TATABAHASA BAHASA MELAYU DIGITAL

TATABAHASA BAHASA MELAYU DIGITAL

 

Pengenalan

Julung kalinya di Malaysia, penerbitan rujukan lengkap Tatabahasa Bahasa Melayu dalam bentuk multimedia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan usahasama Universiti Multimedia.

Kandungannya lengkap dengan bahan rangsangan, tutorial, latihan dan ujian yang direka kemas dan teratur oleh pakar yang berpengalaman. Elemen-elemen multimedia iaitu audio, video, animasi, teks dan rekabentuk grafik digabungjalinkan dengan kemas berdasarkan tema kemalaysiaan menonjolkan ciri-ciri kesenian yang tinggi.

Perisian kursus ini yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia interaktif memudahkan pengguna memahami tatabahasa dengan jelas dan berkesan.

 

 

Dipersembahkan dalam 17 modul bersiri cakera padat

Modul 1 Pengenalan
Modul 2 Kata Nama
Modul 3 Pada Frasa Nama dan Fasa Nama
Modul 4 Kata Sendi dan Ayat Dasar Pola
Modul 5 Kata Adjektif dan Ayat Dasar Pola
Modul 6 Kata Kerja Transitif dan Ayat Dasar Pola
Modul 7 Kata dan Ayat Pasif
Modul 8 Kata Kerja Transitif dan Ayat Inti Pola
Modul 9 Kata Kerja Tak Transitif dan Ayat Inti Pola
Modul 10 Ayat Tunggal
Modul 11 Kata Tanya dan Ayat Tanya
Modul 12 Kata Penegas, Kata Pembenar, Kata Seru, Kata Nafi, Kata Perintah, Ayat Seruan, Ayat Majmuk Gabungan
Modul 13 Kata Hubung Gabungan dan Ayat Majmuk Gabungan
Modul 14 Kata Hubung Pancangan Keterangan dan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Modul 15 Ayat Majmuk Pancangan Relatif dan Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Modul 16 Penanda Wacana
Modul 17 Proses Penerbitan Ayat

 

 

Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.

Boleh didapati di Kedai Buku Koperasi Dewan, Menara DBP,Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur Kedai Buku DBP, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka,Tel: 03-21485869 / 03-21433504Faksimile:03-21487887

 

 

 

 

 

 

 

 

 



Kemaskini pada 2016-11-17 12:16:16 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.