Dewan Sastera Mac 2012

 

MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Daripad Editor
Kuasa Bahasa Kreatif
  Fadli al-Akiti

Surat Kepada Editor
Wujud Semula Ruangan Analisis Sajak dan Cerpen
Mohamed Fadhli Hamzah

 

 Makalah Bermaklumat dalam Dewan Sastera
Solihin Abu Hassan

 

Taman Tergantung
Lee Keok Chih


|Pendakian
Amiruddin Ali

 

Ada Ingatan
Jusoh Ahmad

 

Coretan Malam
Rosidah Endot

 

Pintu Takwa
Abd. Rahim Ismail

 

Landskap Pagi
Abdul Hadi Muhammad

 

Cinta Padamu, Anum
Rahimidin Zahari

 

Pohon Rindu
Nazri Mohamed Salleh

 

Epigram Sebuah Puisi
Jamaludin D.

 

 

 

Puisi Khas
Buku
Baha Zain


Puisi Pilihan
A. Ghani Abdullah


Cik Mek di Pasar Ikan
Siti Zainon Ismail 

 

Ujana Klasik 
Pantun Meminang Pihak Perempuan
A. Ghani Abdullah

 

Drama
Mereka yang Disisihkan
Umi Ammar


Cerpen
Tepak Kasih
Noraini Eslah


Selimut Jangan Dibakar!
Saifullizan Yahaya

 

Rebut Ikan Tasik
A. Ghani Abdullah


 Rama-rama dan Segenggam Huruf
 Darma Mohammad

 

Puisi Bulan Ini
KTM: Tanjung Pagar ke Keranji
H.M Jajuli

 

Kesumat Bergulat
M. Arif

 

Sketsa Cave Temple
Nabel Abu Bakar

 

Rintih Gerimis dan Aku yang Gemuruh
Ihsan Noozali

 

Sajak-sajak Telegram
Zaleha Ahmat

 

Jalan Pulang
Suria Janib

 

Kesementaraan
Mohd. Fazil Yusof

 

Membaca Takdir
Solihin Osman
 

 2012, Bagaimana Wajahmu?
Daeng Ramliakil
 

Daerah Kalbu ll
Fahd Razy

 

Monolog  Kecil
 Ufuk Baharu Penerbitan, kabus Masih Mengambang
Baha Zain

 

Ulasan Buku
Hikayat Patani

 

Skuad Renjer

 

 Bustan al-Salatin
Azab dan Nikmat Kubur


 Fokus
Estetika Nadi Kesusasteraan
A. Halim Ali

 

Kreativiti Macgyverisme dalam Sastera
Nisah Haji Haron

 

 Karyawan Bulan Ini
 Puisi Mengayam Keindahan

A. Ghani Abdullah


Selingkar Bundaran Kata

Hang Tuah, Hang Li Po dan Sejarah Awal
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Sastera Tradisional
 Cinta Ibrahim Ibn Adham
Noriah Taslim

 

Reaksi
 Hutang Budi Dibawa Mati
Zaleha Ahmad

 

Penulis Muda Kesinambungan Penulis Mapan
Nurhamizah Hashim

 

Kajian
Alam dalam Karya Fiksyen
Fatimah Busu

 

Bicara Karya
 Isyarat dan Tanda dalam Puisi A.Ghani Abdullah
A. Rahim Abdullah

 

Pabila Hujan Turun
Unik 50
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Melih Cevdet Anday Sasterawan Serba Boleh Turki
Bukhari Lubis

 

Eka Kurniawan Biarkan Sahaja Cerita itu Bercerita
Roslan Jomel

 

Nota Editor

 

