Ekspo Buku DBP 2015

Ekspo Buku DBP 2015
>>Pelbagai aktiviti menarik bermula esok hingga 7 Jun ini


Aktiviti Ekspo Buku Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2015 akan diadakan di Kompleks DBP Hulu Kelang, Ampang Hulu Kelang dan juga kedai buku terpilih di seluruh Negara yang bermula esok hingga 7 Jun ini.
Ketua Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP Hulu Kelang, Azhar Mohamad Dora, berkata ekspo itu menawarkan potongan harga sehingga 80 peratus buku terbitannya.”Pengunjung juga bakal menerima potongan harga istimewa pada masa yang ditentukan atau happy hours, selain mengikuti pelbagai aktiviti menarik.


Sesi bersama penulis

 “Antaranya ialah pertandingan mewarna, kuiz jejak maklumat, pertandingan deklamasi puisi, kuiz bahasa dan roda kata,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Azhar berkata, selain cabutan bertuah kepada pengunjung yang membeli buku terbitan DBP, pihaknya juga akan mengadakan sesi bersama-sama penulis.
Sesi bersama penulis akan diadakan pada jam 2.30 petang esok dan Ahad yang didahului happy hours pada jam 2 petang.
Pertandingan deklamasi puisi, bercerita, kuiz bahasa dan roda kata pula akan diadakan pada hari sama, jam 5 petang.


Ulang tahun DBP ke-59


Ekspo Buku DBP 2015 yang julung-julung kali diadakan selepas pengambilalihan kuasa pengedaran dan pemasaran, selain sempena ulang tahun DBP ke-59 itu, akan dirasmikan oleh Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Awang Sariyan.
Ekspo itu turut diadakan di Koperasi DBP, Kuala Lumpur; DBP Cawangan Sabah, Kota Kinabalu dan DBP Cawangan Sarawak, Kuching serta kedai buku terpilih, selain jualan dalam talian melalui alamdbp.myshopify.com.
Kompleks DBP Hulu Kelang beralamat di Jalan AU/31, Ampang Hulu Kelang, manakala maklumat lanjut hubungi talian 03-41012328 atau 03-41012476.

 



Kemaskini pada 2016-11-09 09:41:27 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.