Wall Leta S.A

 

Ombak-ombak Hayat
Solihin Osman

 

Mengorak Langkah
Rejab F.I

 

Catatan Akhir Januari
Marsli N.O

 

Usia
Nassury Ibrahim

 

Sesuatu dari Masa Lalu
Norhisham Mustaffa

 

Bukan Sehari Kita Bermukim di dalam Gua 
Salman Sulaiman

 

Ruangan Khas

 Membaca Kembali 12 Dewan Sastera 40 Tahun Dahulu
Baha Zain

 

Majlis Penyampaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia ke-19

 

Fokus
Dunia korporat Menangani Minggu S.E.A Write Award Soleha Ishak

 

Ucapan Pemenang S.E.A Write Award
Zaen Kasturi

 

Menelusuri Perjalanan Kalbu dalam Katarsis
Lim Swee Tin

 

Merenung Makna Kesepian dalam Iga
Rahman Shaari

 

Meneylami Nada Rapsodi Zaen Kasturi
A.Rahim Abdullah

 

 Ulasan Buku
Di Penjara Pudu

 

Pulang Si Tenggang

 

Tumbuhan Liar Berkhasiat Ubatan

 

Denyutkan Jantung

 

Benteng
Citra Sastera
Anuar Ridhwan (Sasterawan Negara)

 

Sastera Tradisional
Episod Epilog dalam Hikayat Raja Pasai
Noriah Taslim

 

Sastera Antarabangsa
Tawfik Hakim Pelopor Seni Teater
Hafid Iman Iman

 

Sastera Antarabangsa
Meraikan Ana Maria Matute
Faisal Tehrani

Monolog Kecil
Mencari Makna daripada Waktu: 40 Tahun Lalu dan 10 Tahun Kemudian
Baha Zain

Selingkar Bundaran Kata
Mario Varga Llosa
Melukis Kotoran yang Bernama Politik
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

Pabila Hujan Turun
Jujuhnya Sumber Pemikiran
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara) 

 

Daripada Editor

Penerus Wadah Sastera

Januari 2011 bermakna genaplah usia Dewan Sastera 40 tahun; satu usia kematangan jika diukur dengan umur manusia. Dewan Sastera terus menyambung hayatnya biarpun masa berlalu dengan begitu pantas dan zaman berkalih zaman. Dalam zaman teknologi maklumat ini dengan perkembangan penerbitan secara maya Dewan Sastera tetap mempertahan kelangsungan hayatnya dengan penerbitan secara konvensional; penerbitan bercetak. 
  Dewan Sastera bercetak masih menjadi harapan dan buruan penulis untuk menempatkan karya mereka yang menjadi landasan bagi mendapat pengiktirafan kerajaan melalui penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia yang hanya menilai karya bercetak. 
  Keris Mas  yang menerajui Dewan Sastera pernah mencatatkan bahawa “Majalah ini tidaklah berjanji untuk mempunyai kesanggupan mengatasi masalah penampungan karya penulis sepenuhnya. Kuantiti tidak dapat kami selesaikan dengan penerbitan sekecil ini...” Kata-kata keramat ini menjadi pegangan setiap pewaris yang menerajui Dewan Sastera. Bukanlah menidakkan karya penulis tetapi kualiti karya menjadi lambang status quo majalah ini yang tetap dipelihara demi martabat kesusasteraan negara. 
   Salah satu ukuran martabat karya sastera dan pengkaryaannya dinilai melalui pencalonan S.E.A. Write Award. Bagi tahun 2010, Zean Kasturi telah menerima anugerah ini. Bersempena penganugerahan ini Dewan sastera Januari 2011 memfokuskan tentang ketokohan Zean Kasturi.  Lebih bermakna lagi dengan sambutan 40 tahun Dewan Sastera ini Zaen Kasturi juga merupakan mantan editor Dewan Sastera yang pernah menjunjung tanggungjawab yang sama, menjadikan Dewan Sastera wadah kepada semua penulis, khususnya penulis  tanah air.  
   Semoga tahun baharu, 2011 ini akan menyemarakkan lagi semangat penulis untuk terus berkarya. Dalam masa 40 tahun penerbitan Dewan Sastera, kita menyaksikan seorang demi seorang penulisnya kembali ke Negeri Abadi dan munculnya nama-nama penulis baharu seorang demi seorang. Mereka yang dahulunya muda belia, kini telah melangkah dewasa bersama-sama kedewasaan mutu karyanya dan tentu bakal menjadi nama besar; mungkin bakal Sasterawan Negara. Kata orang, di Malaysia setelah menerima S.E.A Write Award bermakna selangkah lagi untuk menjejak anugerah tertinggi kesusasteraan negara, iaitu Anugerah Sastera Negara. Memandangkan Zaen Kasturi merupakan penerima termuda S.E.A. Write Award di Malaysia ini, adakah beliau juga bakal Sasterawan Negara termuda tanah air? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Rozninah Abd. Azib


FOKUS          

Ucapan Pemenang S.E.A Write Award
OLEH: ZEAN KASTURI

Menjunjung kasih buat Duli Yang Maha Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Duli Yang Maha Mulia Puteri Srirasm yang sudi hadir pada majlis yang indah permai ini. Yang dimuliakan keluarga diraja Thailand, yang dihormati para duta dan pegawai-pegawai kedutaan, para penaja, penerima S.E.A. Write Award, pihak sekretariat,  dan para hadirin sekalian.
    Dengan rasa besar hati dan rendah diri, saya menerima anugerah yang amat bermakna ini. Dengan keyakinan bahawa sastera merupakan sebahagian daripada kehidupan masa kini yang diwarnai dengan pelbagai corak pemikiran, yang kadangkala mengheret kita ke jurang alpa untuk mempertahankan akar budaya yang diperturunkan dari zaman ke zaman, maka saya menerima anugerah ini dengan rasa penuh tanggungjawab.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari  2011. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.Untuk membeli dan langganan http://www.dawama.com

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:46:02 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.