ANALISIS KATA BAHASA MELAYU

ANALISIS KATA BAHASA MELAYU

Data korpus merupakan data bahasa Melayu yang datangnya dalam dua bentuk tulisan dan bentuk lisan. Bentuk lisan seperti buku, majalah, surat khabar, makalah, monograf, dokumen, kertas kerja, efemeral, puisi, drama, kad bahan, surat, risalah dan sebagainya.

Sementara bentuk lisan yang  ditranskripsikan seperti ucapan, wawancara, temu bual, perbualan, dan sebagainya dalam pelbagai bentuk rakaman.

Ruang ini disediakan untuk  penyelidik membuat analisis kata bahasa melayu dari data korpus.
 

    Cara Penggunaan:

     Untuk daftar sebagai penyelidik sila klik pada DAFTAR dan masukkan e-mel yang sah.

    Sila masukkan maklumat tambahan diri penyelidik seperti nama, institusi, tujuan kajian 
    (tesis/latihan ilmiah atau kerja khusus), tajuk kajian dan skop kajian.

    Sila klik pada Bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan korpus DBP - Lesen Pengguna 

    Log masuk dengan menggunakan e-mel yang didaftarkan tadi
    Dalam ruangan kerja Penyelidik akan terdapat dua jenis kemudahan carian  yang boleh dipilih
    iaitu Carian konkordans dan Analisis Kata.
    Dalam ruangan carian konkordans, penyelidik boleh membuat carian lanjutan berdasarkan jenis 
    bahan. tahun terbit bahan dan kriteria penulis, carian tajuk dan mengikut bidang seperti botani,
    kesihatan, biologi dan lain-lain.

    Dalam ruangan analisis kata, analisis kata  boleh dilaksanakan  adalah berdasarkan kekerapan
    kata, panjang kata, panjang ayat, huruf besar dan huruf kecil.

    Sila ke Sistem Korpus DBP 



Kemaskini pada 2017-02-08 11:51:44 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.