Dewan Sastera April 2012

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripada Editor
Merekayasa Perwira
Perkasa
Fadli al-Akiti

Surat Kepada Editor
Kekebalan Dewan Sastera Mesti Dipertahankan
Anjan Ahzana

 

 Daripada Penulis Ikan Seluang
Aladin Mohamad

 

Kalau itu yang Kauimpikan
Wan Marzuki Wan Ramli


Kitab Rindu Rahsia Cinta
Awang karim kadir


Pulau Bidong
Zurinah Hassan


Rindu Bersabda
Tabir Alam


Jika Bangau Boleh Bercerita
Pharo Abdul Hakim


Atmosfera Angkasa
Raymond Majumah


Memburu Gilang-gemilang
Poul Nanggang


Terkoyaknya Sayap Kupu-kupu Kecil
Rosani Hiplee


Pelarian
Jais Sahok

 

 

 

Puisi Khas
Bendera Pertama dan Terakhir
Baha Zain

 

Cik Bedah dari Kedah
Siti Zainon Ismail

 

Ujana Klasik 
Gurindam Sakit
Hilmi Rindu

 

Drama
Sepak 
Roziah Adama

 

Cerpen
Hitam Manis
Roziah Adama

 

Rumah Keluarga
Lee Keok Chih

 

Langit Terbuka
Daeng Ramliakil

 

Penglipur Lara dan Negeri Jenaka
Husna Nazri

 

Puisi Bulan Ini
Lari dari Hutan yang membakar Menemukan Kematian di Asfal
Sohaimi Abdul Aziz

 

Ingatan Kepada
Kawan "xxviii"
Zaen kasturi

 

Menjaja Simpati
Abdul Halim "R"

 

Bagai Asal
idanradzi

 

Anak Gelandangan dan Payung Sekaki
Nordin Saad
 

Kebun Sejarah
Jair Sulai
 

Ketiadaannya di Musim Hujan Petang
Leo A.W.S

 

Samudera di Hujung Jari
Nazim Mohd. Subari

 

Begitulah Manusia
Jaafar Hasny

 

Ke Mana Perginya
Penyair Malam
A.Ghafar Bahari

 

Falsafah Batu Karang
Nahmar Jamil

 

Monolog Kecil
Politik Burung Tukang dengan Nenek Kebayan
Baha Zain
 

Ulasan Buku
Cerita-cerita dari
 Abdullah Munshi
 

Analisis Wacana Arab

Perspektif Edisi Kedua

Hikaya Hang Tuah
 

Fokus
Teras Sejarah Hang Tuah
Fadli al-Akiti dan Fadzli Mohd. Faairuz

 

Pancawajah Hang Tuah dalam Filem Kita
Mohd Arif Atan

 

Kassim Ahmad Asas
Realiti Hang Tuah
Fadli al-Akiti dan Muhammad Lutfi Ishak

 

Karyawan Bulan Ini
Kembara Mencari Pohon Impian
Roziah Adama

 

Selingkar Bundaran Kata
The Soul of Malaya {"Roh Tanah Melayu")
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Reaksi
Dialog Peradaban Melalui Sastera
Victor A.Pogadaev

 

Pabila Hujan Turun
Watak
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)


Sastera Tradisional
"Alamak Hari Nak Siang" Memahami Manusia dan Alam sekitar
Noriah Taslim

 

Kajian
Gaya Bahasa dan Stilistik Teks Sastera
Sahlan Mohd. Saman

 

Bicara Karya
Dunia Nelayan dalam Suara Pelaut
Karya Zambry A.K
Mana Sikana
 

Sastera Antarabangsa
Mustafa Sadiq al-Rafi'e Bersemangat Kental
Hafi d Imam Iman
Ghazi al-Ghosaibi


Penyair, Novelis dan 
Reformis Saudi
Maznan Noordin

 

