Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Telefon Pantas 03-2147 9000 | webmaster@dbp.gov.my
   
Laman Web Rasmi
Dewan Bahasa dan Pustaka

Suara Anda - Arkib

Salam sejahtera, izinkan saya untuk luahkan lagi pandangan dan cadangan saya tentang bahasa Melayu. Saya pernah menonton saluran televisyen Thailand dan pernah menonton siaran beritanya. Saya sangat terkejut kerana siaran beritanya masih lagi menggunakan

Terima kasih atas makluman yang disampaikan. Agak sedih kerana akhbar tulisan Jawi di negara kita juga tidak lagi diterbitkan. Walau bagaimanapun, berita yang menggembirakan kita ialah pelaksanaan tulisan Jawi dalam paparan awam di beberapa wilayah pihak berkuasa tempatan, seperti yang telah diketahui umum iaitu Majlis Perbandaran Kota Bharu, juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan Majlis Perbandaran kemaman.

Salam sejahtera, Dimaklumkan bahawa saya merasai kecekapan bahagian anda telah turun dalam menyemak permohonan iklan berbanding dengan masa dahulu. Dahulunya, penyemakan hanya mengambil masa 1 hari, manakala kini telah melebihi 1 hari malah 1 minggu pun p

Kami ambil perhatian aduan dan saranan tuan. Untuk makluman tuan, pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.

SAYA INGIN MEMBUAT ADUAN MENGENAI KESALAHAN BAHASA YANG TERDAPAT DI DALAM MAJALAH KELUARGA JULAI 2014, HALAMAN 129. PERKATAAN CERITA DITULIS "CHERITA DI HARI RAYA" . BAGAIMANA SAYA BOLEH MENGHANTAR SALINAN HALAMAN MAJALAH TERSEBUT?

Terima kasih atas aduan tuan/puan. Tuan/puan boleh salurkan aduan ke dalam Sistem Pantau Tegur Bahasa dan lampirkan salinan halaman tersebut dalam sistem tersebut. Tuan/puan juga boleh menghantar aduan kepada mulia@dbp.gov.my

Apabila menulis surat rasmi, ada pelbagai format yang saya jumpa terutamanya apabila hendak menulis rujukan dan tarikh. Mohon sekiranya dapat paduan dari DBP. Terima kasih

Garis panduan penulisan surat rasmi kerajaan adalah seperti yang terkandung dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 tahun 2007. Pihak DBP  menggalakkan jabatan dan agensi awam mematuhi garis panduan ini. Pihak DBP bersedia untuk memberikan kursus penyediaan surat rasmi supaya penulisan surat rasmi lebih berkualiti dari segi penggunaan bahasa dan format.

Bagaimanakah jika kita hendak menggunakan kamus dewan bahasa dan pustaka melalui sistem online?

Sila rujuk laman sesawang kami di www.prpm.dbp.gov.my, tulis perkataan atau istilah yang dikehendaki dan prpm akan memaparkan padanan yang ada dalam Kamus dan buku istilah kami.

Salam..Mohon dipanjatkan kepada Ketua Pengarah DBP Saya mengikuti perkembangan DBP dan peranannya dalam memertabatkan bahasa melayu ke arah yang lebih global. Jadi di sini saya ingin memberi beberapa cadangan berkaitan: a) Di ruangan carian kata perlu dil

Terlebih dahulu kami mengucapkan terima kasih atas cadangan saudara. Telah banyak usaha DBP memartabatkan Bahasa Melayu melalui ICT (Lihat laman sesawang DBP). DBP juga sedang berusaha memantapkan lagi laman sesawang untuk tujuan memartabatkan bahasa Melayu di era teknologi ini. Cadangan saudara ini juga akan kami ambilkira.

