FESTIVAL NASYID ANTARA KEMENTERIAN KE-5/2005

 KUMPULAN NASYID: GALERI FOTO
 FESTIVAL NASYID ANTARA KEMENTERIAN KE-5/2005
 "Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah"
   [Naib Johan] - Lagu: Insan Abrar, Ciptaan: Tuan Haji Mahzan Manan
   Lirik: Kumpulan Rayyan DBP

Oleh:  Abu Bakar bin Buyong         

DENGAN tema ?Islam Hadhari Menjana Kemajuan Ummah? Festival Nasyid Antara Kementerian kali ke-5 telah dilangsungkan di Auditorium Blok D8, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya, pada 7 April 2005 yang lalu.  Festival anjuran Jabatan Perdana Menteri ini, bertujuan untuk mencungkil dan melahirkan bakat-bakat baru dalam arena seni suara yang berteraskan kesenian Islam dengan menjadikan nasyid sebagai media dalam membantu mengembangkan syiar Islam. 
 

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsuddin Osman dalam ucapan perasmiannya berasa bangga dan gembira dengan penyertaan serta minat yang menggalakkan daripada kementerian-kementerian terhadap program ini.  

Sebanyak 14 kumpulan mengambil bahagian iaitu, Cahaya Insaniah (Kementerian Perusahaan, Perladangan & Komoditi), Raudhatul Khazanah (Kementerian Kewangan), As-Syifa? (Kementerian Kesihatan), Samira (Kementerian Luar Negeri), Soutul Qalbi (Jabatan Perdana Menteri), Al-Azim (Kementerian Kerja Raya), Rayyan (Kementerian Pelajaran Malaysia), Nusrah (Kementerian Pelancongan Malaysia), Helwa (Kementerian Penerangan Malaysia), Suara Kemajuan (Kementerian Pembangunan Luar Bandar & Wilayah), Al-Wathan (Kementerian Sumber Manusia), Syahdu (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Suara Bayu (Kementerian Belia dan Sukan) dan As-Syakirin (Kementerian Dalam Negeri).

 

 

Kumpulan RAYYAN telah menyampaikan lagu berjudul Insan Abrar (insan kamil yang progresif), ciptaan Tuan Haji Mahzan Manan manakala liriknya ditulis oleh ahli kumpulan Rayyan sendiri telah berjaya mendapat tempat Naib Johan dalam festival kali ini, dengan membawa pulang Piala Iringan, Sijil Penyertaan dan wang tunai RM 2,000.00.  Kumpulan As-Syifa? dari Kementerian Kesihatan telah diisytiharkan sebagai Johan, manakala Soutul Qalbi mendapat tempat ketiga.  Johan menerima hadiah wang tunai RM 3,000.00, Piala Pusingan, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan, dan tempat ketiga menerima hadiah wang tunai 1,000.00, Piala Iringan dan Sijil Penyertaan.  Hadiah telah disampaikan oleh Dato? Mustafa Abd. Rahman, Ketua Pengarah JAKIM yang mewakili YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Mudahan-mudahan segala yang diusahakan akan menghasilkan manfaat yang besar untuk kepentingan syair Islam yang suci dan murni, amin.

 

 



Kemaskini pada 2016-11-17 14:59:20 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.