MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 MAJALAH - DEWAN SASTERA

 

 

 

Catatan Ketua Editor
Anugerah Umpama Oksigen Bagi Penulis 
  Padilah Haji Ali
 

Surat Kepada Editor
"Galina" Nama Seorang Perempuan
ictor A. Pogadaev

 

 Rindu Buah Tangan Kreatif Dato' Baha Zain
Saadiah Asri

 

Yang Pergi Dirindui, Yang Datang Dialu-alukan

Ismail Restu

Sepi di Ranting Rindu
Hasan Baseri Budiman
 

Di Rumah penyair
Marjan S
 

Kain Pelekat, Kain Batik dan Kain Songket
Hilmi Rindu
 

Kisah Si Rumput
Kho Theng Eng
 

Marah
A.Aslam
 

Gelandangan Perindu Bulan
Azim Saleh
 

Takah
Shamsudin Othman 
 

Tertuntun
Mahaya Mohd. Yassin

 

Pengemis Kecil
A. Ghani Abdullah

 

Rumah Akhirat
Shapiai Mohd. Ramly

 

Bahtera Kehidupan
Zaiton Ajamain

 

Pohon yang Kubajai
A. Aziz Deraman

 

Puisi Khas
Budimu
Baha Zain
 

Kebaya Panjang Selangor
Siti Zainon Ismail 
 

Puisi Pilihan
S.M. Zakir
 

Ujana Klasik 
Pantun Nasihat
Jamilah Hashim
 

Drama
Imperialisme
W.B. Rendra
 

Cerpen
Hikayat Mencari Hikmah
Salina Ibrahim
 

Mesej

Roslan Jomel

 

Dendam Apai
Zainol Idris

 

 20 Cerita tentang Tuhan
 S.M.Zakir

 

Puisi Bulan Ini
Gusi dalam Mulutmu
Nawawee Mohammad

 

Murni Kemanusiaan

Saadiah Haji Ibrahim

 

Warkah untuk Somalia

Husna Nazri

 

Jadual Pagi

Suhaimi Haji Muhammad
 

Dalam Setiap Kita 
Peter Augustine Goh
 

Di Lautan
Fudzail

 

Ada
Abdullahhadi Muhamad

 

Ketika Akan Berpamit
Norhisham Mustaffa
 

Dunia Bayang
Marsli N.O

 

Boneka

Rosli K. Matari
 

Sajak untuk Penulis Cerita

Raihani Mohd.Saaid
 

Berbenih Zikir
Darma Mohammad

 

 

Monolog  Kecil
Sepintas Kenangan Sepanjang 50 Tahun Persatuan penulis
Baha Zain
 

Ulasan Buku

20 Cerita Tentang Manusia
Julia Julis

 

Wacana Undang-undang Kontrak dalam Perundangan Islam
Julia Julis

 

 Kamus Thai-Melayu Dewan
Adly Riyaz

 

Memacu Negara ke tahap Lebih Tinggi
Hardy Hamzah

 

Fokus
Cerita dari Tanah Timur Laut
S.M Zakir

 

Makna Kewujudan dalam Cerpen S.M Zakir
Mohd. Hanafi Ibrahim

 

Manifestasi Kreativiti Pemikiran S.M.Zakir
Nur Fatiha Fadila

 

Falsafah Sebagai Sudut Intelektual dalam Puisi S.M. Zakir
Mohd. Hanafi Ibrahim

 

Kajian
 Arah dan Cabaran Penulis Muda: Antara Ubermensch dengan Khudi Pembentuk Peribadi Unggul
S.M Zakir

 

Sastera Antarabangsa

M.M. Fitouri Pemuisi Moden Sudan

Mohd. Shahrizal Nasir

 

Sastera Tradisional
Cerita Rakyat  Pengimbang Gender: Cerita Ci Wi (Ceciwi)
Noriah Taslim


 

Selingkar Bundaran Kata
 Sunthorn Phu Penyair Muda Menangisi Perpisahan
Muhammad Haji Salleh (Sasterawan Negara)


 

Pabila Hujan Turun

 Muhasabah
Shahnon Ahmad (Sasterawan Negara)

 

