ANALISIS KONKORDANS

ANALISIS KONKORDANS

Data korpus merupakan data bahasa Melayu yang datangnya dalam dua bentuk tulisan dan bentuk lisan. Bentuk lisan seperti buku, majalah, surat khabar, makalah, monograf, dokumen, kertas kerja, efemeral, puisi, drama, kad bahan, surat, risalah dan sebagainya.

Sementara bentuk lisan yang  ditranskripsikan seperti ucapan, wawancara, temu bual, perbualan, dan sebagainya dalam pelbagai bentuk rakaman.

Ruang ini disediakan untuk memudahkan pengguna atau penyelidik menjana konkordans mengikut pilihan tertentu seperti sumber, tempoh, pengkarya atau tajuk-tajuk tertentu.
 

 

    Cara Penggunaan:

    Sistem ini boleh dicapai oleh Pengguna Awam atau Penyelidik
 

    Pengguna Awam.

   Sila klik pada butang Pengguna Awam (Tidak perlu mendaftar)

   Sila baca dan klik pada butang Setuju untuk Lesen pengguna Korpus

   Sila masukkan sebarang kata pada ruangan carian dan konkordans akan dijana.

   Hasil  keputusan seperti konkordans dan maklumat sumber dipamerkan

   Sila pilih satu ayat dari senarai konkordans 

   Sila buat pilihan samada untuk melihat keseluruhan ayat atau pilih seluruh perenggan sahaja.
   
   Klik tutup untu keluar dari sistem.

   Penyelidik

   Untuk daftar sebagai penyelidik, sila klik pada DAFTAR dan masukkan e-mel yang sah.

   Sila masukkan maklumat tambahan diri penyelidik seperti nama, institusi, tujuan kajian 
   (tesis/latihan ilmiah atau kerja khusus), tajuk kajian dan skop kajian.

   Sila klik pada Bersetuju dengan syarat-syarat penggunaan korpus DBP - Lesen Pengguna 

   Log masuk dengan menggunakan e-mel yang didaftarkan tadi

   Dalam ruangan kerja Penyelidik akan terdapat dua jenis kemudahan carian  yang boleh dipilih
   iaitu Carian konkordans dan Analisis Kata.

   Dalam ruangan carian konkordans, penyelidik boleh membuat carian lanjutan berdasarkan jenis 
   bahan. tahun terbit bahan dan kriteria penulis, carian tajuk dan mengikut bidang seperti botani,
   kesihatan, biologi dan lain-lain.

   Sila klik pada tutup untuk keluar dari sistem.

   Sila ke Analisis Konkordans

   Skrin akan dipaparkan seperti berikut:



Kemaskini pada 2017-02-08 11:49:32 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.