PANDUAN PENYERAHAN MANUSKRIP KE DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

 

PENYEDIAAN MANUSKRIP 

  1. Manuskrip hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan. Penulis bertanggungjawab untuk mengesahkan keaslian manuskrip dan mendapatkan izin terbit bagi semua bahan dalam manuskrip yang memiliki hak cipta daripada pihak luar.  
  2. Manuskrip perlu ditaip langkau dua baris dengan menggunakan perisian MS Word dan jenis muka taip Times New Roman atau Arial bersaiz 12 poin.
  3. Manuskrip hendaklah dicetak jelas dengan menggunakan kertas putih saiz A4 yang berkualiti, sebelah muka surat dan dijilid. Manuskrip tulisan tangan tidak diterima.
  4. Manuskrip hendaklah lengkap mengandungi: 
  • Halaman judul (mengandungi judul buku dan nama penulis)
  • Senarai kandungan
  • Dedikasi/Penghargaan (jika ada)
  • Kata pengantar (jika perlu)
  • Prakata 
  • Pendahuluan/Pengenalan (jika ada)
  • Seluruh bahan teks (termasuk ilustrasi atau brif ilustrasi bagi judul kanak-kanak)
  • Lampiran (jika ada)
  • Glosari (jika ada)
  • Bibliografi
  • Indeks
  • Ilustrasi/jadual/foto (jika berkaitan) - secara berasingan daripada teks atau meletakkan  terus di dalam teks
  • Biodata penulis

 

Anggaran jumlah halaman manuskrip adalah seperti yang berikut:

Bil.

Manuskrip

Anggaran Jumlah Halaman

1.

Buku Umum/Ilmiah

150 hlm. ke atas

2.

Novel Dewasa

200 hlm. ke atas

3.

Cerpen Dewasa

150 hlm. ke atas (minimum 20 cerpen)

4.

Drama Dewasa

200 hlm. ke atas (minimum 5 skrip drama)

5.

Puisi Dewasa

70 hlm. ke atas atau 70 buah puisi

6.

Novel Remaja

150 hlm. ke atas

7.

Puisi Remaja

Maksimum 50 puisi

8.

Novel Kanak-kanak

  100 – 150 hlm.

9.

Puisi Kanak-kanak

Maksimum 50 puisi

10.

Buku Bergambar    Kanak-kanak

8 hlm./16 hlm./24 hlm./32 hlm.

berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan

11.

Buku Berilustrasi    Kanak-kanak

48 hlm.

berserta ilustrasi lengkap dan dua contoh ilustrasi yang telah diwarnakan

12.

Buku Infografik       Kanak-kanak

32 hlm./48 hlm.

berserta rajah/gambar foto/ilustrasi lengkap

 

 

PENYERAHAN MANUSKRIP 

Penulis hendaklah menyerahkan manuskrip berserta bahan iringan seperti yang berikut:

  1. Surat iringan.
  2. Salinan bercetak manuskrip.
  3. Salinan lembut manuskrip (disimpan dalam DVD atau pemacu pena yang tidak akan dikembalikan).
  4. Surat Perakuan Karya Asli (yang menyatakan karya ini milik penulis dan bukan hasil yang diciplak daripada karya orang lain).
  5. Borang Biodata.
  6. Surat Pengesahan Izin Terbit bahan yang memiliki hak cipta daripada pihak luar (jika berkaitan).
  7. Surat kebenaran atau pelepasan daripada penaja atau universiti bagi manuskrip yang dihasilkan daripada tesis.
  8. Ilustrasi asal dalam bentuk digital dan bercetak (jika berkaitan).

 

Apakah proses yang akan dilalui?

  1. Manuskrip lengkap diterima oleh DBP.
  2. Manuskrip didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Editorial (SPE).                      Pendaftaran memerlukan nama penulis, alamat , e-mel dan nombor telefon penulis.
  3. Penulis menerima Surat Perakuan Penerimaan Manuskrip.
  4. Manuskrip dinilai pada peringkat awal oleh bahagian yang akan menanganinya (sama ada judul untuk peringkat dewasa, peringkat remaja, peringkat kanak-kanak) untuk dilihat kesesuaian sama ada boleh diterbitkan atau tidak. Penulis hendaklah bersedia untuk membuat penambahbaikan sekiranya diminta.
  5. Jika manuskrip tidak sesuai untuk diterbitkan oleh DBP, surat penolakan akan diserahkan kepada penulis.
  6. Jika manuskrip sesuai untuk diterbitkan, manuskrip tersebut akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Editorial (JKE) untuk mendapatkan kelulusan penerbitannya.
  7. Penulis menandatangani dokumen Perjanjian Lesen Penerbitan yang mengandungi terma-terma tentang hak cipta dan royalti buku penulis. 

 

Maklumat tambahan:

  • Tempoh penerbitan sesebuah manuskrip mengikut Piagam Pelanggan DBP ialah dalam tempoh enam (6) bulan selepas kelulusan JKE. 
  • Bayaran royalti kepada penulis ialah sebanyak 12 peratus (buku umum) dan               20 peratus (buku ilmiah).
  • Penulis boleh menghantar manuskrip  ini kepada penerbit lain untuk dipertimbangkan penerbitannya jika manuskrip  ditolak secara rasmi oleh DBP.

 

Sebarang pertanyaan berhubung dengan manuskrip boleh diajukan kepada wakil bahagian seperti yang berikut:

Bidang

Bahagian

Umum

Ilmiah

Ketua Editor,

Bahagian Buku Umum, Aras 13

03-21479585

azahari@dbp.gov.my

Sastera

Ketua Editor,

Bahagian Buku Sastera, Aras 10

03-21479697

nurjulia@dbp.gov.my

Bahasa

Ketua Editor,

Bahagian Buku Bahasa, Aras 26

03-21479254

tengku@dbp.gov.my

Kanak-kanak

Remaja

Ketua Editor,

Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Aras 19

03-21479252

mariati@dbp.gov.my


Manuskrip dan bahan iringan boleh dihantar ke alamat seperti yang berikut dengan menyatakan bidang karya pada sudut kanan atas sampul surat:
 

Pengarah Penerbitan,
Jabatan Penerbitan,
Tingkat 10, Menara DBP,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa,
50460, Kuala Lumpur.

 

*  DBP tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan bahan dalam proses  penghantaran.

*  DBP berhak menolak penghantaran manuskrip yang tidak lengkap.

*  Borang Biodata penulis boleh didapati daripada bahagian yang berkaitan.

 

 


Kemaskini pada 2021-06-15 00:09:40 daripada Pentadbir Sistem

  •  
  • Print
  • Email this page

Penggunaan laman web rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka tertakluk pada Garis Panduan Portal myGovernment dan Laman Web/Portal Agensi-agensi Sektor Awam Paparan terbaik Internet Explorer 9.0 ke atas atau Google Chrome, resolusi 1024 x 768 pixel.