Nota Editor

Anugerah Umpama Oksigen Bagi Penulis
 

Adakah penulis menulis kerana wang, nama atau perjuangan? Apa salahnya menulis kerana wang, jika wang mendorong pencetusan idea penulisan. Apa salahnya menulis kerana nama, jika hasil karyanya dapat menjadikannya terkenal. Apatah lagi jika menulis disamakan dengan perjuangan yang besar kerana penulis mengimpikan karya yang memberikan kesan kepada pemikiran dan budaya bangsanya.
  Apa-apa pun jawapan yang diberikan kepada soalan di atas, perjalanan penulis akan indah jika dia berjaya memenangi sayembara penulisan. Memenangi sayembara meletakkan penulis di satu tingkat yang lebih tinggi daripada sebelumnya atau daripada penulis lain. Ia menjadi barometer pencapaian penulis. Ia juga memberikan nilai kepada karya dan nama penulis.
  Lebih indah lagi liku perjalanan yang dilalui penulis jika dia dinobatkan sebagai penerima anugerah sastera. Diiktiraf dengan anugerah yang berprestij merupakan kemuncak pencapaian penulis, baik bagi penulis mapan mahupun penulis muda.
  Pengiktirafan umpama oksigen yang menggerakkan degup jantung idea dan mencerna daya pemikiran penulis. Setelah memperoleh pengiktirafan, dia semakin berasa keperluan dan kebertanggungjawaban untuk menampilkan karya yang lebih berwibawa dan yang dapat membijaksanakan khalayak pembacanya.
Namun pengiktirafan tidak datang bergolek. Pengiktirafan diperoleh hasil usaha, penyerlahan bakat dan keterampilan berkarya. Kehebatan pemikiran menjadi asas penilaian karya sebelum seseorang itu diiktiraf.
  Jika wang dan nama menjadi mangkin untuk penulis berkarya, maka perlu diwujudkan lebih banyak sayembara penulisan dan pengiktirafan untuk penulis. Lebih-lebih lagi untuk penulis muda yang menjadi pelapis kepada penulis mapan dan sasterawan yang terbilang. Jika bidang sains mempunyai Anugerah Saintis Muda Negara, apa salahnya diwujudkan Anugerah Sasterawan Muda pula!
 
-Padilah Haji Ali


FOKUS 

Cerita dari Tanah Timur Laut


OLEH: S.M. ZAKIR

Sekali gus mengesahkan saya sebagai penerima anugerah tersebut pada tahun ini. Saya terpaksa berdiam dan tidak memberitahu sesiapa kecuali isteri saya sehingga diisytiharkan secara rasmi pada tarikh bersejarah hidup saya, iaitu pada 11.11.11. 
   Walau bagaimanapun, penerimaan hadiah daripada Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Puteri Srirasm terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang melanda Bangkok pada November 2011. Apa-apa pun, saya cukup berterima kasih kepada pihak penganjur, panel penilai serta urus setia yang terlibat. Bagi seorang penulis, anugerah S.E.A Write Award tentulah sesuatu yang cukup bernilai dalam pencapaian penulisannya. Apatah lagi Dato’ Haji Termuzi mengumumkan bahawa tercatat rekod dunia sastera apabila saya menerimanya setelah abah saya, S. Othman Kelantan menerima anugerah yang sama pada tahun 1990. Saya meyakini takdir Tuhan, manusia hanya mampu berikhtiar dan bertawakal. Selebihnya meredai ketentuan-Nya.
   Ketika menerima anugerah ini, tiba-tiba saya teringat akan Koon, watak kanak-kanak yang juga merupakan watak utama dalam novel Luk Isan karya Kampoon Boontawee yang diterjemahkan oleh Ainon Abu Bakar dan Alauyah Abdul Rahman dengan tajuk Anak Timur Laut. Novel ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu daripada terjemahan bahasa Inggeris A Child of the Northeast oleh Susan Fulop Kepner, dan diterbitkan oleh Yayasan Penataran Ilmu Malaysia. Koon kanak-kanak naif yang hidup di daerah Timur Laut Thailand, iaitu daerah Isan. Berlatar belakang era 1930-an, iaitu ketika dunia dilanda krisis ekonomi terburuk, secara kebetulan Kampoon mengangkat suasana kemiskinan dan kekurangan makanan di daerah Isan waktu itu. Yang sangat mengesankan saya tentang novel ini ialah bagaimana Kampoon menggambarkan kemiskinan, kekurangan makanan dan segala keperitan hidup dengan suasana yang menggembirakan.

Ikuti selanjutnya di dalam Majalah  Dewan Sastera Januari  2012. Kini di pasaran... dapatkan segera!

  Arkib

Majalah di atas boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan  Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504  Faksimile:03-2148788.



Kemaskini pada 2017-03-01 11:36:08 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.