Tiadakah perkataan lain bagi 'WEB' yang dapat direka oleh DBP selain daripada Sesawang? Kenapa tidak Suang atau swang ? Kenapa mesti sesawang? Perlukah kita menyamakan perkataan WEB itu dengan Sawang? Adakah DBP sekarang ini kurang kreatif

Perkataan bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan web ialah sesawang. Untuk pengetahuan saudara/ saudari, pembinaan istilah dilakukan oleh Jawatankuasa Peristilahan DBP dan penyelarasan istilah disepakati oleh tiga buah negara anggota MABBIM, Malaysai, Indonesia dan Brunei. Harap maklum.

assalamualaikum tuan, Tahniah kepada DBP kerana berjaya menganjurkan Bulan Bahasa Melayu di Ipoh Perak pada 5 OKTOBER yang lalu. Walaupun saya tidak dapat turut serta tetapi saya saya mengucapkan terima kasih kepada DBP kerana masih menjemput saya hadir d

Tuan, terima kasih atas maklum balas tersebut. Terus bersama-sama DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera warga DBP. Saya terpanggil untuk menulis komen di sini setelah melihat satu iklan di sebuah akhbar tempatan. Jujurnya saya agak terkilan apabila dalam penulisan bahasa, perkataan ceduk digunakan. Terbaharu saya lihat pe

Penggunaan istilah wayarles dan tanpa wayar diterima dalam bahasa Melayu dan juga merujuk kepada wireless. Perkataan wayarles telah lama diterima dalam bahasa Melayu kerana penggunaannya telah mantap.

assalamualaikum dan selamat sejahtera, apa yg saya ingin tuliskan di sini ialah mengenai dewan kosmik terbitan pihak dbp. alhamdulillah banyak input yang kami, sebagai pelajar dapat daripada majalah tersebut. namun apa yang saya kesal kan di sini ialah me

Terima kasih dan syabas atas penghargaan saudara  kepada majalah Dewan Kosmik. Sebenarnya Karangkraf tidak memberikan hak milik Dewan Kosmik kepada DBP, seperti yang saudara sebutkan. Hak milik Dewan Kosmik ialah DBP kerana majalah ini diterbitkan mengikut Akta DBP. Saiz majalah Dewan Kosmik mengikut spesifikasi mesin cetak. Komen saudara tentang harga dan pengisiannya diambil maklum.

Kepada Editor Kamus Dewan, Kamus Dewan Edisi 2005 memberi ejaan 'pantomin', sementara kamus terdahulu memberi ejaan 'pantomim'. Mengapa berlaku perubahan? Perkataan asal ialah perkataan bahasa Inggeris 'pantomime

Kami mengucapkan terima kasih atas keprihatinan puan dalam hal ini dan usaha pihak puan menghubungi kami untuk merujuk hal yang berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul. Untuk makluman pihak puan, terdapat kesilapan teknikal semasa Kamus Dewan Edisi Ke-4  diterbitkan. Justeru, kesilapan itu akan dibetulkan secepat mungkin. Sehubungan dengan itu, kami mengesahkan dan memutuskan penggunaan padanan bagi terjemahan istilah "pantomime", dalam bahasa Melayu sebagai "pantomim". 

Saya mencadangkan DBP mempelbagaikan buku dari segi warisan melayu yang lengkap sebagai rujukan ilmiah. ~ <mirza_nim@yahoo.com>

Terima kasih di atas cadangan tuan.

Saya mencadangkan agar memperbanyakkan lagi cerpen-cerpen atau puisi-puisi dalam buku teks supaya para pelajar boleh memupuk minat membaca kalangan mereka. Sekian, terima kasih ~ Pn. Julie Bassie anak Engelbert Naning

Terima kasih di atas cadangan puan.

Kenapa tidak banyak sayembara puisi diadakan? Ramai orang akan menyertainya dan puisi turut tidak dilupakan. Oleh itu saya berharap agar pihak DBP akan menganjurkan pertandingan sayembara puisi dengan lebih kerap, teratur dan konsisten. En.Muhammad Rid

Terima kasih banyak atas reaksi tuan terhadap sayembara ini serta minat tuan terhadap bidang penulisan puisi. DBP dari semasa ke semasa menganjurkan peraduan menulis puisi. Walau bagamanapun, untuk sayembara kali ini, kategori puisi dan cerpen tidak kami masukkan kerana kami merasakan penghasilan antologi puisi dan cerpen untuk sayembara dalam tempoh sesingkat ini (9 bulan) agak sukar. DBP juga sering menganjurkan peraduan untuk genre cerpen dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Walau bagaimanapun, kami menghargai pandangan tuan itu. 