Nota Editor

Merekayasa Perwira Perkasa


Bayangkan jika Hang Tuah masih ada. Apakah soalan pertama yang akan terpacul dari lidah keramatnya? Adakah seperti Jebat, kerana keadilan, dia akan lepaskan
pendongkok Taming Sari dari sampirnya, mata yang hanya melihat darah? Atau dia akan duduk bertafakur diam, tenang di saf dalam Masjid Jamek di pertemuan dua sungai keruh, merenung manusia yang kini mengelilinginya, memikirkan masa hadapan mereka.
    Hang Tuah dimiliki oleh sejarah, dan sekali gus sastera. Kedua-duanya tidak dapat lari daripada menyebut namanya, mencari maksudnya, menelaah kewujudannya. Berzaman-zaman keris Taming Sari dan perilakunya disebut-sebut,
dikenang-kenang. Imbauan “wira” dan pengertian “perwiraan” itu tidak akan lekang. Pelbagai makam dan telaga meletakkan namanya. Setiap pencari mistik akan mengimpikan kehadirannya dalam dunia malam mereka. Setiap mahaguru silat akan menghormatinya sebagai tuan guru yang mengajar suatu pencak, suatu gerak.
    Hang Tuah hidup pada alaf kemodenan ini sebagai nama jalan bandar raya, perhentian monorel dan Transit AliranRingan, universiti seberang, nama restoran dan anugerah murid cemerlang. Begitulah citra Hang Tuah hidup dalam selirat darah budaya yang sebati dan lancar, waima generasi kini hanya menontonnya di televisyen, membacanya di komik dan resensi hikayat.
    Kini nama, figura dan perwatakan yang disebut-sebut sejarah dan sastera itu dipersoalkan. Suatu penilaian semula sedang berlaku, dengan sedikit janggal, terhadap pemahaman pascamoden sekarang. Fokus April DS kali ini membuka gelanggang, bukan silat, tetapi dagangan akal dan kefahaman berkenaan tokoh yang amat dijulang mata anak watan, baik Malaysia mahupun Nusantara, seterusnya dunia.
      Ruang Dewan Seminar di Menara DBP baru-baru ini berkumandang dengan Forum Sastera “Hang Tuah Wira Bangsa”, mempelawa ruang gelanggang buat Profesor Dr. Khoo Kay Kim yang amat disebut-sebut sebagai pencetus polemik menarik ini. Forum ini disertakan buat fokus bulan ini. Termasuk suatu penelitian semula teks sejarah dan sastera Hang Tuah dengan fi lem “teraju utama” wira bangsa tersebut. Wawancara bersama-sama Kassim Ahmad, tokoh kontroversi sastera, bercakap tentang penelitian hakikat dan kelaziman sejarah Hang Tuah, turut dimuatkan kali ini.
    Yang pasti, Hang Tuah tidak sewajarnya diangkat sekadar hanya menjadi wira Melayu, tetapi bangsa Malaysia sepenuhnya pada milenium ini. Dr. Khoo Gaik Cheng dalam bukunya, Reclaiming Adat: Contemporary Malaysian Film and Literature mendapati betapa kosmopolitannya kota Melaka, dengan pelbagai bahasa dituturkan di pelabuhannya (Hang Tuah sendiri menguasai 12 bahasa) tetapi bertunjang dengan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi utama. Sudah tentu seisi warga pelbagai etnik ini turut menghormati Hang Tuah sebagai laksamana mereka dan melindungi perdagangan mereka di bawah satu titik persefahaman.
 

-Fadli al-Akiti


FOKUS

Pancawajah Hang Tuah dalam Filem Kita
OLEH: MOHD. ARIF ATAN


Tidak keterlaluan jika kita katakan sesuai dengan namanya sendiri, Hang Tuah ialah manusiaMelayu yang amat bertuah sepanjang zaman. Namanya disebut melepasi wilayah geobudaya alam Melayu. Sejak kurun ke-18, teks Hikayat Hang Tuah yang bertulis tangan mulai dikenali di seluruh dunia dan sehingga kini sejumlah kira-kira 20 versi naskhah Hikayat Hang Tuah tersimpan bukan hanya di Malaysia tetapi terdapat juga di Indonesia, England dan Belanda. Pada tahun 1922 pula, Overbeck menterjemah teks Hikayat Hang Tuah dalam bahasa Jerman.
   Semua ini merupakan bukti bahawa manusia Melayu dan seluruh bagasi kebudayaannya itu bukan calang-calang kerana sudah lama melangkah taraf pengantarabangsaan. Citra Hang Tuah sekali gus nilai sosiobudaya Melayu abad ke-15 yang terkandung dalam teks Hikayat Hang Tuah hadir diperkatakan dalam pelbagai wadah bermula kajian ilmiah di universiti, seminar dan persidangan sehinggalah penerbitan buku umum dan cerita kanak-kanak.
  Terdapat dua sisi kecenderungan dalam penilaian citra Hang Tuah. Mematuhi konvensi Hikayat Hang Tuah dengan mengangkat Hang Tuah sebagai wira atau melakukan inovasi tafsiran semula dengan yang paling ketara mengkritik Hang Tuah yang sanggup akur diperbudak oleh nilai feudalisme. Hal inilah yang dapat kita perhatikan dalam sekian banyak tafsiran mengenai sistem nilai dan prinsip hidup Hang Tuah yang berkait rapat dengan ruang zaman yang didudukinya. Menurut P.E. de Josselin de Jong dalam The Rise and Decline of a National Hero (1965) susunan sosiopolitik masyarakat sezaman mempengaruhi tafsiran bahawa Hang Tuah bukan lagi dianggap wira. Namun begitu, ada tafsiran yang lebih dahsyat lagi selain dua sisi tersebut iaitu menganggap Hang Tuah dan empat orang saudaranya keturunan Cina hanya kerana pangkal nama mereka bermula dengan “hang”. Awal tahun 2012 ini pula baru kita “tahu” Hang Tuah bersama-sama rakannya itu tidak pernah wujud hanya kerana tiada bukti

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera April 2012. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.

 

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:46:52 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.