Kuasa Bahasa Kreatif

Pada tahun 1887, berlakulah sebuah perdebatan hebat di Universiti Oxford berkenaan pembelajaran kesusasteraan Inggeris di universiti. Profesor Edward Freeman pada Majlis Konvokesyen berdiri menghadapi seteru dan kawan, dengan lantang menyatakan, “Kita dimaklumkan bahawa pengajian kesusasteraan ini dapat ‘menanamkan rasa, mengajarkan keinsanan dan memperluas minda’”. Kesemua ini hal yang terpuji, hanya kita tidak boleh mengukur rasa dan insan. Si Penilai itu mesti mempunyai kebolehan mengetahui maklumat positif dan teknikal dalam menilai hal sebegini.”
   Maklumat positif dan teknikal yang dimaksudkan inilah yang berkaitan dengan bahasa. Sejak itu, pengukuran sastera berkait rapat dengan pengukuran bahasa sesebuah karya. Penggunaan bahasa yang mencapai makna yang indah menyanggupi suatu ikatan “keindahan”. Keindahan menampilkan estetika. Kehebatan pengarang dalam menyulam diksi dan kata dalam paduan metafora turut menampilkan kuasa kreativitinya.
   Sememangnya, penulisan kreatif dan penilaian estetik tidak boleh lari daripada bahasa. Meskipun begitu, A. Halim Ali dalam Fokus Dewan Sastera Mac, kali ini melihat perbandingan jelas yang meletakkan keindahan sastera Barat dan tempatan dalam dua pola yang berbeza. Jika dalam kesusasteraan Barat, gaya bahasa dan penelitian humanisme liberalnya menjadi kata pengukur keindahan, sedangkan dalam kesusasteraan Melayu mengikut A. Halim Ali, satu paduan yang lebih fungsional, berkait dengan agama dan tujuan kehidupan menampilkan keindahan pengkaryaan yang sebenarnya dan lebih hakiki sifatnya.
   Dalam keluaran bulan ini, Nisah Haron turut menjumpai sintesis menarik berkenaan kuasa kreativiti pengarang. Beliau melihat dari sudut pandang kreativiti
MacGyverisme (ya, sang wira televisyen 80-an tersebut) yang menampilkan kelebihan pengarang melihat benda atau situasi sama melalui sudut pandang yang berbeza. Juga pemerhatian Sasterawan Negara (SN) Shahnon Ahmad yang menjumpai ke“unik”an penulisan yang melampaui kelaziman. Fatimah Busu turut menampilkan ikatan kuat perlambangan alam dalam sastera Melayu secara holistik.
   Yang menariknya, kita dapat menemui kreativiti yang dibentangkan ini dalam beberapa penulisan kreatif buat keluaran kali ini. Yang paling diraikan adalah sorotan teliti SN Muhammad Haji Salleh berkenaan kelembutan kiasan dan pemerian makna dalam teks sastera tradisional, teks dan lisan, mengabsahkan hembus nafas dan jejak tapak Hang Tuah dalam pustaka sejarah kita.
 

-Fadli al-Akiti


FOKUS 

Estetika Nadi Kesusasteraan
Oleh A. Halim Ali


Persoalan keindahan dalam teks kesusasteraan tidak pernah tamat daripada menjadi bahan kajian dan perbincangan ilmiah dalam kalangan sarjana seni. Dalam tradisi kesusasteraan Barat, persoalan keindahan telah dibincangkan dan didokumentasikan sejak zaman Plato, kira-kira 340 tahun Sebelum Masihi. Menjelang era moden pada abad ke-18, persoalan keindahan dalam bidang seni terus diwacanakan, namun perspektif melihat keindahan itu sudah berubah.
   Timbul dalam era moden istilah estetik (aesthetic) yang membawa konsep keindahan yang baharu. Istilah ini pertama kali diperkenalkan oleh Alexander Baumgarten, seorang ahli falsafah Jerman pada pertengahan abad ke-18 menerusi bukunya yang berjudul Aesthetical yang diterbitkan pada tahun 1750. Walau bagaimanapun, istilah ini kurang dikembangkan oleh Baumgarten, sebaliknya George Wilhelm Friedrich Hegel yang juga seorang ahli falsafah Jerman yang telah memperkemas dan sering menggunakannya terutama sewaktu merujuk kepada tulisan tentang seni (Hamidah Abdul Hamid,1995:1). Baumgarten memilih istilah estetik kerana beliau memahami hasil seni sebagai ekspresi tanggapan sensitiviti dan merupakan tahap kognitif paling rendah (Noel Carroll, 2007:156). Teori estetik dan teori seni kemudiannya menjadi dua fokus utama para pemikir yang mengkaji perkara yang berkenaan dengan keindahan (Hamidah Abdul Hamid,1995:2).

Konsep Estetika Islam dan Barat
Keindahan mempunyai hubungan langsung dengan Islam. Keindahan turut bertaut erat dengan beberapa nama Allah seperti al- Jamal, al-Nur, al-Quddus, al-Hamiid, al-Barr dan al- Badii’. Maksud al-Jamal mendukung suatu makna yang komprehensif tentang sifat, nilai dan status keindahan yang tiada tolok bandingnya. Istilah al-Jamal sering digunakan oleh ahli sufi aliran Wahdatul Wujud, terutamanya Abd al-Karim al-Jili yang memandang keindahan dalam sebagai keindahan Ilahi, manakala konsep keindahan luaran sebagai keindahan fizikal - Husn (Braginsky, I.V.,1994:7). Dalam konteks ini, keindahan dapat dipersepsi berdasarkan dua bentuk, keindahan dalaman dan luaran.
 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Mac  2012. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:47:27 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.