Dewan Sastera Februari 2012

 

MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

Daripad Editor
Berani Mendepani Transformasi
  Padilah Haji Ali
 

Surat Kepada Editor
Indah Bahasa Indah Sastera
Mohamed Fadhli Hamzah
 

 Martabatkan Sastera Ibunda ke Puncak Jaya
Husna Nazri

 

Pertama Kali Kuinjakkan kaki ke Dadamu Pangkor

M. Ashikin

 

Antara Berani denga Marah
Nazri Sham DPMP

 

Hijrah
Ahmad Sabki Haji Mohd. Tahir

 

Saat Mengiringimu ke Kuburan Itu
Ehsan Jamily
 

Kupilih Sepi
Abizai

 

Kalah Menjadi Abu Menang Menjadi Arang
Juri Durabi

 

Sajak-sajakku Tak Pernah Tahu
Malim Ghozali PK

 

 

 

Puisi Khas
Tidak Percaya
Baha Zain

 

Si Jelita Kota Bharu
Siti Zainon Ismail 

 

Ujana Klasik 
Syair Tanggungjawab Anak
Ghazali Lateh
 

Drama
Sebuah Cerita Biasa
Zaleha Ahmat

 

Cerpen
Antoi dan Pohon Usia
Saadiah Haji Ibrahim

 

Mencari Khaled di Sydney
Jasni Matlani

 

Zuhud
A. Rahman C.M

 

 Cahaya
 Azmah Nordin
 

Puisi Bulan Ini
Pesanan Si Batu Kecil
Siti Zaleha Hashim

 

Gajah yang Berjuang
Husna Nazri

 

Antara Kita Ada yang...
Rahman Shaari

 

Salur Dititik Mula
Anis
 

Angka-angka
Sahrunizam Abdul Talib

 

Anggur Asmara
Tuah Sujana

 

Sinopsis Kata Hati
Din S.

 

Di Tengah Terang
Aladin Mohamad

 

Di Meja Alpa
Ami Masra

 

Sasterawan Rakyat
Osman Ayob

 

Monolog  Kecil
 Buku Malaysia dalam Kemelut Ekonomi dan Politik
Baha Zain

 

Ulasan Buku
Kumpulan Drama Anwar Ridhwan

Mitoa Peribumi Malas

 Seni Silat Melayu

Melayu Cape di Afrika Selatan

 

Fokus
Kelangsungan Gapena
Empat Dekad
Hamzah Hamdani

 

Penulis Muda di Mata Ismail Hussein
Amiruddin Md. Hanafiah

 

Visi, Semangat dan Rasa Hati Tan Sri Ismail Hussein
Padilah Haji Ali

 

Kajian
 Seru Jiwa dalam Hanya Makna
Hasni Jamali

 

Sastera Tradisional
Syarat Perempuan yang Sempurna Mengikut Hikayat Isma Yatim
Noriah Taslim

 

Pabila Hujan Turun
 Masalah
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

 

Selingkar Bundaran Kata
 Sekali Lagi Amir Hamzah dan Selamanya
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)

 

Sastera Antarabangsa
Abjad Mercu Tanda Keunikan Karya Sasterawan Adeeb
Zarimah Mohd. Zakaria

 

Reaksi
 Teater Jarum Cinta dan Kepengarangan Amelia Hashim
Zurinah Hassan

 

Perkembangan Novel Malaysia Dekad Mutakhir
Nisah Haron 

 

