Pengenalan

 

Pengkomputeran Bahasa

Pengkomputeran Bahasa Melayu merupakan suatu program penyelidikan yang ditangani Bahagian Penyelidikan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka dalam rangka pembinaan dan pengembangan bahasa  Melayu sebagai bahasa dunia yang berwibawa.

Program ini mengandalkan tiga komponen utama, iaitu : 

1.     Komputer sebagai alat bantu penyelidikan  bahasa

2.     Bahasa sebagai objek kajian, dan

3.     Teknik yang berkaitan dengan pemprosesan bahasa, khususnya metodologi penyelidikan dalam linguistik korpus dan linguistik komputeran

 

Secara ringkas, program ini juga dikenali sebagai KOMBAT (KOMputer, BAhasa, Teknik).

Program ini bermatlamat untuk:

1.     Menyediakan prasarana penyelidikan bahasa seperti korpus
teks digital, perisian  pemprosesan bahasa, dan bahan rujukan
kebahasaan (seperti pedoman dan rumus bahasa) dalam bentuk e-teks

2.     Membuat kajian dan pemprosesan bahasa berdasarkan data korpus yang terkumpul. Hasil kajian ini akan disebarkan dalam bentuk laporan projek, makalah atau kertas kerja.

Program ini menggarap tiga projek utama iaitu;

1.     Pangkalan Data Korpus 

2.     Pangkalan Data Perkamusan 

3.     Pangkalan Data Umum 


Kemaskini pada 2017-08-16 21:58:38 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.