DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa

DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa


KUANTAN 17 Okt. - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggiatkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi memastikan isu penggunaan nama bersifat tidak kebangsaan bagi taman perumahan, gedung perniagaan atau institusi tidak terus berleluasa. Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan DBP, Abdul Khalik Sulaiman berkata, selain menganggotai jawatankuasa khas audit ejaan papan iklan di PBT, pihaknya juga sentiasa memantau setiap permohonan baharu membabitkan ejaan pada papan tanda dan iklan sebelum diluluskan pemasangannya. Selain itu, katanya, setiap PBT juga perlu mendapat pengesahan daripada DBP terlebih dahulu sebelum sesuatu nama atau iklan diluluskan. "Kita sekarang meneruskan kerjasama dengan PBT dan menganggotai jawatankuasa khas bersama mereka untuk memantau perkara ini namun kita hanya boleh memberikan pandangan dan khidmat nasihat sahaja kepada PBT," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat negeri di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang di sini hari ini. Majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMP, Prof. Datuk Dr. Yuserrie Zainuddin. 

Isu penggunaan nama bersifat tidak kebangsaan bagi taman perumahan, gedung perniagaan atau institusi mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap melancarkan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Kebangsaan 2014 di Putrajaya, Selasa lalu. Muhyiddin dalam ucapannya itu meminta PBT bersungguh-sungguh menguatkuasakan Undang-undang Kecil Pengiklanan yang antara lain mewajibkan keutamaan bahasa kebangsaan pada iklan, nama perniagaan, nama tempat, nama bangunan dan lain-lain paparan. Sementara itu, ketika ditanya mengapa masih terdapat taman perumahan, gedung perniagaan atau institusi yang menggunakan nama asing, Abdul Khalik berkata, sebarang tindakan hanya boleh diambil oleh PBT. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/dbp-pbt-jalin-kerjasama-baiki-bahasa-1.13987#sthash.Qo3iz167.dpuf

 
Dikemaskini pada 29 Okt 2014


Kemaskini pada 2016-11-08 17:47:13 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.