Nota Editor

Berani Mendepani Transformasi


Kita mengatakan bahawa sastera penting dalam kehidupan. Sastera mencerna pemikiran. Sastera berperanan besar dalam pembinaan jati diri bangsa. Sastera dikatakan agen yang mendepani perihal norma dan moral yang tinggi.
   Dalam pada itu, sastera semakin jauh dari pelajar. Pengkategorian kepada sains dan sastera berdasarkan keputusan peperiksaan memberikan implikasi bahawa bidang sastera adalah bagi pelajar yang kurang pandai. Bilangan pelajar jurusan sastera di institusi pengajian tinggi pula merosot tahun demi tahun. Hal ini penanda kurang keyakinan terhadap keberkesanan sastera dalam pasaran kerjaya.
   Perkembangan sastera, mahu tidak mahu, harus mengakomodasi perubahan masyarakat selari dengan arus globalisasi. Kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi membuka laluan kepada keterbukaan dan persaingan. Peluang terhadap keterbukaan dan persaingan perlu dimanfaatkan. Siapakah yang perlu mendepani hal seperti ini? Adakah jari perlu sentiasa ditudingkan kepada kerajaan? Bagaimana dengan peranan sasterawan yang sentiasa berkeyakinan tinggi terhadap kepentingan sastera?
   Peluang dan kesempatan sebenarnya terbentang luas. Pengetahuan tentang besarnya jumlah penutur bahasa Melayu, yang dikatakan melebihi 300 juta orang, adalah kekuatan untuk membina dan mengembangkan “pasaran sastera”.
   Pencarian diaspora Melayu pada awal tahun 2000 misalnya, yang diilhamkan oleh mantan peneraju Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia), Pendeta Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein, adalah usaha untuk meneroka peluang yang besar itu. Namun program Pertemuan Dunia Melayu itu tidak dapat diselami sebahagian kelompok sastera. Mereka menganggap usaha tersebut bukan matlamat Gapena.
  Namun, ketidakpuasan itu tidak menyekat usaha Gapena yang jelas hala tujunya. Mereka terus menjejaki leluhur Melayu di Cape Town, Madagascar, Jeddah, Mekah, Kunming, Phnom Penh, Colombo. Peluang yang diteroka bukan sahaja untuk kepentingan sastera dan bahasa, tetapi juga perniagaan.
   Apa guna hanya menekankan kepentingan pendidikan sastera, sedangkan masyarakat umum tidak nampak sastera sebagai tunjang pembinaan bangsa. Perlu ada mekanisme baharu bagi menempatkan semula taraf sastera, jika pun tidak memperkasakannya. Namun, untuk mendepani hal ini bukan mudah.
   Melaksanakan transformasi tidak semudah mengungkapkannya dalam syarahan dan penulisan. Untuk melakukan transformasi memerlukan keberanian dan kesungguhan.
Dunia sastera memerlukan tokoh yang berpandangan jauh dan kumpulan sasterawan yang cekap dan cepat bertindak. Barulah sastera dapat mendukung bahasa Melayu di pentas global sebagaimana besar bilangan penuturnya. Hal ini dengan sendirinya akan memberikan nilai dan kepentingan sastera dalam kehidupan.

-Padilah Haji Ali


FOKUS 

Visi, Semangat dan Rasa Hati Tan Sri Ismail Hussein
Oleh: Padilah Haji Ali


Sayu matanya memandang Rumah Gapena yang amat terkesan dalam kehidupannya. Sayu disulami puas dan megah kerana berdirinya Gapena (Gabungan Persatuan Penulis Nasional) atas keringat perjuangan mendaulatkan sastera, bahasa dan budaya. Itulah titisan juang sasterawan yang tidak mengenal erti jemu dan jerih menabur bakti kepada bangsa dan negara. Sayu pandangannya mengimbau pelbagai peristiwa pahit manis yang melakar sejarah kepimpinannya selama lebih empat dekad.
   Biar angin badai melintangi laluan, Pendeta Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein terus cekal mengemudi bahtera kesasterawanan negara yang telah sebati dalam kehidupannya. Puas kerana beliau bukan sahaja berjaya memartabatkan Gapena di dalam negara tetapi juga dalam jaringan kebudayaan Melayu di peringkat global. Kini beliau melepaskan amanah dan tanggungjawab kepada jurumudi baharu untuk menentukan haluan pelayaran. Ikuti wawasan dan semangat juang beliau yang dititipkan kepada kepimpinan baharu Gapena dalam wawancara dengan Dewan Sastera.
 

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Februari  2012. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib
 

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788

 


Kemaskini pada 2017-03-16 16:47:48 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.