Rakan Dewan

Rakan Dewan adalah satu program keahlian yang membolehkan masyarakat mendapat kemudahan rujukan bahan kepustakaan Melayu, meningkatkan keintelektualan dan kesarjanaan dalam bidang persuratan Melayu serta menyemai minat membaca di kalangan masyarakat.

Keahlian terbuka kepada:

  • Individu warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
  • Individu warganegara asing hanya dibenarkan untuk menggunakan kemudahan rujukan sahaja.
  • Organisasi dan institusi kerajaan dan swasta.

 

Borang keahlian boleh didapati di PDM Ibu Pejabat, Pejabat Cawangan (Sabah dan Sarawak) dan Wilayah (Utara, Selatan dan Timur) atau melalui Laman Web DBP.
[Borang Keahlian Rakan Dewan]

Yuran Keahlian Rakan Dewan:

Kategori Individu

RM20.00 – 1 tahun

RM30.00 – 2 tahun

RM35.00 – 3 tahun

 

Kategori Organisasi/Korporat

RM150.00 – 3 tahun

Pemegang kad keahlian akan mendapat keistimewaan berikut;

  • Membeli buku dan majalah terbitan DBP dengan kadar potongan harga sehingga 25 peratus di kedai buku DBP ibu pejabat serta cawangan dan wilayah.
  • Menjadi ahli Pusat Dokumentasi Melayu dan berpeluang mendapat perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan pinjaman buku.
  • Menerima secara berkala buletin PDM dan maklumat mengenai program dan kegiatan tahunan DBP.
  • Keahlian dan keistimewaan-keistimewaan tertentu pemegang Kad Rakan Dewan adalah tertakluk kepada tempoh sah keahliannya.
  • Sekiranya Kad Rakan Dewan hilang atau rosak, laporkan segera dan bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan untuk mendapat kad gantian.

 



Kemaskini pada 2017-02-08 11:25:27 daripada Vox Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.