Adakan kursus-kursus/kelas bahasa melayu dan cara-cara penulisan surat rasmi, ejaan, istilah struktur ayat, leksis, laras bahasa dan sebagainya kepada para pegawai kerana pada peringkat ini kebanyakan pegawai tidak mahu menerima perubahan ejaan, istilah,

Untuk makluman puan, bahagian kami iaitu Bahagian Pengembangan Bahasa Sektor Awam saban tahun mengadakan kursus bahasa iaitu Kursus Pembentukan Pegawai Bahasa dan Kursus Penataran Pegawai Bahasa dalam pelbagai aspek seperti Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Tatabahasa dan Penulisan Surat Rasmi. Di samping itu, kami turut memberikan kerjasama kepada organisasi awam yang mempunyai inisiatif untuk mengadakan kursus bahasa dengan menawarkan tenaga pengajar dan modul kursus. 

Laman ini amat memberi makna dan berkesan dalam penyebaran dan perkembangan bahasa dan pada pendapat saya bukan sahaja maklumat berkaitan dengan bahasa sahaja yang boleh dimuatkan dalam web ini bahkan boleh juga dimuatkan isu-isu berkaitan sosio-budaya me

Terima kasih di atas komen puan.

Dicadangkan DBP dapat membuat kamus/terjemahan secara online. Ini dapat mempertingkatkan lagi fungsi web ini. ~ Puan Laily

Terima kasih di atas cadangan puan.

Jalinan kerjasama yang erat di antara DBP dan para pengguna menjadikan bahasa melayu tak layu dek panas, tak reput dek hujan. Syabas DBP, usahamu amat bermakna dan disanjung selamanya tanpa noktah.

Terima kasih di atas komen tuan. 

Saya mencadangkan agar Laman rasmi DBP ini dibuat dalam dwibahasa. maksud saya, terdapat satu pautan lagi yang memaparkan laman ini dalam bahasa Inggeris. Oleh sebab ramai rakan saya yang mempelajari bahasa Melayu, maka saya rasa laman ini amat sesuai bag

Terima kasih di atas cadangan saudari. Pihak kami sedang mengusahakan Laman Web DBP dalam bahasa inggeris.  

Terima kasih kepada DBP kerana mengeluarkan simpulan bahasa yang menggunakan perkataan KELING dengan makna yang kurang halus daripada Kamus Dewan dalam edisi terbaru. Pernah saya hantar pandangan peribadi tentang hal ini beberapa tahun lalu, dan kini saya

Pihak DBP mengalu-alukan hasrat saudara K.Narayanasamy untuk menulis penjelasan tentang kata keling dalam nahasa Tamil dan disiarkan dalam akhbar tempatan.      

Kalau boleh masukkan maklumat tentang pernyataan undang-undang seperti akta, perlembagaan, dasar kerajaan, deklarasi (jika boleh) dan lain-lain yang berkaitan dengan penubuhan dan peranan DBP , Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 - Akta Bahasa Kebangsaan

Terima kasih di atas cadangan puan.  Maklumat ini sudah boleh dicapai di bawah ruangan Akta.

Supaya lebih mesra pengguna, saya sarankan agar dimasukkan senarai karyawan DBP dari peringkat tertinggi hingga karyawan biasa dalam portal DBP. Dengan demikian anggota masyarakat yang ingin berhubung dengan mana-mana karyawan DBP, atas maksud apa-apa jua

Terima kasih di atas komen Prof. Pihak kami akan menyediakan kemudahan ini.

Assalamualaikum wbt.saya ada satu cadangan yang ingin saya kemukakan kepada pihak DBP. Saya mencadangkan agar pihak DBP membuat pameran ke sekolah-sekolah rendah dan menengah. Ini bertujuan untuk menggalakkan para pelajar untuk mencintai bidang bahasa kh

Dewan Bahasa dan Pustaka menerima baik cadangan ini dan akan dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Terima kasih.


Kemaskini pada 2017-06-15 08:54:36 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk kepada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.