Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

JURNAL BAHASA DISEMBER 2002



 

             Jurnal Bahasa  
             Disember 2002   
   Jilid 2 Bil.4  ISSN: 1511-9084 
           KK: 499-91402 1202  

 

KANDUNGAN

 

Penguasaan Sintaksis Bahasa Melayu Kanak-kanak Pra Sekolah 
  Abdul Rashid Jamian 

Sarana Sintesis dan Analitis dalam Tatabahasa Melayu                                                                                  Natalia F. Alieva   

Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Melayu Satu Kajian kes  
Noor Hasnoor Mohamad  Nor

Pentakrifan Dialek Perak dalam Kamus
 Norliza Jamaluddin    

Bahasa Melayu Berupaya Memperkatakan Biologi
S.Nathesan
                                                               
 

 

Abstrak
 

 

 


PENGUASAAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU KANAK-KANAK PRASEKOLAH 
 Abdul Rashid Jamian 
  
 Dalam kajian mengenai penguasaan sintaksis bahasa Melayu kanak-kanak prasekolah, seramai 48 kanak-kanak, telah diuji.  Hasil kajian menunjukkan min panjang ujaran ayat yang dihasilkan oleh kanak-kanak di bandar ialah 4.85 perkataan bagi ayat penyata , 4.41 perkataan bagi ayat tanya , 4.18 perkataan bagi ayat seruan  dan 4.19 perkataan bagi ayat perintah. Min panjang ujaran  kanak-kanak luar bandar pula ialah 4.40 perkataan bagi ayat penyata, 4.19 perkataan bagi ayat tanya , 4.72 perkataan bagi ayat seruan, dan 4.29 perkataan bagi ayat perintah. Mengenai penghasilan binaan ayat pula, dapatan menunjukkan kebanyakan kanak-kanak  menghasilkan ayat yang berstrukturkan frasa nama + frasa kerja dan frasa nama + frasa adjektif.   
 


 

SARANA SINTESIS DAN ANALITIS DALAM  TATABAHASA MELAYU 
Natalia F. Alieva 

  
            Kepelbagaian imbuhan merupakan salah satu ciri bahasa Melayu. Pengimbuhan bahasa Melayu bersifat aglutinasi, khusus jenis Indonesia. Pengulangan morfem dan perkataan pula memainkan peranan yang produktif dalam perkembangan morfologi, kerana imbuhan aglutinatif digunakan untuk menerbitkan leksem baharu. Dalam makalah ini penulis cuba menunjukkan bahawa pengulangan morfem dan perkataan bukanlah semata-mata ciri bahasa Melayu, malah ciri bahasa Austronesia dan bahasa yang digunakan di Indochina.  

 

Langganan E-mel Arkib

kembali

 

Tarikh dikemaskini: 26 Mei 2004. Penyelenggara : Maisura Mohd.Sani. Pembekal maklumat: Bahagian Majalah



Kemaskini pada 2017-02-28 17:38:41 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.