DBP perlu bentang laporan audit setiap tahun

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) diminta membentangkan laporan auditnya setiap tahun bagi mengenal pasti pelanggaran dan penyalahgunaan bahasa kebangsaan di negara ini. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata laporan audit secara terperinci juga membolehkan tindakan sewajarnya diambil terhadap mana-mana pihak yang membuat kesilapan tersebut. 

 

"Bentangkan (laporan audit DBP) bahawa sudah ada penyalahgunaan bahasa di seluruh negara atau di mana-mana kerajaan tempatan, dengan itu kita boleh mengambil tindakan sewajarnya. 

"Laporan audit itu (sebelum ini) mungkin hanya untuk jabatan, saya minta laporan audit itu diketengahkan supaya rakyat tahu," katanya pada persidangan Dewan Negara, di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah yang ingin tahu apakah langkah yang diambil kerajaan bagi memastikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dipatuhi serta tindakan terhadap agensi kerajaan yang menjenamakan bahasa asing tanpa mengutamakan bahasa kebangsaan. 

DBP, menurut Shahidan, perlu mengambil tindakan segera dengan membentangkan laporan audit yang tersusun dan menyeluruh setiap tahun dan seterusnya menjalankan siasatan terperinci berhubung penyalahgunaan bahasa. 
 
 

Kemaskini pada 2017-02-24 16:55:49 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.